Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Sumber rujukan tentang Injil Barnabas

Injil Barnabas telah lama terbukti sebagai palsu, namun, agak ganjil dan menyedihkan ia kekal ditimbulkan. Sehinggakan suatu laman web khusus untuk Injil Barnabas ini dibuat. Ada baiknya disenaraikan rujukan-rujukan tentang Injil Barnabas ini untuk sesiapa yang berminat untuk menyelidikinya dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia (melainkan dinyatakan sebaliknya). Saya akan memberikan pautan kepada laman web yang pelbagai (pro dan kontra) untuk anda sendiri menilainya. Pertimbangkan semuanya, dan ikutlah apa yang baik. Baca Injil Barnabas secara online Sacred Text:  The Gospel of Barnabas (dalam Bahasa Inggeris) Barnabas.net: The Gospel of Barnabas (dalam Bahasa Inggeris) * Jika ada yang tahu laman web yang memaparkan Injil Barnabas dalam bahasa Malaysia atau Indonesia, sila tinggalkan pautan laman tersebut pada ruangan komen di bawah. Download Injil Barnabas Barnabas.net: klik sini (dalam Bahasa Inggeris) Komentari tentang Injil Barnabas dari perspektif Kristian Asal-us

Edwin M. Yamauchi: tentang Yesus

Ketika ditanya apa yang dapat kita ketahui tentang Yesus jika hanya merujuk kepada sumber sejarah yang bukan ditulis oleh Kristian, "Kita akan tahu, pertama, Yesus adalah seorang Guru Yahudi; kedua, ramai orang percaya Dia melakukan penyembuhan dan mengusir roh jahat; ketiga, ada yang percaya Dia adalah Mesias; keempat, Dia ditolak oleh pemimpin-pemimpin Yahudi; kelima; Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus semasa pemerintahan Tiberius; keenam, walaupun Dia mati dalam keadaan hina, pengikut-pengikutNya, yang percaya Dia masih hidup, tersebar luas sehingga ke luar tanah Palestin dan bilangan mereka banyak di Rom seawal tahun 64 selepas masihi; dan ketujuh, pelbagai orang dari kota dan perkampungan--lelaki dan wanita, hamba dan merdeka--menyembahNya sebagai Tuhan." dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for Christ , m/s 91

Fakta segera - Kitab Injil Apokripa

- Kitab injil apokripa (Apocrypha gospels) adalah kitab injil palsu yang ditulis menggunakan nama para rasul beberapa abad selepas zaman kehidupan Kristus. - Tidak ada satu pun yang ditulis lebih awal dari pertengahan abad ke-2 selepas zaman kehidupan Kristus. - Walaupun kitab-kitab ini tidak begitu bernilai dalam mengetahui tentang kehidupan Yesus, ia adalah penting untuk pengkaji sejarah gereja yang mahu mengetahui tentang pelbagai kumpulan yang bersaing, selalunya mempunyai pengaruh falsafah gnostik pagan yang kuat, yang mana telah bertembung dengan gereja Kristian beberapa abad selepas Kristus. - Berikut adalah beberapa contoh kitab injil apokripa: Injil menurut Petrus Injil menurut Tomas Injil menurut Ibrani Injil tentang kelahiran menurut Tomas Injil menurut Yudas Injil menurut Filipus dipetik dan diterjemahkan dari buku On Guard , m/s 187

Terjemahan Injil Yudas (Gosple of Judas)

Terjemahan Injil Yudas ini dibuat berdasarkan terjemahan Bahasa Inggeris yang telah dikeluarkan oleh National Geographic dan boleh dibaca di sini . Manuskrip yang ditemui tidak begitu lengkap, dan banyak bahagian yang telah musnah. Anda boleh melihat manuskrip tersebut di sini . Perhatian! Terjemahan Bahasa Melayu ini bukanlah terjemahan rasmi untuk Injil Yudas di dalam Bahasa Melayu. Adalah disarankan agar anda membacanya bersama-sama dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan juga kamus yang sesuai. PENGENALAN: INCIPIT Peristiwa rahsia tentang wahyu yang dikatakan oleh Yesus kepada Yudas Iskariot dalam masa satu minggu tiga hari sebelum dia merayakan Paskah.

