Langkau ke kandungan utama

Bukti Kebangkitan Kristus (Terjemahan) - bahagian III

Artikel ini diterjemah dari tulisan Peter Kreeft dan Fr. Ronald Tacelli, S.J. Artikel asal, Evidence for the Resurrection of Christ, boleh di baca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Artikel ini dipecahkan kepada 4 bahagian.

Bahagian I klik sini.
Bahagian II klik sini.

Menidakkan Teori Halusinasi: Tiga belas Argumen
Jika anda ternampak seorang yang telah mati berjalan dan berbicara, tidakkah anda akan merasa anda sedang berhalusinasi dan bukan melihat sesuatu yang benar-benar terjadi? Mengapa tidak berfikir hal yang sama terhadap peristiwa kebangkitan Kristus?


(1) Terdapat terlalu ramai saksi. Halusinasi terjadi secara peribadi, berseorangan, subjektif. Kristus muncul di hadapan Maria Magdalena, di hadapan para pengikut kecuali Tomas, di hadapan para pengikut bersama Tomas, di hadapan 2 pengikutNya di Emaus, di hadapan nelayan di tepi pantai, di hadapan Yakobus (adikNya atau sepupu), dan di hadapan 500 orang serentak (1 Kor 15:3-8). Malah 3 saksi yang berbeza sudah cukup untuk membentuk suatu trigonometri psikologi; sebanyak 500 orang adalah peristiwa paling umum yang dapat kita perolehi. Dan seperti yang dinyatakan oleh Paulus di dalam ayat tersebut (ayat 6), kebanyakan dari 500 orang ini masih hidup, mempelawa mana-mana pembaca untuk memeriksa sendiri kebenaran peristiwa tersebut dengan bertanya kepada saksi-saksi tersebut - dia tidak mungkin dapat melakukan hal ini dan terlepas, berdasarkan kuasa, sumber dan jumlah musuh-musuhnya, jika ia tidak benar.

(2) Saksi-saksi ini berkelayakan. Mereka adalah individu-individu yang sederhana, jujur dan bermoral yang mana mengetahui dan mengalami sendiri kenyataan tersebut.

(3) 500 telah melihat Kristus bersama-sama, pada masa dan tempat yang sama. Hal ini lebih luar biasa berbanding 500 "halusinasi peribadi" melihat Yesus, yang berlaku pada masa dan tempat yang berbeza. 500 orang yang melihat Elvis secara berasingan mungkin akan tidak dipedulikan, tetapi jika 500 orang nelayan biasa di Maine melihat, menyentuh, dan berbicara dengannya bersama-sama, di bandar yang sama, ia akan menjadi perkara yang berbeza. (Satu-satunya orang yang telah mati yang kita kenali telah dilihat oleh ramai orang yang percaya dan tidak percaya ialah Maria ibu Yesus, di Fatima, 70,000 orang. Dan itu bukannya dakwaan dilihat secara fizikal tetapi melalui pengelihatan.)

(4) Halusinasi selalunya hanya bertahan beberapa saat atau minit; jarang berjam-jam. Perkara ini bertahan sekitar 40 hari (Kis 1:3).

(5) Halusinasi selalunya terjadi hanya sekali, kecuali kepada orang gila. Kejadian ini berulang berkalu-kali, kepada orang-orang biasa (Yoh 20:19-21:14Kis 1:3).

(6) Halusinasi datang dari dalam diri kita, dari perkara yang sudah kita ketahui, setidak-tidaknya tanpa disedari. Kejadian ini melakukan dan mengatakan hal yang mengejutkan dan tidak dijangka (Kis 1:4,9) - seperti manusia yang sebenar dan tidak seperti mimpi.

(7) Bukan sahaja para pengikut tidak menjangkakannya, mereka juga pada mulanya tidak percaya - termasuk Petrus, wanita-wanita, Tomas, dan kesebelas rasul. Mereka menyangkakan Dia hantu, Dia perlu makan terlebih dahulu untuk membuktikan bahawa Dia bukan hantu (Luk 24:36-43).

(8) Halusinasi tidak makan. Kristus yang telah bangkit telah makan, dalam dua peristiwa (Luk 24:42-43Yoh 21:1-14).

(9) Pengikut-pengikutNya menyentuhNya (Mat 28:9Luk 24:39Yoh 20:27).

