Langkau ke kandungan utama

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 3

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini.

Argumen Muslim:
Jika Perjanjian Lama ada mengajar tentang kesatuan di dalam Tuhan, mengapa orang-orang Yahudi yang telah menyelidiki tentang semua ini tidak pernah sampai kepada kesimpulan bahawa Tuhan adalah Triniti?


Kristian Menjawab:

Sama ada orang-orang Yahudi menyedari Perjanjian Lama mengajarkan tentang Triniti atau tidak adalah tidak relevan. Apa yang relevan adalah sama ada Perjanjian Lama menyokong Triniti, yang mana telah pun kami buktikan bahawa ia disokong.

Selain itu, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa orang Yahudi tidak menerima pengajaran tentang Triniti. Sepanjang zaman, ramai orang Yahudi telah menerima kenyataan bahawa Tuhan mempunyai tiga-Peribadi, dan bukan hanya satu-Peribadi.

Hakikatnya, terdapat ramai "Messianic Jews" hari ini, yang mana percaya Yesus adalah Mesias dan Tuhan mempunyai tiga-Peribadi.

Ulasan