Membuktikan Kebangkitan menggunakan Fakta-fakta minimal

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Apologetic.org dan boleh dibaca di sini . Pendekatan Fakta-fakta minimal Pendekatan fakta minimal adalah kaedah membuktikan kebangkitan Kristus dengan hanya menggunakan fakta sejarah yang minimal. Fakta minimal adalah fakta yang memenuhi dua kriteria berikut: Ia disokong dengan bukti yang baik. 95%-100%  ahli sarjana (termasuk yang skeptikal) menerimanya. Semasa artikel ini ditulis, Gary Habermas telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk meneliti lebih 2400 sumber dalam bahasa Perancis, Inggeris dan Jerman. Nilai 95%-100% bukan dibuat-buat atau anggaran kasar, tetapi dihitung dan dikira satu demi satu daripada 2400 sumber akademik sarjana tersebut . Dalam kata lain, 95%-100% sarjana benar-benar bersetuju dengan fakta-fakta minimal ini. Tujuannya adalah untuk membina kes tanpa perlu memberikan argumentasi berdasarkan  ineransi Alkitab . Lagipun, adalah tidak bijak untuk menganggap mereka yang tidak percaya akan menerima Alkitab se

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 16

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 16. Yesus berikan tanda tidak tepat "Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam." (Matius 12:40. Waktu itu beberapa orang ahli Taurat dan orang Farisi meminta sesuatu tanda dari Yesus, dan kepada mereka Yesus berikan suatu tanda nabi Yunus tinggal dalam perut ikan 3 hari 3 malam. Ternyata tanda-tanda yang diberikan Yesus tersebut tidak tepat. Alasannya sebagai berikut : Nabi Yunus berada dalam perut ikan selama 3 hari 3 malam, sementara Yesus berada dalam perut bumi hanya 1 malam 3 hari.  Nabi Yunus selama dalam perut ikan tetap dalam keadaan hidup, sementara Yesus dalam perut bumi dalam keadaan mati.  Kalau Yesus itu benar-benar adalah Tuhan, tentu ramalannya akan tepat atau tidak akan mel

William Lane Craig: tentang Kasih dan Apologetik

Apabila orang lain melihat hal ini -- kasih kita di antara satu sama lain dan kesatuan kita di dalam kasih -- mereka akan tertarik untuk mendekat kepada Kristus dan akan memberi respon kepada tawaran keselamatan di dalam Injil. Selalunya, siapa  diri anda dan bukan apa  yang anda katakan yang akan membawa orang yang tidak percaya kepada Kristus. Maka, ini adalah apologetik yang paling utama. Di mana, apologetik yang paling utama adalah -- kehidupan anda. dipetik dan diterjemahkan dari buku Reasonable Faith , m/s 407

Fakta segera - Unitarian Universalism

Menurut mereka, - Unitarian Universalist Association (UUA) menyokong pluralisme agama dan "toleransi" terhadap semua agama adalah sifat baik yang sangat besar nilainya. - Alkitab dan kitab-kitab suci yang lain tidak boleh dianggap sebagai mutlak atau sempurna. - Ramai ahli UU tidak percaya kewujudan Tuhan langsung, dan bagi mereka yang percaya, terdapat pelbagai pandangan yang berbeza. Semua ahli UU menolak Tuhan Triniti di dalam Alkitab. - Mukjizat, kelahiran melalui perawan, dan kebangkitan tubuh Kristus adalah ditolak. Kristus bukan Tuhan. Beberapa ahli UU menganggap Yesus Kristus adalah seorang Guru moral yang hebat dan ada yang menolak hal ini. - Ahli UU tidak menerima pengajaran Alkitabiah tentang penyelamatan dari dosa. Manusia secara dasarnya adalah baik; mereka tidak memerlukan "juruselamat" untuk mengeluarkan mereka dari dosa. Mereka boleh "menyelamatkan" diri mereka sendiri melalui karakter moral mereka sendiri. dipetik dan diterje

Kelahiran Yesus dan... Ultraman!?!

