Artikel ini berdasarkan/terjemahan kepada artikel ini.
Soalan:
Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Tuhan boleh mati? Siapa yang menguruskan alam semesta ini ketika Yesus mati selama tiga hari?
Jawapan:
Soalan ini memberikan andaian secara tersirat bahawa kematian bermaksud menjadi tidak wujud. Maka, mengatakan Yesus mati bererti Tuhan menjadi tidak wujud, yang mana tidak sepatutnya terjadi. Masalahnya, definisi kematian sedemikian adalah tidak tepat kerana menurut Kitab Suci (Alkitab), kematian tidak bererti menjadi tidak wujud. Kematian merujuk kepada perpisahan yang terjadi akibat Adam memberontak terhadap Tuhan. Alkitab memberitahu kita bahawa, akibat daripada dosa manusia yang pertama, dua jenis perpisahan terjadi. Pertama adalah "kematian" secara roh di mana seseorang itu terputus hubungan dengan Tuhan, iaitu terpisah dari hadirat Tuhan yang penuh kasih dan sangat rapat dengan kita. Akibat "kematian" tersebut, bukan kasih karunia Tuhan yang ada di atas kita, tetapi murka-Nya:
"Kemudian TUHAN Allah menempatkan manusia itu di Taman Eden untuk mengusahakan serta memelihara taman itu. Allah berfirman kepada manusia itu, "Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini, kecuali buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga.""(Kejadian 2:15-17)
Setelah melanggar perintah Tuhan untuk tidak memakan buah dari pokok larangan tersebut, Adam dan Hawa diusir dari hadirat Tuhan di Taman Eden:
"TUHAN Allah berfirman, "Sekarang manusia telah menjadi seperti Kita dan mempunyai pengetahuan tentang apa yang baik dan apa yang jahat. Oleh sebab itu manusia mesti dilarang makan buah daripada pokok yang memberi hidup, supaya manusia tidak hidup selama-lamanya." Maka TUHAN Allah mengusir manusia itu keluar dari Taman Eden dan menyuruhnya mengusahakan tanah, yang daripadanya manusia dibentuk. Kemudian di sebelah timur taman itu, TUHAN Allah menempatkan kerub, dan sebilah pedang berapi yang berpusing ke segala arah, untuk mengawal jalan ke pokok yang memberi hidup. Dengan demikian seorang pun tidak dapat masuk dan menghampiri pokok itu."(Kejadian 3:22-24)
Alkitab juga terus-menerus menjelaskan tentang perpisahan secara roh yang terjadi akibat daripada dosa:
"Ya Allah, Engkau tidak suka akan perbuatan jahat; Engkau tidak membenarkan orang jahat berada di hadirat-Mu. Engkau tidak tahan melihat orang sombong; Engkau membenci semua orang jahat. Engkau memusnahkan semua pembohong, dan menghina pengganas dan penipu." (Mazmur 5:4-6)
"Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku, pasti Tuhan tidak akan mendengar aku."(Mazmur 66:18)
"Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya." (Yesaya 59:2)
"Masanya akan tiba apabila kamu akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab. Dia tidak akan mengabulkan doa kamu, kerana kamu telah melakukan kejahatan." (Mikha 3:4)
".. Engkau terlalu suci untuk memandang kejahatan; Engkau tidak dapat tahan sabar dengan orang yang berbuat salah..." (Habakuk 1:13)
"Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil...Tetapi mereka yang mementingkan diri sendiri dan menolak Allah supaya dapat melakukan kejahatan, akan ditimpa kemurkaan dan kemarahan Allah." (Roma 2:5, 8)
"Dahulu kamu MATI secara rohani, kerana kamu tidak taat kepada perintah Allah dan kamu berdosa. Pada masa itu HIDUP kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkasa, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat kepada Allah. Sebenarnya dahulu kita semua seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan segala sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain, kita pun kena kemurkaan Allah. Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita MATI secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia mengHIDUPkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah." (Efesus 2:1-5)
Di dalam ayat terakhir yang dipetik di atas, Paulus menjelaskan tentang orang percaya yang sedang mati di dalam dosa sebelum mereka menjadi percaya dan satu di dalam Tuhan Yesus. Jelas di sini bahawa orang-orang percaya tersebut masih hidup ketika mereka sedang mati di dalam dosa. Mati di dalam dosa tidak bermaksud menjadi tidak wujud, tetapi merujuk kepada terputusnya hubungan di dalam kasih Tuhan dengan kita, seperti yang dinyatakan di dalam ayat tersebut.
