Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini.
Yesus berkata Bapa lebih besar daripada diri-Nya, membuktikan bahawa Dia bukan Tuhan. Tidak ada yang lebih besar daripada Tuhan.
Berikut adalah ayat yang diperkatakan:
"Kamu sudah mendengar Aku berkata, ‘Aku akan pergi, tetapi Aku akan kembali kepada kamu.’ Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan bersukacita kerana Aku pergi kepada Bapa, oleh sebab Bapa lebih besar (meizon) daripada Aku." (Yohanes 14:28)
Memandangkan si penyoal (seorang Muslim) berfahaman Unitarianism (iaitu Tuhan adalah satu dan hanya mempunyai satu Peribadi), sudah tentu tidak munasabah baginya untuk Tuhan berkomunikasi kepada seseorang yang lebih besar daripada-Nya. Namun, jika Tuhan adalah Triniti, (iaitu Tuhan yang esa tetapi mempunyai tiga Peribadi yang berbeza), maka adalah mungkin untuk salah satu daripada Peribadi di dalam Tuhan lebih besar (dalam maksud tertentu) berbanding Peribadi yang lain. Adalah benar bahawa tidak ada apa pun yang lebih besar selain kewujudan Tuhan Triniti, namun ini tidak bererti tidak wujud sebarang struktur kuasa atau pangkat di dalam perhubungan kekal Triniti itu sendiri. Jika diizinkan Tuhan Yesus, kita akan merungkai hal ini hal ini dengan lebih lanjut di dalam artikel akan datang.
Untuk kali ini, mari kita jelaskan apa yang sebenarnya hendak dinyatakan oleh Yesus kepada murid-murid-Nya apabila Dia mengatakan Bapa lebih besar daripada diri-Nya. Pertama, istilah "lebih besar" (dalam Greek - meizon) tidak semestinya memperkatakan seseorang/sesuatu yang lebih besar dari segi sifat asal atau teras. Ia boleh juga merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang lebih besar dari segi pangkat dan/atau kuasa, seperti yang ditunjukkan di dalam ayat-ayat berikut:
Data seterusnya menunjukkan bahawa perkataan meizon (bergantung kepada konteks) boleh bermaksud lebih besar secara sifat, kedudukan, atau kedua-duanya sekali. Maka, satu-satunya cara untuk kita dapat mengetahui dengan pasti apa yang dimaksudkan oleh Yesus apabila mengatakan Bapa lebih besar daripada-Nya adalah dengan membaca kenyataan-Nya berdasarkan konteks sebenar kenyataan tersebut. Pembacaan yang teliti terhadap keseluruhan Yohanes fasal 14 tersebut menunjukkan Tuhan Yesus mengakui memiliki semua sifat kekuasaan Tuhan:
Terakhir:
Malah, mereka yang mendengar apa yang Yesus katakan tahu bahawa Dia mengaku sebagai sama dengan Bapa-Nya:
Berikut adalah satu lagi contoh Yesus mengaku sebagai sama dengan Bapa:
Untuk lebih memahami kesan kenyataan ini, ingat bahawa maksud Yesus adalah tidak ada yang dapat menghalang Tuhan dari melindungi umat-Nya kerana tidak ada yang cukup berkuasa untuk menghalang Tuhan menyelamatkan domba-domba-Nya (umat-Nya). Namun, Tuhan Yesus meletakkan diri-Nya pada suatu posisi dan kategori unik kerana Dia percaya bahawa Dia sama dengan Bapa, satu di dalam Dia dari segi kemampuan dan kuasa yang mana menjadikannya berbeza dengan semua orang yang lain!
Tidak hairanlah orang-orang Yahudi tersebut menganggap Yesus telah mengkufuri Tuhan. Mereka dapat melihat dengan jelas bahawa Kristus mendakwa diri-Nya Tuhan apabila Dia mengakui boleh melakukan perkara yang mana hanya dapat dilakukan oleh Yahweh, dan mengatakan diri-Nya berkuasa sama seperti Bapa!
