Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kristian

Perkataan Kristian berasal dari perkataan Greek, christianos yang mana terbit dari perkataan christos atau Kristus, yang bermaksud "dia yang diurapi".

Maka, Kristian adalah seorang yang menjadi pengikut Kristus. Kali pertama perkataan "Kristian" digunakan di dalam Alkitab adalah pada Kisah Para Rasul 11:26, "Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian." Perkataan ini kemudian ditemui hanya dua kali lagi di dalam Alkitab iaitu di dalam Kisah Para Rasul 26:28 dan 1 Petrus 4:16.

Namun, adalah penting untuk diketahui, hanya Kristus yang sebenar menjadikan seseorang itu Kristian, bukan versi Mormon (yang mengatakan Yesus adalah saudara kepada si iblis), atau versi Saksi Yehovah (yang mengatakan Yesus adalah ketua malaikat bernama Mikhail), juga bukan versi New Age (yang mengatakan Yesus adalah manusia yang menjadi sebati dengan kesedaran ilahi Kristus), dll.

Kristus yang sebenar adalah Tuhan yang menjadi manusia (Yoh 1:1, 14; 20:28; Kol 2:9; Flp 2:5-8; Ibr 1:8), iaitu Yesus.

Kristianiti mengajarkan bahawa hanya ada satu Tuhan benar, Tuhan tersebut adalah Triniti, Yesus Kristus adalah Tuhan yang menjadi manusia, keselamatan adalah hanya melalui iman/percaya, Yesus mati di kayu salib, Yesus bangkit dari kematian dengan tubuh fizikal yang dipermuliakan. Mana-mana kepercayaan yang menafikan walau hanya satu dari pengajaran-pengajaran ini adalah bukan Kristian.

(sumber)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
al-kisah,,satu msa dlu,,tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia untk menjadi manusia dgn tujuan menebus dosa manusia/adam....setelah beberapa ketika,,manusia yg masih ada kuasa tuhan itu pn telah besar dan menyebarkan ajarannya...manusia yg ada kuasa tuhan itu menghadapi cabaran yg amat dasyhat dan dengan kuasa tuhan di tubuhnya, dia pn dapat mengumpul beberapa bilangan pengikut2 iaitu manusia yg dahulu diciptanya...manusia yg ada kuasa tuhan tak lama kemudian dia ditangkap dan disalib oleh penentangnya...semasa disalib, tuhan yg maha kuasa di dalam tubuh manusia merintih dan merayu kepada tuhan lain minta diselamatkan...namun akhirny tuhan dalam tubuh manusia itu pun mati untuk memenuhi takdirnya yg telah awal lagi dia tau dgn mati disalib dan tidak menggunakan kuasa tuhan malahan merintih dan merayau kepada tuhan lain...tuhan dalam tubuh manusia yg telah mati selama 3 hari dgn meninggalkan bumi kepada tuhan yg 1 lagi @ meninggalkan bumi tanpa diperintah oleh tuhan...sebiji macam cerita org rom,,
Tiwas Tiwasok berkata…
Hai tanpa nama (23 Julai 2013 11:24 PG),

Apa kata anda berikan contoh cerita Rom yang anda katakan sebagai "sebiji" dengan kisah Yesus di dalam Alkitab.
Tanpa Nama berkata…
maaf saudara tiwas,,,x penting pn cerita rom 2...anda anggap shja sy tersilap bila membandingkan dgn rom...point saya bukanlnh rom..tapi saya cuma nk minta kesimpulan saudara berkenaan jalan cerita yg sya gambarkan ttg Yesus...
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama (25 Julai 2013 9:52 PG),

Jika "cerita Rom" tersebut tidak penting, mengapa anda memberikan gambaran seolah-olah ia "serupa" dengan kisah Rom?