Jenis "kematian" kedua yang diperkatakan di dalam Alkitab adalah kematian secara fizikal. Ia adalah ketika roh terpisah dari tubuh dan tubuh kita kembali menjadi debu tanah. Dan, sebagai yang menanggung dosa kita, Tuhan Yesus telah mengalami kedua-dua jenis kematian ini. Kita akan memperkatakan hal ini dengan lebib lanjut di dalam siri persoalan seterusnya.
Akan tetapi, kedua-dua jenis kematian ini tidak mengakibatkan kehilangan kewujudan atau tamatnya kehidupan. Contohnya, petikan ayat berikut:
Maka, jawapan kepada persoalan ini adalah, satu-satunya Tuhan yang benar itu sentiasa wujud sebagai tiga Peribadi yang berbeza walaupun ketika tubuh fizikal Kristus dikuburkan. Dan walaupun tubuh-Nya terbaring di dalam kubur, Kristus kekal hidup dan dengan penuh kekuasaan mengawal alam semesta ini bersama-sama dengan Bapa dan Roh Kudus.
Akan tetapi, kedua-dua jenis kematian ini tidak mengakibatkan kehilangan kewujudan atau tamatnya kehidupan. Contohnya, petikan ayat berikut:
"Sebaliknya, kamu telah datang ke Bukit Sion dan ke kota Allah yang hidup, iaitu Yerusalem yang di syurga dengan beribu-ribu malaikatnya. Kamu telah datang ke perhimpunan yang meriah, perhimpunan anak-anak sulung Allah, yang nama mereka terdaftar di syurga. Kamu sudah datang kepada Allah yang menghakimi semua orang, dan kepada roh-roh orang baik yang sudah disempurnakan. Kamu sudah datang kepada Yesus, Pengantara yang mengadakan perjanjian baru itu, dan kepada darah percikan yang menjanjikan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada yang dijanjikan oleh darah Habel." (Ibrani 12:22-24)
"Oleh itu, sebagaimana tubuh tanpa roh adalah tubuh yang mati, demikian juga iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!" (Yakobus 2:26)
"Kemudian Anak Domba itu memecahkan meterai kelima. Di bawah mazbah aku nampak roh-roh orang yang mati terbunuh. Mereka dibunuh kerana mengisytiharkan firman Allah dengan setia melalui kesaksian mereka. Mereka berseru dengan suara lantang, "Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, yang suci dan setia! Berapa lama lagi sebelum Engkau menghakimi penduduk bumi dan menghukum mereka kerana telah membunuh kami?" Setiap orang daripada mereka diberikan sehelai jubah putih. Lalu mereka disuruh berehat lebih lama lagi, sehingga cukup bilangan rakan seperjuangan dan saudara seiman yang akan dibunuh seperti mereka." (Wahyu 6:9-11)Yang menariknya, bukan sahaja definisi tentang kematian si penyoal tidak Alkitabiah, ia juga bertentangan dengan Al-Quran:
"Dan janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."Al-Baqarah (2):154
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang, yang masih tinggal di belakang, yang belum sampai kepada mereka, bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."Hal ini menyerupai apa yang dikatakan oleh Tuhan Yesus Kristus:
Al-i-'Imran (3):169-170
"Musa menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Tulisannya tentang belukar yang bernyala menyatakan Tuhan sebagai ‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Yakub.’ Hal ini bererti bahawa Allah itu Allah orang hidup, bukan Allah orang mati, kerana Allah menganggap mereka semua hidup."" (Lukas 20:37-38)Oleh itu, kewujudan Kristus tidak hilang ketika Dia mati di kayu salib kerana seperti yang diajarkan di dalam Alkitab, Roh Tuhan kekal hidup semasa tubuh-Nya berada di dalam kubur selama 3 hari:
