Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 30, penulis memberikan kenyataan berikut: Terdapat dua persepsi berbeza berkaitan peristiwa Jesus disalib iaitu antara Islam dan Kristian. Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup manakala Islam, agama yang wujud selepas kematian Jesus. Islam membawa maklumat yang berbeza berkaitan cerita Jesus disalib. Perhatikan bahagian yang saya tebalkan, penulis mendakwa agama Kristian adalah agama KETIKA Jesus masih hidup! Namun, di awal buku ini, penulis berkata, Menurut sejarah, agama Kristian diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul, iaitu 40 tahun selepas Jesus tiada . (m/s xi) Di sini, penulis mengatakan agama Kristian diperkenalkan 40 tahun SELEPAS Jesus tiada![ 1 ] Mungkinkah penulis terlupa apa yang ditulisnya sendiri? Bukan itu sahaja, penulis juga berkata, Oleh itu, penulis percaya Jesus atau Isa Al-Masih adalah Muslim, bukan Kristian. (m/s xi) Tetapi, di muka surat 30 ini pula, penulis sendiri m...