Melalui kenyataan ini, jelas maksud sebenar Yesus apabila mengatakan Bapa lebih besar daripada diri-Nya. Alkitab mengajarkan bahawa ketika Yesus menjadi manusia, Dia menjadi seorang hamba/pelayan:
Untuk kali ini, mari kita jelaskan apa yang sebenarnya hendak dinyatakan oleh Yesus kepada murid-murid-Nya apabila Dia mengatakan Bapa lebih besar daripada diri-Nya. Pertama, istilah "lebih besar" (dalam Greek - meizon) tidak semestinya memperkatakan seseorang/sesuatu yang lebih besar dari segi sifat asal atau teras. Ia boleh juga merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang lebih besar dari segi pangkat dan/atau kuasa, seperti yang ditunjukkan di dalam ayat-ayat berikut:
"Ketahuilah! Yohanes Pembaptis lebih besar (meizon)daripada semua orang yang pernah hidup di dunia ini. Namun demikian orang yang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes." (Matius 11:11)Yohanes yang dikatakan lebih besar berbanding semua orang lain yang dilahirkan oleh wanita tidak bererti orang lain kurang kemanusiaannya berbanding Yohanes, atau mereka lebih rendah secara sifat semulajadi berbanding Yohanes. Di sini, istilah ini bermaksud bahawa Yohanes lebih besar dari segi kedudukan dan pangkat.
"Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Seorang hamba tidak lebih penting (meizon) daripada tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang mengutusnya." (Yohanes 13:16)Kedua-dua hamba dan tuan di sini adalah manusia biasa dan mempunyai sifat kemanusiaan yang sama. Maka, 'lebih besar' di sini (diterjemahkan sebagai lebih penting) memperkatakan tentang kedudukan dan kuasa, bukan sifat atau kewujudan.
"Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi (meizona), kerana Aku pergi kepada Bapa." (Yohanes 14:12)Murid-murid Yesus tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang lebih baik, tetapi mereka melakukan perbuatan yang jauh lebih banyak berbanding Kristus kerana mereka mencapai lebih banyak orang berbanding Yesus ketika Dia berada di dalam dunia ini. Maka, istilah "lebih besar" di sini merujuk kepada kuantiti, jumlah perbuatan, bukan kualiti kerana murid-murid-Nya melakukan jenis perbuatan yang sama tetapi dalam jumlah yang lebih banyak.
Data seterusnya menunjukkan bahawa perkataan meizon (bergantung kepada konteks) boleh bermaksud lebih besar secara sifat, kedudukan, atau kedua-duanya sekali. Maka, satu-satunya cara untuk kita dapat mengetahui dengan pasti apa yang dimaksudkan oleh Yesus apabila mengatakan Bapa lebih besar daripada-Nya adalah dengan membaca kenyataan-Nya berdasarkan konteks sebenar kenyataan tersebut. Pembacaan yang teliti terhadap keseluruhan Yohanes fasal 14 tersebut menunjukkan Tuhan Yesus mengakui memiliki semua sifat kekuasaan Tuhan:
"Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya. Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku demi nama-Ku, Aku akan melakukannya."" (Yohanes 14:13-14)Kristus mampu menjawab semua doa yang ditujukan kepada diri-Nya atau diucapkan dalam nama-Nya. Satu-satunya cara Kristus boleh mendengar dan menjawab doa adalah jika Dia mahatahu dan mahakuasa!
"Apabila hari itu tiba, barulah kamu tahu bahawa Aku bersatu dengan Bapa, kamu bersatu dengan Aku, dan Aku pun bersatu dengan kamu. Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi sesiapa yang mengasihi Aku. Aku pun akan mengasihi orang itu dan menunjukkan diri kepadanya."" (Yohanes 14:20-21)Kristus berkata bahawa Dia BERSATU dengan semua murid-murid-Nya, dakwaan yang mustahil jika Dia hanyalah manusia biasa, atau pun malaikat. Akan tetapi, memandangkan Yesus adalah Tuhan, dan memandangkan Tuhan itu Mahahadir, maka adalah munasabah untuk Kristus berkata bahawa Dia boleh bersatu di dalam semua murid-murid-Nya pada masa yang sama.
