Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #16: Burung daripada tanah?

Senarai lengkap siri post ini di sini.

Pada muka surat 14 buku ini, penulis memberikan ayat Al-Quran berikut sebagai renungan dan juga kesimpulan untuk bab 1 buku tersebut. Penulis memetik ayat dari surah Al-Maidah, ayat 110.

Apa yang menarik adalah ayat tersebut menyebut bagaimana Jesus (Nabi Isa menurut Muslim) telah membentuk tanah seperti burung, kemudian meniupnya, lalu terbentuk menjadi burung yang sebenar.

Mukjizat ini langsung tidak disebut di dalam keempat-empat Gospel. Dan ia tidak disebut kerana suatu sebab yang munasabah. Sebenarnya, kisah ini hanya terdapat di dalam dua buah kitab Gospel apocrypha, iaitu "The Arabic Gospel of the Infancy of the Saviour" dan "Infancy Gospel of Thomas". Dan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kedua-dua Gospel apocrypha ini sebenarnya adalah palsu!


Persoalannya, mengapa kisah dari kitab Gospel yang palsu ini turut dimasukkan ke dalam Al-Quran? Hal ini sama seperti post "bayi itu berkata-kata?" sebelum ini.

Ulasan