"Yesus menjawab, "Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini, lalu dalam tiga hari Aku akan membinanya lagi." "Engkau mahu membinanya lagi dalam tiga hari?" tanya mereka. "Empat puluh enam tahun sudah diperlukan untuk membina Rumah Tuhan ini!" Sebenarnya Rumah Tuhan yang dimaksudkan oleh Yesus itu tubuh-Nya sendiri. Oleh itu ketika Yesus dibangkitkan daripada kematian, pengikut-pengikut-Nya teringat bahawa Dia pernah mengatakan demikian. Lalu percayalah mereka kepada apa yang tertulis di dalam Alkitab dan kepada apa yang dikatakan oleh Yesus." (Yohanes 2:19-22)
"Bapa mengasihi Aku kerana Aku bersedia menyerahkan nyawa-Ku, supaya Aku boleh menerimanya kembali. Tidak seorang pun dapat mengambil nyawa-Ku daripada-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya dan Aku berhak mendapatnya kembali. Inilah tugas yang Aku terima daripada Bapa-Ku."" (Yohanes 10:17-18)Satu-satunya cara Kristus boleh membangkitkan diri-Nya sendiri dari kematian adalah jika Kristus masih hidup dalam keadaan sedar. Ini menunjukkan bahawa kewujudan Kristus tidak lenyap selama tiga hari tubuh-Nya berada di dalam kubur. Kedua-dua sifat keTuhanan-Nya dan roh kemanusiaan-Nya masih wujud dalam keadaan sedar sepanjang tempoh tersebut.
Maka, jawapan kepada persoalan ini adalah, satu-satunya Tuhan yang benar itu sentiasa wujud sebagai tiga Peribadi yang berbeza walaupun ketika tubuh fizikal Kristus dikuburkan. Dan walaupun tubuh-Nya terbaring di dalam kubur, Kristus kekal hidup dan dengan penuh kekuasaan mengawal alam semesta ini bersama-sama dengan Bapa dan Roh Kudus.
Ulasan
Apa kata anda berikan contoh kepercayaan Kristian yang anda katakan sebagai "seperti ahli magik" tersebut.
Tidak cukup jika anda sekadar menuduhkan hal tersebut. Sekurang2nya, berikanlah contoh/argumen untuk menyokong kenyataan anda ini. Jika tidak, anda hanya sekadar memberikan tuduhan yang tidak berasas.
Anda memberikan dakwaan, namun, apabila anda diminta untuk menjelaskan dakwaan anda, anda menjawab, "tak perlu bukti pun"?
Tidakkah ini menunjukkan anda tidak munasabah dalam memberikan dakwaan tersebut?
Anda berkata,
"tuhan kena tangkap...tuhan kena salib..tuhan mintak tolong kat tuhan...tuhan mati sebab kena bunuh...tuhan kena masuk dalam lubang kubur...tuhan hidup kembali itupun selepas 3 hari..lau dia benar tuhan..mesti tak kena bunuh.."
- Kenyataan ini menunjukkan anda salah faham tentang kepercayaan Kristian. Kristian juga percaya Tuhan tidak mungkin dapat diperlakukan seperti yang anda katakan.
- Salah faham anda adalah tentang sifat Yesus ketika Dia datang ke dalam dunia manusia. Ketika itu, Dia telah menjadikan diri-Nya sepenuhnya manusia, dan pada masa yang sama Peribadi-Nya kekal adalah Tuhan. Saya pernah menjelaskan hal ini di sini. Apa kata anda membacanya?
Anda berkata,
"laupun dia nak tunjuk kehebatannya dengan boleh mati selepas dibunuh, mengapa perlukan masa 3 hari untuk hidup kembali..tak kira le kamu kata mati secara metafora ke, ape ke, yg penting dia perlukan 3 hari untuk buktikan dia boleh hidup kembali..."
- Anda salah faham lagi, Yesus mati di kayu salib bukan untuk menunjukkan kehebatan-Nya, tetapi untuk menebus manusia dari dosa.
- Tentang mengapa 3 hari, mengapa tidak boleh 3 hari? Anda mempersoalkan hal ini, namun, anda tidak memberikan sebarang sebab munasabah untuk mempersoalkannya. Lagipun, anda menolak Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat bukan kerana hal ini.
Anda berkata,
"tak de yang hebat pun sebab banayk kes sekarang orang yang telah disahkan mati tapi hidup semula.."
