Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - Pengenalan

Benarkah?
Update [31/1/2014]: Siri ini sudah agak lama terbengkalai. Bukan kerana tidak dapat memberikan respon, cuma masa tidak begitu mengizinkan. Akan saya usahakan untuk menyelesaikan siri ini. Namun, jika anda mahu dengan segera menemukan respon untuk dakwaan-dakwaan di dalam buku ini, saya sarankan agar anda melayari laman forum Sarapan Pagi Biblika, khususnya pada ruangan "APOLOGETIK & TANGGAPAN ATAS TUDUHAN". Kesemua dakwaan di dalam buku ini telah diberikan respon di sana.
-----------------------------------
Terdapat sebuah buku yang bertajuk "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan". Ia boleh dimuat turun di sini. Ia sebuah buku yang menarik. Pelbagai persoalan timbul sebelum saya membaca buku ini. Adakah benar terdapat 101 bukti? Adakah bukti-bukti yang diberikan ini sahih? Adakah bukti-bukti yang diberikan adalah suatu bukti yang baru? Saya membaca buku ini dengan penuh rasa ingin tahu.

Apa yang saya dapati? Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakannya (walaupun mungkin ada yang dapat mengagak kesimpulan yang saya perolehi). Adalah lebih baik jika saya berikan perspektif lain untuk setiap bukti yang diberikan, dan anda sebagai pembaca, menilainya sendiri.

Perlu juga dijelaskan, saya hanya memberikan alternatif untuk setiap bukti-bukti ini. Dan sudah pasti alternatif ini mungkin akan tidak dipersetujui oleh pihak lain, khususnya mereka yang menyokong buku ini. Anda bebas untuk menyatakan rasa tidak setuju anda, sila rujuk bahagian komen.

Sebelum kita melihat setiap bukti-bukti ini, ingat perkara penting ini.
- Semasa Yesus lahir ke dunia, Dia 100% manusia dan pada masa yang sama peribadiNya 100% Tuhan.
- Bukan sama ada Tuhan atau manusia.
Hal ini penting kerana keseluruhan buku ini cuba menggambarkan Yesus itu sama ada Tuhan atau manusia sahaja dan bukan Tuhan dan manusia pada masa yang sama.
Sebenarnya, kenyataan ringkas ini sudah cukup untuk menidakkan keseluruhan intipati buku ini, namun, sesuai dengan tema blog ini, "pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik", mari kita menilai dakwaan-dakwaan yang diberikan.

Dengan hal ini di dalam minda anda, apa kata kita mulakan.

Berikut adalah jawapan untuk setiap bukti yang diberikan. (Akan dikemaskini dari masa ke semasa)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8&9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 79, 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99, 100, 101.

Ulasan

Dewi Bunga berkata…
Buat yang Kristen/Katolik atau yg non-muslim, mari kunjungi blog ini: http://islamexpose.blogspot.com
atau klik nama saya (Dewi Bunga)

JBU ;)