Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kitab Hakim-Hakim

Tidak ada penulis dikenalpasti untuk kitab ini. Tradisi mencadangkan bahawa Samuel, hakim yang terakhir di antara semua hakim, mungkin telah mengumpul dan mencatatkan peristiwa-peristiwa di dalam kitab ini. Kitab Hakim-Hakim merangkumi kisah sepanjang beberapa ratus tahun, bermula dari kematian Yosua dan para pemimpin yang bersama-sama dengannya hinggalah zaman kehidupan Samuel.

Sepanjang tempoh tersebut, bangsa Israel berkali-kali menjadi tidak percaya kepada Tuhan dan akhirnya ditakluk oleh bangsa-bangsa asing. Apabila penderitaan membuatkan generasi yang tertindas ini kembali kepada Tuhan, Dia menyediakan pemimpin ketenteraan atau politik yang dipanggil sebagai hakim, yang mengembalikan kebebasan kepada rakyatnya yang tertindas, dan kemudian hakim-hakim (yang terdiri daripada lelaki dan wanita) ini memimpin rakyat mereka sehingga akhir hayat mereka.

Sama seperti kitab Yosua menggambarkan bagaimana ketaatan membawa kemenangan dan damai, kitab Hakim-Hakim pula menunjukkan bagaimana ketidak-taatan membawa kemusnahan dan kekalahan.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 107.

Rujukan tambahan
- Kata Pengantar Kitab Hakim-Hakim, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 259. 

Ulasan