Tradisi dan kandungan kitab ini (Bil 1:1; 31:9, 24, 26) memberikan gambaran bahawa penulis kitab Ulangan ini adalah Musa, iaitu sekitar tahu 1400 sebelum masihi (lihat Kitab Kejadian). Walaupun ramai pengkaji moden membahaskan bahawa kitab ini ditulis lebih lewat--pada zaman Yosia--pandangan secara tradisi adalah lebih tepat.
Di dalam kitab Ulangan, 70 rujukan tentang peristiwa Keluaran dinyatakan dalam situasi "sudah berlalu", sementara rujukan tentang kemasukkan ke tanah Kanaan adalah dalam situasi "akan terjadi pada masa hadapan". Bangsa-bangsa yang disebut di dalam kitab ini adalah bangsa-bangsa pada zaman Musa. Paling penting, struktur penulisan kitab Ulangan adalah sama seperti penulisan politik kuno yang mana hanya digunakan pada zaman kehidupan Musa (1500-1200 sebelum masihi). Penulis atau editor pada zaman kehidupan Yosia, iaitu lapan ratus tahun selepas zaman Musa, tidak mungkin akan menunjukkan situasi zaman kuno tersebut dengan tepat.
Nama Ulangan (atau Deuteronomy) bermaksud hukum kedua; ia adalah ulangan semula daripada Musa kepada generasi baru bangsa Israel tentang hukum Tuhan yang diberikan 40 tahun sebelum itu di Gunung Sinai. Kata-kata kunci di dalam kitab Ulangan adalah tentang kasih (31 kali), tentang ketaatan (31 kali), tentang hukum ini atau kitab hukum ini (24 kali). Tema-tema utama ini mengingatkan kita bahawa perhubungan dengan Tuhan adalah bersifat peribadi dan ketaatan kita mesti bertumbuh dengan menyatakan kasih kita kepada Tuhan yang mana telah terlebih dahulu mengasihi kita.
Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 90.
Rujukan tambahan
- Kitab Ulangan
- Kata Pengantar Kitab Ulangan, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 188.
- Kata Pengantar Kitab Ulangan, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 188.
Ulasan