Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kitab Bilangan

Ini adalah kitab keempat yang ditulis oleh Musa yang memulakan Perjanjian Lama (lihat Kitab Kejadian). Kitab ini meneruskan kisah generasi selepas Keluaran; ia memberikan maklumat susur galur keturunan penting dan catatan perjalanan umat Tuhan dari Sinai hingga ke sempadan tanah Kanaan dan kembali semula ke pada gurun selama 40 tahun.

Tema kitab Bilangan ini adalah tentang keadaan susah generasi Keluaran  akibat gagal meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Akibatnya, penaklukkan tanah Kanaan ditangguhkan sehinggalah generasi baru bertumbuh. Suatu generasi yang tidak seperti generasi sebelumnya, iaitu generasi yang percaya sepenuhnya kepada Tuhan.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 81.

Rujukan tambahan
- Kitab Bilangan (2)
- Kata Pengantar Kitab Bilangan, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 144.

Ulasan