Saya tertarik membaca komen ini, saya memetiknya dari blog ini . Apabila ultraman menjadi manusia dan turun menyelamatkan manusia di bumi = Apabila tuhan menjadi manusia dan turun menyelamatkan manusia di bumi… macam lebih kurang je kan…hmmm… Sekali imbas, ia kelihatan mengejek peristiwa kelahiran Yesus (dan itu memang tujuan asal penulis komen ini). Namun, jika ditelitikan, persamaan ini boleh menjadi suatu contoh yang baik untuk menjelaskan keTuhanan dan kemanusiaan Yesus. Bagaimana?

Enam Musuh dalam Melakukan Apologetik

Artikel ini diterjemah dari laman web Leader U dan boleh dibaca di sini . Oleh Douglas Groothuis Pengenalan Dunia penginjilan hari ini mengalami perkara yang dipanggil anemia apologetik (kekurangan apologetik). Walaupun Kitab Suci menyeru orang percaya untuk memberikan sebab kepada harapan kita di dalam Kristus ( 1 Ptr 3:15 ; lihat juga Yud 3 ), namun agak menyedihkan kerana kita kekurangan suara di tempat umum tentang kebenaran dan akal budi di tempat pertembungan minda. Kita tidak mempunyai kehadiran intelektual yang kuat di dalam budaya popular atau akademik (namun, dalam bidang tertentu, seperti Falsafah, lebih banyak dipengaruhi oleh evangelis dari yang lain). Punca kepada anemia ini wujud dalam pelbagai lapisan dimensi dan juga rumit. Tiga buku terbaru meneroka tentang kekurangan "Minda Kristian" di dalam penginjilan kontemporari, dan saya sangat menyarankan buku-buku ini kepada anda. Buku Mark Noll,  The Scandal of the Evangelical Mind (Eerdmans, 1994) meneroka

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 15

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 15. Yesus mengusir setan dengan kuasa Roh Kudus "Tetapi jika Aku mengusir setan dengan kuasa Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu." (Matius 12:28) Yesus mengaku bilaman ia mengusir setan, itu dilakukan dengan bantuan kuasa Roh Allah, bukan dengan kuasanya sendiri. Pengakuan Yesus dengan jujur dan polos tersebut, memberikan suatu makna bahwa apa yang dia lakukan itu semua atas kuasa Roh Allah, bukan atas kuasanya sendiri, sebab dia bukan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dair ayat tersebut dapat ditarik kesimpulan bahwa : Setiap yang mengusir setan atas bantuan Roh Allah, pasti bukan Allah.  Yesus mengusir setan atas bantuan Roh Allah, berarti Yesus bukan Allah.  Setiap yang tidak punya kuasa mengusir setan, pasti bukan Tuhan.  Yesus tidak punya kuasa mengusir setan, berarti Yesus

Mengapa Yesus Berdoa?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web All About Jesus Christ dan boleh dibaca di sini . Jika Dia adalah Tuhan, mengapa Yesus berdoa? Berdoa adalah bahagian yang penting dalam kehidupan Yesus. Banyak kali di dalam Injil, kita membaca bahawa Yesus berdoa atau mengasingkan diriNya dari murid-muridNya untuk berdoa sendirian. Mengapa Yesus berdoa? Yesus berdoa kerana hubunganNya dengan Bapa. Dalam Yohanes bab 17, kita dapat membaca doa Yesus sebagai Imam Besar. Doa ini adalah doa syafaat Yesus untuk murid-murid dan semua yang akan percaya kepadaNya kerana kesaksian mereka ( Yoh 17:20 ). Dalam doa ini, kita melihat hubungan Yesus dengan Bapa dan keyakinan bahawa di dalam diriNya mempunyai peruntukan yang sempurna dan rancangan daripada BapaNya. Hubungan Yesus dengan Bapa adalah kuasa yang membawa keselamatan kepada manusia.