- Pernahkah anda membandingkan kes2 orang yang telah disahkan mati tapi hidup semula tersebut dengan kebangkitan Yesus Kristus?
- Jika belum, bagaimana anda sampai kepada kesimpulan ini?
- Jika sudah, apa kata anda berikan fakta untuk menyokong dakwaan anda ini.
Anda berkata,
"dah hidup balik n jadi tuhan pas 2 boleh hilang pulak..kata untuk menebus manusia dari dosa..tapi dia pulak hilang..macam tu takde poin le dia mati dan hidup semula..macam cerita superhero pulak.."
- Dia tidak hilang, tetapi kembali ke syurga.
- Penebusan dosa tersebut perlu diterima oleh manusia secara sukarela. Ia adalah pilihan kita. Tuhan Yesus telah menebus kita, yang tinggal hanyalah dari diri kita sendiri sama ada mahu menerimanya atau tidak.
- Anda mengatakan tidak ada poin, namun, anda tidak menjelaskan bagaimana ia tidak ada poin. Tidakkah ini menunjukkan anda sekadar memberikan dakwaan tanpa asas?
Cakap orang x munasabah..abis cerita anda munasabah sangat ke...penjelasan anda munasabah ke??? Apa??Anda fikir lau ada penjelasan, cerita anda jadi munasabah ke??penjelasan pun haru biru..kejap tuhan esa..kejap yesus tuhan..kejap peribadi..kejap sembah tuhan..kejap sembah yesus..kejap 3 dalam satu, kejap 1 dalam 3..lau sembah tuhan yang satu panggil je le TUHAN, ini panggil tuhan yesus le, yhwh le, ilah le,last2 sesatkan diri sendiri...dah terang anda menyembah manusia sebagai tuhan dan selain tuhan yang satu, tak nak mengaku lagi..nak belit pulak tu..baru bab akidah dah tunggang langgang..Apa payahnya anda katakan TUHAN ITU SATU, TIADA TUHAN LAIN SELAIN TUHAN YANG SATU...Apa payahnya anda terima kenyataan Tuhan takkan menghinakan diriNya untuk dibunuh oleh makhluk ciptaanNya sendiri semata2 untuk menebus dosa disebabkan Tuhan tak perlu pun menebus manusia dari dosa kerana baik dosa atau pun manusia adalah milik Tuhan..itu je..ini cerita macam buku komik je..ngarut..
Anda menulis,
"Cakap orang x munasabah..abis cerita anda munasabah sangat ke...penjelasan anda munasabah ke??? Apa??Anda fikir lau ada penjelasan, cerita anda jadi munasabah ke??"
- Saya memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan bukti. Anda pula tidak memberikan sebarang penjelasan sedemkian, dan sekadar memberikan tuduhan. Adakah itu munasabah?
- Maaf tanpa nama, jelas anda tidak menyelidiki penjelasan yang diberikan.
Tanpa nama,
- Boleh anda tunjukkan di mana saya berkata "kejap yesus tuhan..kejap peribadi..kejap sembah tuhan..kejap sembah yesus..kejap 3 dalam satu, kejap 1 dalam 3.."
- Lagipun, kenyataan anda ini hanya menunjukkan anda tidak meneliti apa yang telah diperjelaskan.
Anda menulis,
"lau sembah tuhan yang satu panggil je le TUHAN, ini panggil tuhan yesus le, yhwh le, ilah le,last2 sesatkan diri sendiri..."
- Bukankah sudah dijelaskan? Masalahnya, anda tidak meneliti penjelasan tersebut. Anda sudah pun menentapkan pendirian anda untuk tidak mahu menelitinya. Jika tidak, anda pasti akan memberikan respon yang lebih teratur, berisi, dan tidak dikuasai emosi.
Anda menulis,
"dah terang anda menyembah manusia sebagai tuhan dan selain tuhan yang satu, tak nak mengaku lagi..nak belit pulak tu..baru bab akidah dah tunggang langgang.."
- Bukankah sudah dijelaskan, Kristian tidak menyembah manusia sebagai Tuhan? Sekurang-kurangnya, selidiki dahulu kepercayaan Kristian sebelum memberikan dakwaan.
