Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 200-202.
Walaupun penjelasan tentang hukuman mencambuk sangat tidak menyenangkan, saya tahu akan ada banyak lagi kesaksian yang memualkan akan diberikan. Ini kerana semua ahli sejarah bersetuju bahawa Yesus kekal hidup selepas dicambuk dan kemudian disalibkan--yang mana adalah isu sebenar hal ini.
Pada hari ini, apabila pesalah yang dijatuhi hukuman bunuh, dia diikat dan disuntik dengan racun, atau diikat pada kerusi elektrik, situasi tersebut adalah dalam keadaan terkawal. Kematian datang dengan cepat dan di dalam jangkaan. Pakar perubatan dengan teliti memeriksa kematian mangsa. Pada masa yang sama, saksi-saksi akan memerhatikan proses tersebut dengan teliti dari awal hingga penghujungnya.
Namun, bagaimana pula dengan kematian melalui kaedah yang kasar, perlahan, dan tidak menentu iaitu hukuman salib? Malah, kebanyakan orang tidak pasti bagaimana palang salib tersebut membunuh mangsanya. Dan tanpa pakar perubatan yang terlatih untuk memeriksa sama ada Yesus benar-benar telah mati atau tidak, mungkinkah Dia terselamat walaupun diseksa teruk serta kehilangan darah yang banyak?
Saya mula merungkai isu ini. "Apa yang berlaku setelah Dia sampai ke tempat penyaliban?"
"Dia akan dibaringkan, dan kedua-dua tangan-Nya akan dipaku dengan posisi mendepa pada palang yang mendatar. Palang mendatar tersebut dipanggil sebagai patibulum, dan pada fasa ini ia terpisah daripada palang menegak, yang mana akan ditanam di atas tanah."
Saya menghadapi kesukaran untuk membayangkan keadaan tersebut; saya memerlukan lebih maklumat. "Dipakukan dengan apa?" saya bertanya. "Dipaku di mana?"
"Askar Roma menggunakan logam sepanjang kira-kira lima hingga tujuh inci dan hujungnya ditajamkan. Ia kemudian dipakukan di bahagian pergelangan tangan," kata Metherell sambil menunjukkan jarak kira-kira seinci di bawah tapak tangannya.
"Tunggu dulu," saya mencelah. "Saya sangkakan paku tersebut menembusi tapak tangan-Nya. Itu yang ditunjukkan di dalam semua lukisan. Malahan, ia menjadi gambaran kebiasaan yang digunakan sebagai melambangkan peristiwa penyaliban Yesus."
"Melalui pergelangan tangan," ulang Metherell. "Itu adalah bahagian kukuh yang akan mengunci bahagian tangan; jika paku-paku tersebut ditusukkan pada bahagian tapak tangan, berat badan-Nya akan menyebabkan kulit terkoyak dan Dia akan jatuh dari palang salib tersebut. Oleh itu, paku-paku tersebut menembusi bahagian pergelangan tangan, selain itu, bahagian tersebut sebenarnya juga dianggap sebagai sebahagian daripada tangan pada zaman tersebut.
"Dan penting untuk diketahui iaitu paku tersebut menembusi bahagian di mana terdapat sambungan saraf median. Ia adalah saraf terbesar yang menuju ke tangan, dan ia akan dihancurkan oleh tusukan paku tersebut."
Memandangkan saya hanya mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang anatomi tubuh manusia, saya tidak begitu pasti maksud keadaan tersebut. "Bagaimanakah kesakitan yang dialami dari keadaan tersebut?" saya bertanya.
"Biar saya jelaskan seperti ini," jawabnya. "Tahukah anda bagaimana rasa sakit apabila kita secara tidak sengaja terhantuk di bahagian siku kita dan terkena tulang yang sensitif? Itu sebenarnya sejenis saraf yang dipanggil sebagai saraf ulna. Ia sangat sakit jika kita secara tidak sengaja terpukul pada bahagian tersebut.
"Sekarang, bayangkan anda mengambil sepasang playar dan memulas serta menghancurkan saraf tersebut," katanya sambil menekankan perkataan memulas dan menunjukkan gaya memutar playar. "Kesannya adalah sama seperti yang dialami oleh Yesus."
Saya terkernyit ketika membayangkan keadaan tersebut dan berasa tidak selesa di atas kerusi saya.
"Kesakitan ini sangat berat untuk ditanggung," sambungnya. "Malah, kesakitan tersebut tidak dapat dijelaskan melalui kata-kata; mereka terpaksa mencipta perkataan baru: excruciating. Secara harafiah, excruciating bermaksud 'keluar dari salib'. Bayangkan: mereka terpaksa mencipta perkataan baru untuk menjelaskan kesengsaraan yang sangat besar ini yang terjadi ketika disalibkan.
"Pada ketika itu, Yesus akan diangkat sementara palang tersebut disambungkan pada palang menegak, dan paku-paku akan ditusukkan pada kaki Yesus. Sekali lagi, saraf-saraf di dalam kaki-Nya juga akan hancur dan akan ada kesakitan yang sama seperti ketika tangan-Nya ditusuk paku."
Saraf yang hancur dan putus memang adalah sesuatu hal yang cukup teruk, tetapi saya mahu mengetahui tentang kesan tergantung pada kayu salib ke atas tubuh Yesus. "Apakah tekanan yang akan dialami oleh tubuh-Nya?"
Metherell menjawab, "Pertama, kedua-dua tangan-Nya akan serta merta ditarik, mungkin sekitar enam inci, dan kedua-dua tulang bahu akan terkehel--anda boleh menentukan hal ini menggunakan pengiraan matematik yang mudah.
"Keadaan ini menggenapi nubuat di dalam Perjanjian Lama pada Mazmur 22, yang mana telah meramalkan tentang peristiwa penyaliban ini beratus-ratus tahun sebelum ia terjadi dan berkata, 'segala tulangku terlepas dari sendinya'."
bersambung..
Klik pada gambar untuk membesarkan gambar. |
"Dan penting untuk diketahui iaitu paku tersebut menembusi bahagian di mana terdapat sambungan saraf median. Ia adalah saraf terbesar yang menuju ke tangan, dan ia akan dihancurkan oleh tusukan paku tersebut."
Memandangkan saya hanya mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang anatomi tubuh manusia, saya tidak begitu pasti maksud keadaan tersebut. "Bagaimanakah kesakitan yang dialami dari keadaan tersebut?" saya bertanya.
"Biar saya jelaskan seperti ini," jawabnya. "Tahukah anda bagaimana rasa sakit apabila kita secara tidak sengaja terhantuk di bahagian siku kita dan terkena tulang yang sensitif? Itu sebenarnya sejenis saraf yang dipanggil sebagai saraf ulna. Ia sangat sakit jika kita secara tidak sengaja terpukul pada bahagian tersebut.
"Sekarang, bayangkan anda mengambil sepasang playar dan memulas serta menghancurkan saraf tersebut," katanya sambil menekankan perkataan memulas dan menunjukkan gaya memutar playar. "Kesannya adalah sama seperti yang dialami oleh Yesus."
Saya terkernyit ketika membayangkan keadaan tersebut dan berasa tidak selesa di atas kerusi saya.
Klik untuk membesarkan gambar. |

Ulasan