Timothy Keller: tentang doa

"Semasa mengalami masa kegelapan di dalam hidupnya, seorang wanita di dalam jemaat pelayanan saya mengadu bahawa dia telah berdoa berkali-kali, 'Tuhan, tolong saya untuk mencari Engkau,' namun dia tidak menemui apa-apa. Seorang sahabat Kristian mencadangkan kepadanya untuk mengubah doanya kepada, 'Tuhan, carilah saya, lagi pun Engkau adalah Gembala Baik yang mencari domba yang hilang.' Dia menyimpulkan hal ini semasa datang berjumpa dengan saya, 'Satu-satunya sebab mengapa saya dapat menceritakan hal ini kepada anda ialah - Dia melakukannya.'" dipetik dan diterjemahkan dari buku The Reason for God , m/s 240.

Menjawab Persoalan Hikmatun

Saya telah bertukar-tukar pendapat dengan penulis blog Hikmatun. Anda boleh membacanya di sini (komen terakhir). Namun, ruangan komen telah ditutup. Maka, saya menjawabnya di sini. Hikmatun menulis, Kata saudara Tiwas, “konteks sebenar bukanlah mereka jahat, cuma berada di pihak yang ‘jahat’ iaitu masih dikuasai dosa.” Kalau mereka bukan JAHAT, bermakna mereka BAIK lah ya? Iaitu orang BAIK yg berada di PIHAK YANG JAHAT? Begitu ke? Bagaimana mungkin org baik berada di PIHAK YANG JAHAT, melainkan mereka secara TIDAK SENGAJA dan TIDAK TAHU. - Dalam erti kata moral menurut pandangan manusia, ya, mereka baik. Namun, memandangkan mereka tidak percaya kepada Tuhan, mereka masih berada di dalam kuasa dosa. - Mereka memang tidak tahu. Jika mereka tahu, pasti mereka akan menerima Yesus. Hikmatun menulis, Dan jika saudara mahu tahu, MENYEKUTUKAN ALLAH / SYIRIK KEPADA ALLAH, seperti yang kristian anggap tentang TRINITY itu adalah KEJAHATAN YANG PALING BESAR dalam Islam, kerana Allah TID

Fakta segera - "Epistle"

- "Epistle" adalah terjemahan terus dari bahasa Yunani (Greek) yang di-Inggeris-kan. - Kata asal adalah ÎµÏ€Î¹ÏƒÏ„ολη dan sebutannya adalah ep-is-tol-ay’. - Ia membawa maksud 'surat yang bersifat rasmi'. - Tahukah anda bahawa 21 daripada 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru ditulis sebagai "epistle" (surat)?

Adakah Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama?

Artikel ini diterjemah dari laman web CARM dan boleh dibaca di sini . Kis 9:3-4 Terdapat pengkritik Kristianiti yang cuba melagakan Paulus dengan Yesus. Mereka sering mendakwa bahawa apa yang diajarkan oleh Paulus bukanlah apa yang dikatakan oleh Yesus dan Kristianiti hari ini bukan berasal daripada Yesus tetapi dari pengajaran Paulus. Ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak sepadan dengan fakta yang ada. Adalah mudah untuk mengutip pelbagai petikan dari Firman Tuhan secara luar konteks dan cuba membuatkan seseorang itu kelihatan menentang yang lain -- seperti yang kerap dilakukan oleh pengkritik Kristianiti. Walaupun begitu, kita boleh dengan yakin mengatakan Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama. Dengan diakui, Paulus lebih tertumpu kepada isu-isu teologikal berbanding Yesus, namun Paulus tidak bercanggah dengan Yesus. Lukas menulis kedua-dua kitab Injil Lukas dan kitab Kisah Para Rasul. Di dalam Kisah Para Rasul fasal 9, Lukas merekodkan peristiwa berkaitan de

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 14

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 14. Yesus bersyukur kepada Tuhan. "Pada waktu itu berkatalah Yesus: "Aku bersyukur kepada-Mu, Baa, Tuhan langit dan bumi, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil." (Matius 11:25). Yesus sendiri mengaku dengan jujur dan polos bahwa dia juga mengucapkan syukur kepada Allah, yaitu Tuhan langit dan Bumi. Setiap yang bersyukur kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi, pasti bukan Tuhan!  Yesus bersyukur kepada Tuhan langit dan bumi, berarti Yesus bukan Tuhan pencipta langit dan bumi! Jika anda telah membaca dari bukti pertama, mungkin anda sudah mendapat sedikit petunjuk tentang masalah bukti ini. Jika tidak, saya berikan sekali lagi. 1. Yesus adalah Tuhan tetapi lahir sebagai manusia. 2. Maka, Dia ketika itu dalah keadaan

Adakah Yesus sekadar cerita yang diolah semula dari Mitologi Mithras?

