Langkau ke kandungan utama

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 2

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini.

Argumen Muslim:
Perjanjian Baru bercanggah dengan Perjanjian Lama, memandangkan di dalam Perjanjian Lama tidak ada disebut tentang Peribadi Tuhan yang lebih dari satu.

Kristian Menjawab:

Sebenarnya, Perjanjian Lama mengesahkan tentang Peribadi Tuhan yang lebih dari satu:
  1. Tuhan dipanggil menggunakan kata ganti nama bersifat jamak. (contoh: Kejadian 1:26-27, 3:22, 11:7; Yesaya 6:8) Ia tidak boleh dianggap sebagai panggilan kehormatan, panggilan diraja, kerana bahasa Ibrani Alkitabiah tidak mempunyai gaya bahasa seperti ini.
  2. Ia dengan jelas merujuk kepada lebih dari satu Peribadi di dalam kesatuan Tuhan (contoh: Kejadian 19:24; Amsal 30:4; Yesaya 48:12-16; Zakharia 2:7-11, 3:1-2).
  3. Perjanjian Lama merujuk Malaikat TUHAN sebagai berbeza dengan Tuhan dan pada masa yang sama juga adalah Tuhan sepenuhnya (contoh: Kejadian 31:10-13-cf.- 28:10-19; Keluaran 3:1-4, 13-14; 23:20-22; Hakim-hakim 2:1-5). [Nota: Alkitab melarang penyembahan malaikat dan malaikat tidak pernah memanggil diri mereka sebagai Tuhan (contoh: Kolose 2:18; Wahyu 19:9-10, 22:8-9). Hal ini menyokong kuat fakta bahawa Malaikat yang khusus ini bukanlah sekadar wakil kepada Tuhan, tetapi penampakkan Kristus sebelum Dia dilahirkan sebagai manusia.]
  4. Perjanjian Lama menyatakan kerja penciptaan dilakukan oleh Roh Tuhan (contoh: Kejadian 1:2; Ayub 26:13, 33:4; Mazmur 104:30).
  5. Apabila merujuk kepada kesatuan di dalam Tuhan pada Ulangan 6:4, Musa menggunakan perkataan Ibrani echadShema Yisrael, Yahweh Elohenu Yahweh Echad - TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa. Istilah echad, digunakan untuk menunjukkan kesatuan di dalam Tuhan seperti Kejadian 1:3, 2:24 dan Yeremia 32:38-39. Jika Musa mahu menggambarkan bahawa Tuhan itu Esa dengan hanya satu Peribadi, dia boleh menggunakan istilah Ibrani yachid seperti di dalam Kejadian 22:2. Pada ayat tersebut, Ishak dipanggil sebagai anak Abraham yang tunggal.

Ulasan