Anda menulis,
"Apa payahnya anda katakan TUHAN ITU SATU, TIADA TUHAN LAIN SELAIN TUHAN YANG SATU"
- Kristian juga percaya Tuhan itu Esa. Saya pulangkan persoalan ini, Apa payahnya anda menyelidiki dahulu kepercayaan sebenar Kristian sebelum memberikan dakwaan?
Anda menulis,
"Apa payahnya anda terima kenyataan Tuhan takkan menghinakan diriNya untuk dibunuh oleh makhluk ciptaanNya sendiri semata2 untuk menebus dosa disebabkan Tuhan tak perlu pun menebus manusia dari dosa kerana baik dosa atau pun manusia adalah milik Tuhan..itu je..ini cerita macam buku komik je..ngarut.."
- Payahnya adalah anda tidak memberikan sebarang alasan atau fakta bahawa "Tuhan menjadi manusia dan dibunuh sebagai manusia oleh manusia" adalah suatu yang "menghinakan diriNya".
- Dan, anda juga berkata dosa adalah milik Tuhan? Maksud anda, segala kejijikan dosa seperti maksiat, penyembahan berhala, pembunuhan, ketamakkan, dll., adalah milik Tuhan? Nampaknya, anda tidak berfikir panjang sebelum memberikan kenyataan ini.
- Jika "tuhan" yang anda sembah memiliki dosa, "tuhan" anda ini tidak ada bezanya dengan "iblis" kerana memiliki dosa.
Maaf tanpa nama, anda tidak memberikan sebarang hujah atau poin. Anda sekadar memberikan tuduhan dan dakwaan.
Cuba anda fikirkan kenyataan anda berikut "memang dosa itu milik Tuhan" dengan lebih dalam lagi.
Kerana agak jelas anda tidak memikirkan akibat kenyataan anda ini. Anda secara tidak langsung mengatakan Tuhan memiliki dosa. Tidakkah ini bertentangan dengan kepercayaan anda sendiri? Atau, adakah anda tidak jelas dengan kepercayaan anda sendiri?
Lagipun, dosa bukanlah "sesuatu" yang boleh dimiliki, tetapi adalah "perbuatan" yang dilakukan. Dosa itu sendiri bermaksud "suatu perbuatan yang melanggar perintah Tuhan".
Maka, kenyataan anda bahawa "dosa itu milik Tuhan" sebenarnya tidak munasabah. Ia seperti anda mengatakan "perbuatan melanggar perintah Tuhan itu milik Tuhan".
Anda berkata,
"Tuhan pada bila2 masa dan apa jua keadaan berkuasa untuk menghapus dosa mau pun pahala tanpa melalui cerita karut anda itu"
- Ini bezanya kepercayaan anda dan saya. Tuhan yang anda sembah boleh menutup sebelah mata terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan mengampunkannya begitu sahaja. Walaupun dosa2 tersebut sangat berat. Jika demikian, tidakkah ini menunjukkan Tuhan tidak adil kerana melepaskan mereka yang berdosa begitu sahaja?
- Jika demikian, mengapa Tuhan yang anda sembah kekal mencipta neraka? Bukankah Tuhan anda boleh menghapuskan dosa begitu sahaja? Mengapa neraka diwujudkan untuk menghukum orang yang berbuat dosa jika dosa tersebut boleh dengan mudah dihapuskan?
Tentang Tuhan itu Esa, Yesus itu Tuhan, dll, apa kata anda berikan penjelasan bahagian mana yang menurut anda mengelirukan.
Anda berkata,
"berkenaan bukti dan fakta2 sejarah yang anda agung2kan itu, jangan lupa,,hanya 10 - 20 peratus adalah tepat dan selebihnya cumalah andaian sahaja"
- Dari mana anda mendapat angka 10-20 peratus tersebut? Apa kata anda berikan penjelasan supaya anda tidak kelihatan seperti mereka-reka angka tersebut.
Anda berkata,
"lau anda nak cari kebenaran bersandarkan bukti2 dan fakta2 yang anda @ ahli2 auta dakwa adalah sahih, silakan..tapi jika anda fikir ilmu Tuhan yang maha luas perlukan bukti & fakta untuk dikaji dan mengenepikan akal fiiran serta hati nurani, anda cuba lah..semoga Tuhan membuka hati anda untuk mengkaji jalan menuju kebenaran dari sudut yang berbeza pula.."