Artikel ini diterjemah dari laman web Please Convince Me dan boleh dibaca di sini . Adakah ini akan mengganggu anda? Ramai ateis yang mendakwa Yesus tidak pernah wujud. Bagaimana jika saya mengatakan kepada anda bahawa pernah wujud sebuah agama kuno yang menggambarkan Tuhan seperti berikut: Dilahirkan oleh seorang perawan pada 25 Disember, di dalam gua, dihadiri oleh pengembala-pengembala Dilihat sebagai seorang guru dan tuan yang hebat dan sentiasa mengembara Mempunyai 12 orang sahabat atau murid Menjanjikan kehidupan kekal kepada pengikutnya Melakukan mukjizat Mengorbankan dirinya untuk keamanan dunia Dikuburkan di dalam makam dan bangkit semula selepas 3 hari Dirayakan setiap tahun pada hari kebangkitannya (yang kemudian dipanggil sebagai Easter) Dipanggil sebagai "Gembala yang Baik" Dikenali sebagai Domba dan Singa Dianggap sebagai "Jalan, kebenaran dan hidup" dan "Logos", "Penebus", "Juruselamat", dan &quo

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 13

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 13. Yesus mengaku dia seorang Nabi. "Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang yang benar, ia akan menerima upah orang benar." (Matius 10:41). Yesus mengaku dia seorang yang benar dan seorang nabi, buka Tuhan!. Setiap yang mengaku seorang nabi, pasti bukan Tuhan!  Yesus mengaku dia hanyalah seorang nabi, berarti Yesus bukan Tuhan!  Ayat tersebut bermakna, siapa yang menganggap Yesus sebagai Nabi, dia akan menerima upah nabi. Dan siapa yang menerima Yesus sebagai orang benar, maka dia akan menerima upah orang benar. Keem-pat Injil, yaitu Matius 13:57, Markus 6:4, Lukas 13:33, dan Yohanes 4:44, semuanya mencatat pengakuan Yesus bahwa dia hanyalah seorang nabi, bukan Tuhan! Nampaknya, wujud 'double standard&

Kristianiti dan kepercayaan Pagan

Sedang anda melayari internet, pernahkah anda terjumpa dengan dakwaan seperti berikut, " Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala ", atau " Agama Pagan di sebalik tanggal 25 Disember ", atau " Sejarah Salib, Swastika, dan penggunaannya dalam Paganism dan Kristian ", dan banyak lagi dakwaan seumpamanya. Jika anda seorang Kristian, apa reaksi anda? Jika anda bukan Kristian, apa reaksi anda? Sebenarnya, dakwaan bahawa Kristian menciplak atau meniru kepercayaan pagan kuno ini sudah lama dibuktikan sebagai tidak berasas. Kini, majoriti pengkaji menolak dakwaan ini sebagai tidak benar, termasuk pengkaji bukan Kristian. Malangnya, dakwaan ini kekal diberikan sebagai argumen terhadap Kristianiti. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bila dakwaan ini dimulakan? Di dalam dunia akademik, dakwaan ini dimulakan pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 oleh sekumpulan sarjana yang dipanggil sebagai  Religionsgeschichtliche schule , di Ge

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 12

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 12. Yesus mengaku utusan Tuhan. "Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut aku, ia menyambut Dia yang mengutus aku." (Matius 10:40) Ayat ini bermakna bahwa barangsiapa yang menghormati Yesus, sama saja dia telah menghormati Tuhan yang mengutusnya. Atau barang siapa yang mengikuti ajaran Yesus, sama saja dia telah mengikuti ajaran yang telah mengutusnya yaitu Tuhan. Atau barang siapa yang mempermuliakan Yesus, berarti sama saja dia telah mempermuliakan yang mengutusnya yaitu Allah SWT. Ini membuktikan bahwa Yesus bukan Tuhan, tapi hanya seorang utusan Tuhan. Setiap yang diutus oleh Tuhan, pasti bukan Tuhan! Yesus diutus oleh Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan, tapi utusan Tuhan. Satu lagi contoh bagaimana konteks keseluruhan peristiwa di mana ayat ini dipetik tidak dia

