Langkau ke kandungan utama

Kristianiti dan kepercayaan Pagan

Sedang anda melayari internet, pernahkah anda terjumpa dengan dakwaan seperti berikut, "Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala", atau "Agama Pagan di sebalik tanggal 25 Disember", atau "Sejarah Salib, Swastika, dan penggunaannya dalam Paganism dan Kristian", dan banyak lagi dakwaan seumpamanya.

Jika anda seorang Kristian, apa reaksi anda? Jika anda bukan Kristian, apa reaksi anda?

Sebenarnya, dakwaan bahawa Kristian menciplak atau meniru kepercayaan pagan kuno ini sudah lama dibuktikan sebagai tidak berasas. Kini, majoriti pengkaji menolak dakwaan ini sebagai tidak benar, termasuk pengkaji bukan Kristian.

Malangnya, dakwaan ini kekal diberikan sebagai argumen terhadap Kristianiti.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bila dakwaan ini dimulakan?

Di dalam dunia akademik, dakwaan ini dimulakan pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 oleh sekumpulan sarjana yang dipanggil sebagai Religionsgeschichtliche schule, di German (ya, itu bahasa German). Ia bermaksud Sekolah Sejarah Agama. Kemudian, sebuah hasil kerja yang dikembangkan oleh Richard Reitzenstein telah diterbitkan di German pada 1910 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1978. Di dalam penulisan popular pula, dakwaan ini dipopularkan oleh Sir James Frazer melalui buku bersirinya, The Golden Bough, yang diterbitkan pada 1906.

Sekarang, kita lihat perkara yang sangat 'luar biasa' ini.
Jika yang memberikan dakwaan ini adalah seorang ateis, iaitu mereka yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan atau apa-apa kuasa supernatural, mungkin ia sesuatu yang biasa. Ia tidak menjadikan dakwaan mereka benar, namun adalah difahami mengapa mereka memberikan dakwaan ini.

Akan tetapi, kebanyakan yang memberikan dakwaan ini sebagai 'bukti kepalsuan' Kristian bukanlah ateis, tetapi mereka yang percaya kepada kewujudan Tuhan, lebih khusus lagi, Muslim. Jika anda membaca pautan dakwaan yang diberikan di atas, kesemuanya adalah daripada blogger Muslim.

Setiap kali saya membaca dakwaan-dakwaan yang diberikan oleh mereka, saya tertanya-tanya, tidakkah mereka sedar mereka sedang mempertikaikan kepercayaan mereka sendiri? Adakah mereka pernah membaca sendiri penceritaan asal bagi kepercayaan pagan yang diperkatakan? Adakah mereka pernah membaca penceritaan tentang Yesus sebelum membuat kesimpulan tersebut?

Jika kita membaca artikel yang ditulis, ia memberikan gambaran seolah-olah mereka telah membaca tentang topik yang disampaikan kerana ditulis dengan panjang, lengkap dengan gambar-gambar rujukan. Namun, hakikatnya, mereka belum.

Ya, sudah tentu menurut pandangan Muslim, Kristian ini adalah sesat dan palsu. Saya tidak mempertikaikan pandangan mereka. Mereka berhak berpandangan demikian. CUMA, mereka menggunakan hujah dan dakwaan yang mana jika ditelitikan, juga menidakkan kepercayaan mereka. Jika mereka mengatakan Kristian adalah palsu kerana dakwaan-dakwaan ini, bererti, mereka secara langsung juga mengatakan kepercayaan mereka juga palsu!

Contohnya, saya petik ayat berikut dari blog ini,
3. Antara keajaiban yang awal ditunjukkan oleh mereka ialah MENYEMBUHKAN pesakit kusta.
Masalahnya, kepercayaannya juga mengajarkan bahawa Yesus (atau Nabi Isa menurut mereka) juga menyembuhkan penyakit kusta.

Satu lagi contoh, diambil dari blog ini,
Sejarawan barat meyakini bahawa konsep Maria dan Jesus adalah salinan dari Isis dan Horus
Tetapi, penulis blog ini juga percaya konsep Maryam melahirkan Nabi Isa. Maka, adakah ini bererti kepercayaannya juga 'adalah salinan dari Isis dan Horus'?

Bagaimana? Jika, saya ulang, JIKA mereka ada membaca dan menyelidiki sendiri dakwaan-dakwaan ini, mereka pasti tidak akan menggunakannya. Jika mereka tahu, namun kekal menggunakannya, hanya satu perkataan, menyedihkan.

Ulasan

Zharif Alimin berkata…
kisah isa dan maria berlainan dengan jesus dan mary. sila baca quran surah maryam.
Unknown berkata…
Hai,
Ya, memang ada sedikit kelainan di antara kisah Yesus dan Maria serta Nabi Isa dan Maryam.

Namun, konsep yang dikatakan telah disalin dari kisah Horus dan Isis adalah kelahiran melalui seorang perawan. Bukankah konsep kelahiran melalui perawan ini juga diajarkan di dalam kepercayaan anda?

Saya sarankan anda membaca dakwaan ini dari sumber asalnya. Anda boleh membaca buku The Golden Bough melalui link pada post di atas.