Perlu diketahui, kisah2 cerita Rom tentang dewa-dewi adalah rekaan semata-mata dan tahyul. Maka, apabila anda memberikan kenyataan berikut: "sebiji macam cerita org rom", anda secara tidak langsung mengandaikan kisah Yesus di dalam Alkitab adalah "rekaan dan tahyul" seperti "cerita orang rom".

Anda cuma mahukan kesimpulan berkenaan jalan cerita yang anda gambarkan tentang Yesus? Baiklah, kesimpulannya, jalan cerita anda tidak sepadan dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab.

Sedikit contoh, di awal kenyataan anda, anda menulis:
"satu msa dlu,,tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia"

- Kenyataan anda ini seolah2 menggambarkan "tuhan" tersebut mempunyai permulaan, iaitu dia hanya wujud setelah dilahirkan dari manusia, apabila anda mengatakan "tuhan telah dilahirkan dari tubuh manusia".
- Sedangkan, Alkitab mengajarkan bahawa, Dia sudah ada, dan masuk ke dalam dunia manusia melalui kelahiran seorang manusia biasa.
Berikut adalah ayat Alkitab yang berkaitan:
"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah." (Yohanes 1:1)
dan
"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran." (Yohanes 1:14)

Jika anda benar2 mahu mengetahui dan membandingkan jalan cerita anda dengan jalan cerita yang sebenar, apa kata anda sendiri membaca kisah tersebut di dalam Alkitab.
Tanpa Nama berkata…
saudara tiwas...

penting untuk anda tahu saya bukalah ahli agama yg boleh memberi dalil2 @ nas...hyalah semata2 akal fikiran dan sedikit pengalaman serta ilmu pengetahuan...sejujurnya saya tidak layak pun untuk berdebat dgn kamu..cuma saya berasa amat pelik bila membaca kenyataan kristian..trinity...3 dalam 1...kamu katakan 3 itu keperibadian allah...pemahaman saya mungkin sifat2 allah..kemudian pula,,kamu katakan Jesus itu tuhan..walhal pada masa yg sama kamu katakan allah itu esa..jika allah itu esa,,bagaimana dgn jesus???? kamu tekankan tuhan itu lahir dari tubuh manusia..?jika kamu benar2 lapangkan fikiran kamu,,kenapa tuhan nak masuk dalam tubuh manusia, yg semestinya melalui proses kehamilan sebelum dilahirkan...keluar shaja dari rahim ibunya/makhluk ciptaanya dah tentulah seorang bayi yg lemah perlukan perlindungan dari ibunya/makhluknya, perlukan susu ibunya/makhluknya...????ini sahaja yg saya perlukan untuk memahami kebenaran..x perlu pn saya mengkaji kitab injil..cubalah kamu sendiri mengkaji kitab injil dgn berfikir di luar kebiasaan..
saudara tiwas,,
kitab kamu sendiri mengesahakn utusan2 utusan sebelum Jesus/Isa...Musa,Ibrahim dll...kamu sendiri mengakui mereka hyalah utusan2 dari allah..malahan kamu bertegas isa adalah utusan terakhir bukannya muhammad..jika kamu tegaskan isa adalah utusan terakhir kenapa kamu masih menyembahnya???
Tiwas Tiwasok berkata…
Tanpa nama (27 Julai 2013 10:46 PG)
Anda berkata,
"penting untuk anda tahu saya bukalah ahli agama yg boleh memberi dalil2 @ nas...hyalah semata2 akal fikiran dan sedikit pengalaman serta ilmu pengetahuan...sejujurnya saya tidak layak pun untuk berdebat dgn kamu.."

- Jujur juga saya katakan untuk anda, saya tidak melihat semua itu (tentang sebarang kelayakan). Saya sangat mengalu-alukan pendapat anda (dan sesiapa sahaja).

Anda berkata,
"cuma saya berasa amat pelik bila membaca kenyataan kristian..trinity...3 dalam 1...kamu katakan 3 itu keperibadian allah...pemahaman saya mungkin sifat2 allah.."