Lebih dari sekadar Iman yang Buta

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Leader U dan boleh dibaca di sini . Oleh Paul E. Little Adalah mustahil untuk kita mengetahui dengan pasti sama ada Tuhan wujud atau tidak dan bagaimanakah Tuhan itu melainkan Dia mengambil inisiatif dengan menyatakan diriNya . Kita mesti tahu Dia seperti apa dan sikapNya terhadap kita. Katakan kita tahu Dia wujud, tetapi Dia seperti Adolf Hitler--tidak menentu, ganas, berprasangka, dan kejam. Jika ia seperti demikian, betapa menakutkan kenyataan tersebut! Kita mesti melihat ke arah sejarah untuk pelihat sebarang petunjuk kepada pernyataan Tuhan tentang diriNya. Ada satu petunjuk yang jelas. Di dalam sebuah kampung yang terpencil di tanah Palestin, lebih 2,000 tahun dahulu, seorang anak dilahirkan di dalam sebuah kandang. Hari ini, seluruh dunia masih merayakan kelahiran Yesus. Dia hidup tanpa dikenali sesiapa sehinggalah Dia berumur 30 tahun, dan memulakan pelayanan umumNya selama 3 tahun. Pelayanan itu telah ditentukan untuk mengubah s

Dr. Bruce M. Metzger: tentang Alkitab

Apabila ditanya tentang bagaimana imannya dikuatkan melalui penyelidikian Alkitab, "...ia telah membinanya [iman]. Saya telah bertanyakan soalan sepanjang hidup saya, saya telah menyelongkar ke dalam teks, saya telah mengkajinya dengan teliti, dan hari ini saya tahu kepercayaan saya terhadap Yesus telah diletakkan pada tempat yang kukuh...tempat yang sangat  kukuh." - Dr. Bruce M. Metzger dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for Christ , m/s 75.

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 11

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya, 11. Yesus suruh melakukan menurut kehendak Tuhannya. "Bukan setiap orang yang berseru kepadaku : Tuhan, Tuhan! Akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di Sorga." (Matius 7:21). Yesus mengatakan bahwa "Yang masuk surga adalah orang yang melakukan menurut kehendak Bapanya." (Allah), bukan hanya berseru kepadanya : Tuhan, Tuhan!. Jika Yesus itu Tuhan, niscaya dia akan mengatakan bahwa "yang masuk ke dalam kerajaan surga yaitu mereka yang melakukan menurut kehendakk!" Setiap yang menyuruh melakukan kehendak Tuhannya, pasti bukan Tuhan.  Yesus menyuruhnya melakukan menurut kehendak Tuhannya, berarti Yesus bukan Tuhan. Jika anda membaca keseluruhan penceritaan yang memasukkan ayat di atas, iaitu Matius 7:15-29 , anda akan segera mendapati

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 10

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Untuk bukti seterusnya, 10. Yesus menyuruh hanya menyembah kepada Allah. "Maka berkatalah Yesus kepadanya :"Enyahlah Iblis! Sebab ada tertulis : Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya Dia sajalah engkau berbakti!". (Matius 4:10). Yesus menghardik dan menyuruh Iblis untuk menyembah hanya kepada Allah saja. Ini berarti iblispun tahu bahwa Yesus mengajarkan tauhid dan dia bukan Tuhan atau Allah yang harus disembah. Jika Yesus itu Tuhan, tentu kata-katanya kepada Iblis sebagai berikut, "Enyahlah Iblis! Sebab ada tertulis : Engkau harus menyembah Aku, sebab hanya kepadaKu sajalah engkau berbakti!" Setiap yang menyuruh menyembah kepada Tuhan, berarti bukan Tuhan!  Yesus menyuruh menyembah kepada Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan! Ini satu lagi contoh penulis memberikan konteks yang tid