(10) Mereka juga bercakap denganNya, dan Dia menjawab mereka. Imaginasi anda tidak akan berbual secara mendalam dan panjang lebar dengan anda, melainkan anda menghidap penyakit mental yang mengasingkan anda. Namun, "halusinasi" ini berkomunikasi dengan sekurang-kurangnya 11 orang pada masa yang sama, selama 40 hari (Kis 1:3).

(11) Para rasul tidak akan percaya kepada "halusinasi" ini jika mayat Yesus masih berada di dalam kubur. Perkara ini sangat ringkas dan penting; jika ia hanyalah halusinasi, di manakah mayat itu berada? Mereka akan memeriksanya; jika ia [mayat]masih ada, mereka tidak akan menjadi percaya.

(12) Jika para rasul telah berhalusinasi dan menyebarkan cerita halusinasi mereka sebagai benar, pihak Yahudi pasti telah menghalang mereka dengan menunjukkan mayat [Yesus] - melainkan para pengikutNya telah mencuri mayat tersebut, yang mana membawa kita kembali kepada teori konspirasi bersama dengan semua kerumitan teori tersebut.

(13) Halusinasi hanya akan menjelaskan penampakan selepas kebangkitan; ia tidak akan menjelaskan kubur yang kosong, batu besar yang dialihkan, atau ketidak mampuan mereka menunjukkan mayat yang tidak bangkit. Tidak ada teori lain yang dapat menjelaskan maklumat-maklumat ini kecuali kebangkitan. C.S. Lewis mengatakan:
Sebarang teori halusinasi tidak dapat bertahan dengan fakta (dan jika ia hanyalah rekaan [bukan fakta], ia adalah rekaan paling ganjil yang pernah difikirkan manusia) di mana dalam 3 situasi yang berlainan, Yesus tidak segera dikenali di dalam halusinasi tersebut (Luk 24:13-31Yoh 20:1521:4). Jika Tuhan telah menurunkan sebuah halusinasi suci untuk mengajar kebenaran yang sebelum ini sudah diketahui ramai tanpa halusinasi suci tersebut, dan jauh lebih mudah diajarkan menggunakan kaedah lain, dan [kebenaran] akan menjadi kabur kerana hal ini [halusinasi], tidakkah kita berharap sekurang-kurangnya wajah yang dihalusinasikan itu dapat dikenali? Adakah Dia yang telah melakukan penciptaan wajah dengan mudah tidak dapat menghasilkan wajah diriNya sendiri? (Miracle, chapter 16)
Beberapa dari argumen ini adalah seumur dengan Bapa-bapa Gereja [Pemimpin gereja awal]. Kebanyakkan seawal abad ke-18, terutamanya William Paley. Bagaimana mereka yang tidak percaya menjawab hal-hal ini? Hari ini, hanya sedikit yang cuba menjawab argumen-argumen ini, walaupun kadang-kala ada yang cuba memperbaharui salah satu dari ketiga teori iaitu teori pengsan, konspirasi dan halusinasi (cth, buku tulisan Schonfield, The Passover Plot). Namun, serangan balas hari ini lazimnya dalam 2 bentuk berikut:
  1. Ada yang menolak peristiwa kebangkitan kerana ia bersifat mukzijat, yang mana mempersoalkan isu sama ada mukzijat boleh berlaku atau tidak. Mereka berhujah, seperti yang dinyatakan oleh Hume, bahawa mana-mana penjelasan lain adalah lebih berkemungkinan berbanding mukzijat. Untuk melihat bantahan terhadap argumen ini, lihat bab tentang mukzijat (bab 5).
  2. Serangan balas dalam bentuk yang lain, dan yang paling popular setakat ini, ialah dengan cuba mengelak daripada dilema tradisional iaitu "memperdaya" (konspirator) atau "diperdaya" (halusinasi) dengan mentafsirkan keempat kitab Injil sebagai mitos - tidak dilihat sebagai benar-benar berlaku atau tidak berlaku secara harafiah, tetapi benar secara simbolik atau rohani. Ini adalah standard kepada jurusan teologi liberal kolej-kolej, universiti-universiti, dan seminari-seminari di seluruh dunia Barat hari ini.

bersambung..
Bahagian IV

Ulasan