- Jujur saya katakan, saya telah melakukannya. Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda menyelidiki kepercayaan anda sendiri sama ada ia benar atau tidak?
Anda berkata,
"Dah kalau Tuhan yang mencipta manusia dibunuh oleh makhluk ciptaannya sendiri, tak ke hina??? tak kira le dia rela dibunuh ke @ tak rela ke, yang penting manusia tidak mungkin dapat membunuh Tuhan dan Tuhan tak mungkin akan membiarkan diriNya dibunuh..."
- Siapakata Tuhan dapat dibunuh? Kristian juga tidak percaya Tuhan boleh dibunuh.
- Dakwaan anda ini berdasarkan salah faham terhadap keadaan dan sifat Yesus ketika Dia datang ke dalam dunia ini.
- Ketika itu, Dia datang sebagai manusia. Maka, sudah tentu tubuh manusia tersebut dapat dibunuh. Saya pernah memperkatakan hal ini di blog ini di sini. Apa kata anda membacanya?
Anda berkata,
"Tuhan jadi tubuh manusia pulak..kenapa Tuhan perlu menjadi manusia untuk memahami semua ini???Asal, lau tak jadi manusia dia tak boleh nak tebus manusia dari dosa??"
Kemudian, anda berkata,
"Kalau Tuhan nak jadi manusia sekalipun, takde masalah pun"
- Mula2, anda mempertikaikan kebolehan Tuhan menjadi manusia sepenuhnya, kemudian anda bersetuju Tuhan boleh melakukannya. Nampaknya, anda memberikan kenyataan yang bercanggah.
Dan, anda berkata,
"tetap manusia tak dapat membunuh tuhan yang menjadi manusia..macam cerita superhero..macam superman...kata superman, tapi boleh pulak kena bunuh..dah lau kena bunuh tak superman le.."
- Ini masalahnya, anda salah faham dengan maksud "Tuhan menjadi manusia sepenuhnya".
- Menjadi manusia sepenuhnya bererti menjadi sama seperti manusia. Sudah saya jelaskan di dalam pautan yang saya berikan pada komen saya di atas. Anda tidak membacanya?
Saya berikan semula penjelasan tersebut di sini jika anda tidak membacanya.
- Muslim secara umumnya percaya bahawa Kalam Allah adalah: tidak dicipta, kekal selamanya, dan berada di sisi Allah.
- Muslim percaya Kalam Allah telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dengan kata lain, Kalam Allah telah masuk ke dalam dunia manusia dalam bentuk lisan dan buku yang dipanggil sebagai Al-Quran.
- Logik pemahaman Muslim tentang hal ini adalah seperti berikut:
Kalam Allah adalah tidak diciptakan.
Al-Quran adalah Kalam Allah.
Maka, Al-Quran adalah tidak diciptakan.
(Namun, perlu diketahui, terdapat Muslim yang menolak pemahaman ini iaitu mereka yang berfahaman Shi'ah.)
- Maka, Kalam Allah mempunyai dua sifat, iaitu (1) sifat kekal, iaitu berada di syurga bersama dengan Allah, (2) sifat sementara, iaitu dalam bentuk Al-Quran yang terdapat di dalam dunia saat ini.
- Adakah kitab Al-Quran boleh dirosakkan atau dimusnahkan?
Sudah tentu jawapannya adalah 'boleh'.
- Mengapa?
Kerana Al-Quran wujud dalam bentuk buku. Maka, semua perkara yang dapat dialami oleh sebuah buku (seperti dikoyakkan, dibakar, diconteng, dll) juga akan dapat dialami oleh Al-Quran kerana secara fizikalnya, Al-Quran adalah sebuah buku.
- Namun, jika Al-Quran mempunyai kelemahan seperti sebuah buku, adakah ini membuatkan Kalam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dapat diperlakukan seperti sebuah buku?
- Sudah tentu tidak kerana jika Al-Quran dimusnahkan sekali pun, Kalam Allah tetap wujud dan tidak dapat diapa-apakan.
- Maka, jika ditanya 'adakah Kalam Allah turut musnah jika Al-Quran dimusnahkan?', jawapannya adalah:
Tidak, kerana Kalam Allah yang bersama dengan Allah tidak terbatas dengan kelemahan yang dimiliki oleh sebuah buku. Yang dimusnahkan hanyalah buku.