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 8 dan 9

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Untuk bukti ini, saya menjawap kedua-dua bukti ini sekaligus. Di katakan, "Kemudian Iblis membawa-Nya ke kota Suci dan menempatkan Dia di bubungan Bait Allah." (Matius 4:5) Jika Yesus itu Tuhan, tidak mungkin Tuhan bisa dibawa-bawa oleh Iblis, apalagi ditempatkan oleh iblis di atas bubungan Bait Allah. Jika dia Tuhan, mana kekuasaannya sampai dia bisa dbawa-bawa oleh iblis? Hal ini terkesan seperti main-main saja, apalagi iblis memerintahkan agar Yesus meloncat dari bubungan Bait Allah. Setiap yang ditempatkan iblis ke atas bubungan Bait Allah, pasti dia bukan Tuhan. Yesus ditempatkan oleh iblis ke atas bubungan Bait Allah, berarti Yesus bukan Tuhan. "Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya." (Matius 4:8). Seandainy

Persoalan tentang Kedaulatan Tuhan

Artikel ini diterjemah dari laman web Answer For Atheists dan boleh dibaca di sini . BANTAHAN: Kristian percaya bahawa Tuhan itu berdaulat (Dia mempunyai kuasa pemerintahan penuh), dan hanya Tuhan yang dapat memanggil orang percaya untuk bertaubat. Mereka yang memilih untuk percaya dan menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka telah ditentukan oleh Tuhan yang Mahakuasa ini. Jika ini benar, maka manusia hanyalah boneka di bawah arahan Tuhan yang Mahakuasa yang mengawal semua pilihan dan menentukan kesudahan akhir. Tuhan yang disembah Kristian tidak memberikan manusia kebebasan untuk membuat pilihan bagi diri mereka sendiri.

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 7

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti yang diberikan seterusnya, "Dan setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Yesus." (Matius 4:2). Jika Yesus itu Tuhan, tentu tidak perlu Tuhan harus berpuasa dan merasa lapar. Yang berpuasa dan merasa lapara adalah sifat manusia. Setiap yang berpuasa dan lapar, pasti bukan Tuhan.  Yesus berpuasa dan merasakan lapar, berarti Yesus bukan Tuhan. Seperti yang telah dinyatakan dalam penjelasan untuk bukti ke-6, Yesus lahir ke dunia sebagai manusia, sudah tentu Dia akan merasa lapar kerana manusia perlu makan. Namun, Dia kekal Tuhan kerana Yesus adalah Tuhan yang datang ke dunia menjadi manusia. Maka, jika Yesus berpuasa dan berasa lapar setelah dilahirkan menjadi manusia, adakah itu menjadikan Yesus bukan Tuhan? Kembali ke indeks. terjemahan ayat Al

Adakah Alkitab mengatakan bahawa Yesus dicipta?

Artikel ini diterjemah dari laman web Come Reason Ministries dan boleh dibaca di sini . Hello Lenny, Bagaimana anda menjelaskan Kolose 1:15? Adakah Yesus [Firman atau Logos] merupakan ciptaan pertama di antara semua ciptaan (Gk Kosmos)? Jaime

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 6

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Sekarang kita lihat bukti ke-6, "Maka Yesus dibawa oleh Roh ke padang gurun untuk dicobai Iblis." (Matius 4:1). Jika Yesus itu Tuhan, mestinya Tuhanlah yang mencobai Iblis, bukan sebaliknya. Sangat tidak rasional jikat Tuhan harus dicobai oleh Iblis. Sebagai seorang Nabi atau Rasul, tentu sangat wajar jika Yesus dicobai Iblis karena dia hanya seorang yang diutus oleh Tuhan. Setiap yang di coba oleh iblis, pasti bukan Tuhan. Yesus di coba oleh Iblis, berarti Yesus bukan Tuhan. Benar, Tuhan tidak boleh dicobai oleh sesiapa pun. Namun, seperti yang telah dinyatakan di awal siri ini, Yesus adalah manusia sepenuhnya dan Tuhan sepenuhnya pada masa yang sama. Yesus datang ke dunia melalui proses kelahiran manusia, Dia datang merendahkan diriNya menjadi manusia walaupun Dia adalah Tuhan yang Maha Tinggi. Ma