10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #3: "Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul"
Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini.
Oleh Michael J. Kruger
Salah satu fakta paling asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu difahami oleh semua Kristian adalah kanon ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan aktiviti-aktiviti para rasul (apostolik).
Yesus telah memberikan tugas kepada rasul-rasul pilihan-Nya "agar mereka bersama-sama dengan Dia dan mengutus mereka untuk memberitakan Injil dan mempunyai kuasa" (Markus 3:14-15). Ketika Yesus mengutus kedua belas rasul, Dia mengingatkan mereka bahawa "Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu." (Matius 10:20). Maka, Dia dapat memberikan amaran kepada mereka yang menolak kuasa yang diberikan kepada para rasul: "Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu. Ingatlah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani penduduk Sodom dan Gomora, daripada penduduk bandar itu!" (Matius 10:14-15).
Secara ringkasnya, para rasul mempunyai kuasa yang daripada Kristus sendiri. Mereka adalah penyambung lidah-Nya. Oleh itu, pengajaran mereka, termasuk para nabi, adalah dasar kepada gereja itu sendiri. Paulus menjelaskan gereja sebagai "dibina di atas asas yang diletakkan oleh para rasul dan nabi," (Efesus 2:20). Jika gereja mahu mengetahui mesej Kristian yang sebenar, mereka perlu sentiasa melihat semula kepada pengajaran yang diberikan oleh para rasul tersebut.
Namun, para rasul tidak sekadar mengajarkan tentang Yesus secara lisan. Pada suatu ketika dan pada masa yang sangat awal mesej kerasulan ini dituliskan. Selalunya ia ditulis oleh para rasul itu sendiri. Pada waktu-waktu tertentu, ia ditulis oleh sahabat-sahabat para rasul tersebut yang mana mencatatkan mesej-mesej mereka. Melalui kedua-dua cara ini, mesej para rasul yang mempunyai wibawa ini akhirnya wujud dalam bentuk kitab.
Berdasarkan sebab yang ketara ini, gereja sudah tentu akan lebih menghargai kitab-kitab apostolik berbanding kitab-kitab yang lain. Dan hal ini yang telah terjadi. Kitab-kitab yang dianggap sebagai apostolik oleh gereja adalah kitab-kitab yang sering dibaca, disalin, dan digunakan di dalam penyembahan Kristian awal. Kitab-kitab ini adalah kitab yang akhirnya membentuk kanon Perjanjian Baru. Kanon ini adalah terhasil daripada pelayanan para rasul tersebut.
Malahan, kebergantungan gereja terhadap penulisan apostolik adalah punca mengapa kita melihat kitab-kitab "apokripa" muncul seperti cendawan selepas hujan pada abad kedua (dan abad-abad seterusnya) dengan menggunakan nama-nama para rasul. Terdapat Injil menurut Tomas, Injil menurut Petrus, Kisah Rasul Yohanes, malah juga terdapat Injil menurut keduabelas murid! Keadaan ini tidak menimbulkan keraguan terhadap perkaitan kerasulan terhadap Perjanjian Baru, sebaliknya kitab-kitab apokripa ini mengesahkan perkaitan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa gereja awal sangat menghargai kitab-kitab apostolik sehingga para pemalsu terpaksa meniru yang asli agar hasil peniruan mereka mendapat perhatian. Untuk lebih lanjut tentang tarikh penulisan lewat kitab-kitab apokripa ini, lihat post sebelum ini di sini.
Sudah tentu, sebilangan sarjana hari ini mempertikaikan penulisan apostolik untuk beberapa buah kitab Perjanjian Baru, dengan mendakwa kitab-kitab tersebut ditulis penulis-penulis yang hidup lebih lewat dan menyamar sebagai para rasul. Namun, dakwaan-dakwaan ini masih belum terbukti dan ramai sarjana lain mempertikaikan dakwaan-dakwaan tersebut. Selain itu, perlu diingati iaitu gereja awal lebih layak mengesahkan penulis dan asal kitab-kitab ini berbanding sarjana moden yang hanya lahir dua ribu tahun kemudian.
Kesimpulannya, kanon Perjanjian Baru wujud kerana kepercayaan Kristian awal bahawa para rasul mengajar bagi pihak Kristus. Kepercayaan ini menyebabkan Kristian menghargai kitab-kitab apostolik. Dan kitab-kitab apostolik ini akhirnya membentuk Perjanjian Baru yang kita miliki hari ini.

Ulasan