Langkau ke kandungan utama

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab -1

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini.

Argumen Muslim:
Kristian percaya bahawa Tuhan adalah Triniti. Namun, kita tidak menemui Triniti diajarkan di dalam Alkitab. Kesaksian jelas Alkitabiah adalah Tuhan itu Esa, bukan lebih dari satu (contoh: Ulangan 4:35, 39; 6:4; Mazmur 86:10; Yesaya 43:10; 44:6, 8; 45:5-6, 18, 21-22; 46:9).

Kristian Menjawab:

Sebenarnya, Yesus dan Paulus mengajarkan bahawa Tuhan itu Esa (contoh: Markus 12:29-30; Yohanes 17:3; 1 Korintus 8:6a; 1 Timotius 2:5).

Triniti melibatkan kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa. Kristian tidak menyembah 3 Tuhan. Maka, rujukan Alkitabiah yang menunjukkan hanya ada satu Tuhan sebenarnya mengesahkan, bukan menafikan Triniti.

Alkitab mengajarkan, walaupun hanya ada satu Tuhan, terdapat tiga Peribadi yang dipanggil sebagai Tuhan: Bapa (1 Petrus 1:2), Anak (Matius 1:23; Yohanes 20:28; Kolose 2:9; Titus 2:13), dan Roh Kudus (Kisah Para Rasul 5:3-4).

(Nota: Di dalam Yohanes 17:3, Yesus menyebut Bapa sebagai Tuhan yang satu. Poin ini perlu dijelaskan lagi kerana ia seperti mengandaikan Yesus menafikan bahawa Dia juga adalah Tuhan. Perlu diketahui bahawa Kristus semasa menjadi manusia benar-benar menjadi manusia sepenuhnya tanpa berhenti menjadi Tuhan. Sebagai Tuhan-yang menjadi manusia, Bapa menjadi Tuhan-Nya. Maka, adalah sesuatu yang dijangkakan untuk Yesus memanggil Bapa sebagai Tuhan yang benar kerana mustahil Bapa untuk menjadi Tuhan palsu.)

Ulasan