Terakhir:
"Yesus menjawab, "Sesiapa mengasihi Aku akan mentaati ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihi dia. Bapa-Ku dan Aku akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia." (Yohanes 14:23)Kedua-dua Bapa dan Anak akan membawa orang-orang percaya untuk tinggal bersama-sama! Kristus dengan jelas mengakui sebagai sama dengan dengan Bapa kerana Dia juga hadir bersama-sama dengan semua orang yang percaya seperti Bapa juga hadir bersama-sama mereka!
Malah, mereka yang mendengar apa yang Yesus katakan tahu bahawa Dia mengaku sebagai sama dengan Bapa-Nya:
"Oleh itu, mereka mula memusuhi Yesus, kerana Dia menyembuhkan orang pada hari Sabat. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Bapa-Ku sentiasa bekerja; Aku pun harus bekerja." Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum hari Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri (ison) dengan Allah." (Yohanes 5:16-18)Sebab mengapa orang-orang Yahudi menganggap Yesus menyamakan diri-Nya dengan Tuhan adalah kerana kenyataan berani Yesus bahawa Dia, sebagai Anak, mempunyai hak untuk melakukan pekerjaan pada hari Sabat sama seperti Bapa. Yesus menyatakan bahawa sebagai Anak Allah, Dia boleh melakukan perkara yang dianggap sebagai melanggar hukum pada hari kudus tersebut kerana Dia tidak terikat dengan hukum dan peraturan Hari Sabat sama seperti Tuhan juga tidak terikat kepada hukum dan peraturan tersebut.
Berikut adalah satu lagi contoh Yesus mengaku sebagai sama dengan Bapa:
"Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan Aku satu." Kemudian orang Yahudi di situ memungut batu lagi untuk merejam Yesus. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Banyak perbuatan baik sudah Aku lakukan untuk kamu dengan kuasa Bapa-Ku. Perbuatan manakah yang menyebabkan kamu mahu merejam Aku?" Orang Yahudi di situ menjawab, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!"" (Yohanes 10:27-33)Kristus memberikan diri-Nya kemampuan khusus yang hanya dimiliki oleh Tuhan:
"Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku. Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa, Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang; tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku." (Ulangan 32:39)
"Akulah Allah, dan Aku tetap Allah selama-lamanya. Tiada seorang pun dapat melepaskan diri daripada kuasa-Ku; tiada sesiapa pun dapat menghalang Aku bertindak." (Yesaya 43:13)Lebih menakjubkan, Yesus mengatakan bahawa Dia dan Bapa adalah satu selepas Dia mengatakan Bapa lebih besar daripada semua, yang mana konteksnya merujuk kepada mereka yang mahu mengambil orang-orang percaya dari tangan Bapa yang mahakuasa.
Untuk lebih memahami kesan kenyataan ini, ingat bahawa maksud Yesus adalah tidak ada yang dapat menghalang Tuhan dari melindungi umat-Nya kerana tidak ada yang cukup berkuasa untuk menghalang Tuhan menyelamatkan domba-domba-Nya (umat-Nya). Namun, Tuhan Yesus meletakkan diri-Nya pada suatu posisi dan kategori unik kerana Dia percaya bahawa Dia sama dengan Bapa, satu di dalam Dia dari segi kemampuan dan kuasa yang mana menjadikannya berbeza dengan semua orang yang lain!