Bagaimana hal ini dapat menjelaskan sifat Yesus?
- Kristian percaya Yesus sudah ada dan kekal selamanya di syurga.
- Sama seperti Kalam Allah yang juga sudah ada dan kekal selamanya di syurga.
- Kristian percaya Yesus adalah Firman yang telah masuk ke dalam dunia, melalui Maria, dengan dilahirkan sebagai seorang manusia. Dengan kata lain, Yesus menjelma menjadi makhluk ciptaan Tuhan sendiri.
- Sama seperti Kalam Allah yang telah masuk ke dalam dunia manusia, melalui Nabi Muhammmad yang melafazkan bacaan Al-Quran yang kemudian dibukukan menjadi sebuah kitab. Dengan kata lain, Kalam Allah menjelma dalam bentuk ciptaan Tuhan sendiri.
- Kristian percaya, semasa Yesus di bumi, Dia mempunyai dua sifat yang wujud bersama iaitu kefanaan-Nya dalam keadaan manusia dan keilahian-Nya dalam keadaan Tuhan.
- Sama seperti Kalam Allah yang telah masuk ke dalam dunia juga mempunyai dua sifat iaitu kefanaannya dalam keadaan sebuah kitab dan kekekalannya di sisi Allah.
Oleh itu,
- Kristian percaya Yesus semasa berada di dalam dunia boleh diseksa, dibunuh, berasa lapar dan sedih sama seperti manusia lain kerana Dia wujud sepenuhnya dalam bentuk manusia.
- Sama seperti Kalam Allah yang berada di dalam dunia ini boleh dikoyakkan, dimusnahkan, diconteng seperti buku biasa kerana juga wujud sepenuhnya dalam bentuk sebuah buku/kitab yang dipanggil Al-Quran.
- Namun, walaupun Yesus dapat mengalami apa yang dialami manusia, Dia kekal adalah Tuhan. Jika Yesus dibunuh sekali pun, Dia kekal ada kerana yang dimusnahkan hanyalah tubuh manusia-Nya.
- Sama seperti Al-Quran, walaupun ia dapat mengalami apa yang dialami oleh sebuah kitab biasa, ia kekal Kalam Allah. Jika Al-Quran dimusnahkan sekali pun, Kalam Allah kekal ada kerana yang dimusnahkan hanyalah kitab.
Jika Muslim dapat menerima logik kewujudan Kalam Allah dalam bentuk Al-Quran, maka, sepatutnya Muslim dapat memahami logik kewujudan Yesus dalam bentuk manusia yang mana menjelaskan mengapa Yesus boleh dibunuh dan diseksa walaupun pada masa yang sama Dia adalah Tuhan.
Melalui perumpamaan ini, diharap kebingungan yang dialami oleh penulis (daamz) dan Muslim lain dapat diselesaikan.
Bagaimana pula anda???adakah Yesus itu hanya manusia @ Tuhan @ Tuhan dalam tubuh manusia?Bagaimanakah anda menyembah Tuhan yang Satu dan pada masa yang sama anda mempercayai Yesus itu sendiri adalah Tuhan yang turun ke muka bumi dalam bentuk manusia??Setelah dibunuh, dia kembali ke sisi Tuhan untuk bersatu @ duduk disisi Tuhan???
Anda berkata,
"ermm..saya muslim yang menyembah Tuhan yang esa..al-quran hanyalah firman dari Allah..jadi kami menyembah Allah yang Esa dan sebagai tanda kami menyembah Allah yang Esa, kami mempraktikkan ajaran2Nya yang boleh didapati dari buku yang kami panggil al-quran.."
- Saya tidak pernah mengatakan Muslim menyembah Al-Quran. Contoh yang saya berikan di atas hanyalah perumpamaan tentang Yesus yang datang ke dalam dunia sebagai manusia, sama seperti Al-Quran yang diturunkan ke dalam dunia dalam bentuk 1)bacaan/lafaz, dan 2) kitab.
- Namun, saya agak hairan apabila anda berkata "dan kami tidak menyembah al-quran @ meletakkan al-quran sama disisi Allah.."
- Kerana agak jelas dicatatkan di dalam Al-Quran bahawa Al-Quran berada di sisi Allah.