- Sedikit pembetulan, 3 itu bukan "keperibadian Tuhan" tetapi "Peribadi di dalam Tuhan". Tuhan itu esa, tetapi, di dalam kesaan-Nya wujud tiga Peribadi, iaitu Bapa, Anak (juga dipanggil sebagai Firman) dan Roh Kudus.
- "Peribadi" ini juga bukanlah sifat2 Allah.
- "Peribadi" ini juga bukanlah 3 tuhan yang berbeza.
- Konsep ini kemudian dikenali sebagai Triniti.

Anda berkata
"kemudian pula,,kamu katakan Jesus itu tuhan..walhal pada masa yg sama kamu katakan allah itu esa..jika allah itu esa,,bagaimana dgn jesus????"

- Yesus adalah Peribadi Anak (juga adalah Firman).
- Seperti yang dijelaskan di atas, di dalam keesaan Tuhan wujud 3 Peribadi, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus.
- Peribadi Anak telah turun ke dalam dunia manusia, dengan menjadi manusia sepenuhnya, dan manusia ini bernama Yesus.
- Maka, Allah itu kekal esa kerana Yesus adalah salah satu Peribadi di dalam Triniti yang telah menjadi manusia. Bukannya tuhan yang berbeza dengan Tuhan Yang Esa.

Semoga penjelasan ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas untuk anda.

Anda berkata,
"kamu tekankan tuhan itu lahir dari tubuh manusia..?jika kamu benar2 lapangkan fikiran kamu,,kenapa tuhan nak masuk dalam tubuh manusia, yg semestinya melalui proses kehamilan sebelum dilahirkan...keluar shaja dari rahim ibunya/makhluk ciptaanya dah tentulah seorang bayi yg lemah perlukan perlindungan dari ibunya/makhluknya, perlukan susu ibunya/makhluknya...????ini sahaja yg saya perlukan untuk memahami kebenaran.."

- Sebenarnya, Tuhan tidak memerlukan semua itu. Namun, perlu diketahui, Dia datang sebagai manusia. Saya pernah memperkatakan hal ini di sini. Apa kata anda membacanya.

Anda berkata,
"x perlu pn saya mengkaji kitab injil..cubalah kamu sendiri mengkaji kitab injil dgn berfikir di luar kebiasaan.."

- Jika anda tidak menyelidiki Alkitab (atau pun Injil), bagaimana anda boleh mengetahui kepercayaan sebenar Kristian? Bukankah anda perlu mengetahui apa yang dipercayai oleh Kristian sebelum mempersoalkan Kristianiti?
- Saya sendiri membaca Al-Quran dan Hadis untuk memahami kepercayaan anda sebelum memperkatakannya.

- Saya juga telah melihat Alkitab di luar kebiasaan. Saya sebelum ini sebenarnya hampir menjadi Atheist/Agnostic, iaitu tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Saya mempertikaikan kesahihan Alkitab, saya mempertikaikan peristiwa penyaliban Yesus, saya mempertikaikan kepercayaan Kristian.
- Namun, akhirnya, hasil perbuatan "berfikir di luar kebiasaan" tersebut dalam menyelidiki Injil, saya sebaliknya menjadi percaya.

- Dan, satu persoalan untuk anda, adakah anda juga "berfikir di luar kebiasaan" dalam menyelidiki kepercayaan anda sendiri?

Anda menulis:
"kitab kamu sendiri mengesahakn utusan2 utusan sebelum Jesus/Isa...Musa,Ibrahim dll...kamu sendiri mengakui mereka hyalah utusan2 dari allah..malahan kamu bertegas isa adalah utusan terakhir bukannya muhammad..jika kamu tegaskan isa adalah utusan terakhir kenapa kamu masih menyembahnya???"

- Bagaimana anda sampai kepada kesimpulan ini? Sudahkan anda membaca dan menyelidiki Alkitab/Bible untuk mengesahkan kesimpulan?