Tidak hairanlah orang-orang Yahudi tersebut menganggap Yesus telah mengkufuri Tuhan. Mereka dapat melihat dengan jelas bahawa Kristus mendakwa diri-Nya Tuhan apabila Dia mengakui boleh melakukan perkara yang mana hanya dapat dilakukan oleh Yahweh, dan mengatakan diri-Nya berkuasa sama seperti Bapa!
Melalui kenyataan ini, jelas maksud sebenar Yesus apabila mengatakan Bapa lebih besar daripada diri-Nya. Alkitab mengajarkan bahawa ketika Yesus menjadi manusia, Dia menjadi seorang hamba/pelayan:
"Siapakah yang lebih mulia, orang yang duduk makan atau orang yang melayani dia? Tentu orang yang duduk makan. Tetapi Aku ada antara kamu sebagai orang yang melayan." (Lukas 22:27)
"Yesus tahu bahawa Bapa sudah menyerahkan segala kekuasaan kepada-Nya. Yesus juga tahu bahawa Dia datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Oleh itu Yesus berdiri, menanggalkan jubah-Nya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggang-Nya. Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya dan mengeringkannya dengan tuala yang terikat pada pinggang-Nya. Apabila Yesus sampai kepada Simon Petrus, Petrus berkata, "Adakah Tuhan akan membasuh kakiku?" Yesus menjawab, "Sekarang kamu tidak memahami apa yang sedang Aku lakukan, tetapi pada kemudian hari kamu akan faham." Petrus berkata kepada Yesus, "Jangan Tuhan! Tuhan tidak boleh membasuh kakiku!" Tetapi Yesus menjawab, "Jika Aku tidak membasuh kakimu, kamu bukan lagi pengikut-Ku." Simon Petrus berkata, "Ya Tuhan, jika demikian jangan basuh kakiku sahaja, basuhlah tangan dan kepalaku juga!" Yesus berkata kepadanya, "Sesiapa sudah mandi, seluruh badannya bersih; dia perlu membasuh kaki sahaja. Kamu semuanya bersih, kecuali seorang." (Yesus mengetahui siapa yang akan mengkhianati Dia. Itulah sebabnya Yesus berkata, "Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.") Setelah Yesus membasuh kaki mereka, Dia mengenakan jubah-Nya kembali lalu duduk semula. Dia berkata kepada mereka, "Adakah kamu memahami apa yang baru sahaja Aku lakukan untuk kamu? Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu, sudah membasuh kaki kamu, maka kamu wajib saling membasuh kaki.Oleh itu, selagi Yesus berada di dalam dunia ini dalam keadaan dan kedudukan sebagai seorang hamba, menghadapi penyeksaan, dihina, cedera, dan akhirnya mati dalam keadaan hina di kayu salib, Bapa sudah tentu lebih besar dari segi kedudukan dan kehormatan. Apabila Yesus kembali ke syurga dan duduk bersama-sama dengan Bapa, Dia tidak lagi berada di dalam keadaan yang direndahkan. Dia akan sekali lagi berkongsi kemuliaan Tuhan dan kuasa mutlak yang dimiliki-Nya bersama-sama dengan Bapa sebelum Dia masuk ke dalam dunia sebagai manusia biasa:
Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu." (Yohanes 13:3-15)
"Ya Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan...Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi Aku sebelum dunia ini dijadikan." (Yohanes 17:5, 24)Maka, Bapa lebih besar dari segi pangkat dan kedudukan, bukan secara teras atau sifat. Oleh yang demikian, si penyoal sebenarnya telah melakukan kesilapan kategorikal (categorical fallacy). Si penyoal keliru terhadap kategori kedudukan dan pangkat, dan kategori teras dan sifat, iaitu menganggap jika seseorang itu lebih besar dalam sesuatu kategori, seperti kedudukan dan pangkat, maka seseorang itu juga akan lebih besar dari segi teras dan sifat, yang mana adalah tidak tepat. Melalui penjelasan kebenaran Alkitab ini, apa yang dianggap oleh si penyoal ternyata tidak benar.
Ulasan