Surah Az-Zukruf ayat 4 berbunyi,
"Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami – sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh."
Anda juga berkata,
"al-quran seperti Allah berfirman dan firman itu direkodkan dalam bentuk buku yang tidak bernyawa untuk tatapan/pengajaran manusia bukannya untuk disembah.."
- Mungkin anda tidak sedar, namun, penjelasan anda tentang Al-Quran ini kedengaran mirip dengan penjelasan fahaman Syiah. Saya percaya anda bukan seorang Syiah, benar?
- Kerana, penjelasan anda ini menunjukkan Al-Quran hanya wujud selepas Allah berfirman, sedangkan fahaman Sunnah menyatakan Al-Quran tidak berawal. Ia sudah ada bersama-sama dengan Allah, iaitu dalam bentuk "Lauh Mahfuz" (surah Al-Buruj ayat 22).
- Selain itu, saya tidak menyatakan "Al-Quran bernyawa". Cuba anda selidiki dan fahami terlebih dahulu contoh yang saya berikan di atas.
Anda bertanya,
"Bagaimana pula anda???adakah Yesus itu hanya manusia @ Tuhan @ Tuhan dalam tubuh manusia?"
- Seperti yang telah dijelaskan di dalam blog ini, saya percaya Yesus adalah Firman yang telah menjadi manusia. Dia adalah Tuhan dan Juruselamat.
Anda bertanya,
"Bagaimanakah anda menyembah Tuhan yang Satu dan pada masa yang sama anda mempercayai Yesus itu sendiri adalah Tuhan yang turun ke muka bumi dalam bentuk manusia??"
- Tidak wujud percanggahan jika Tuhan itu Esa dan Dia dapat datang ke dalam dunia sebagai manusia.
Anda bertanya,
"Setelah dibunuh, dia kembali ke sisi Tuhan untuk bersatu @ duduk disisi Tuhan???"
- Setelah dibunuh (dengan disalibkan), Dia terlebih dahulu bangkit semula dari kematian, dan kemudian kembali ke syurga.
- Dia kembali kepada sepenuh kemuliaan-Nya sebagai Tuhan.
Saya mengisytiharkan kepada saudara kerana saya percaya bible yg anda baca tidak lebih dan kurang spt hadis spt kebanyakan umat Islam percayai..
Saudara silalah baca al-quran, tanpa merujuk kepada hadis, insyaAllah, akan diberikan kebenaran hakiki..
Anda menulis,
"Hai saudara Tiwas..pegangan saya adalah al-quran...saya ingin mengatakan al-quran itu tertegak sendiri tanpa hadis tidak spt fahaman ahli2 sunnah..."
- Masalahnya, hampir seluruh hukum dan peraturan di dalam Islam (contohnya solat 5 waktu, zakat, hudud) diperolehi melalui hadis.
- Maka, adakah itu bererti anda tidak solat 5 waktu kerana itu hanya dapat diketahui melalui hadis.
Anda menulis,
"Saya mengisytiharkan kepada saudara kerana saya percaya bible yg anda baca tidak lebih dan kurang spt hadis spt kebanyakan umat Islam percayai.."
- Masalahnya, hadis ditulis lebih 200 tahun kemudian selepas kewafatan Muhammad.
- Alkitab pula tidak seperti itu.
- Dan, para pengumpul hadis sendiri (seperti Bukhari dan Muslim) mengakui terdapat beribu2 hadis palsu lain yang tidak mereka masukkan ke dalam himpunan hadis mereka.
- Alkitab pula adalah penulisan daripada kesaksian mereka yang hidup pada zaman peristiwa tersebut terjadi.
Anda menulis,
"Saudara silalah baca al-quran, tanpa merujuk kepada hadis, insyaAllah, akan diberikan kebenaran hakiki.."
- Masalahnya, tanpa hadis, kita tidak dapat mengetahui konteks ayat Al-Quran yang ada. Sebagai contoh, siapakah Abu Lahab yang disebut di dalam surah Al-Masad? Tanpa hadis, anda tidak akan tahu siapa Abu Lahab tersebut.
Saya juga menyarankan agar anda menyelidiki Alkitab dengan saksama. Dan anda akan tahu mengapa saya percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.