Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 15

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.

Bukti seterusnya,
15. Yesus mengusir setan dengan kuasa Roh Kudus

"Tetapi jika Aku mengusir setan dengan kuasa Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu." (Matius 12:28)

Yesus mengaku bilaman ia mengusir setan, itu dilakukan dengan bantuan kuasa Roh Allah, bukan dengan kuasanya sendiri. Pengakuan Yesus dengan jujur dan polos tersebut, memberikan suatu makna bahwa apa yang dia lakukan itu semua atas kuasa Roh Allah, bukan atas kuasanya sendiri, sebab dia bukan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dair ayat tersebut dapat ditarik kesimpulan bahwa :
  • Setiap yang mengusir setan atas bantuan Roh Allah, pasti bukan Allah. 
  • Yesus mengusir setan atas bantuan Roh Allah, berarti Yesus bukan Allah. 
  • Setiap yang tidak punya kuasa mengusir setan, pasti bukan Tuhan. 
  • Yesus tidak punya kuasa mengusir setan, berarti Yesus bukan Tuhan. 
Untuk mengusir setan saja Yesus harus minta bantuan dari Roh Allah. Ini menunjukkan bahwa Yesus bukan Tuhan, sebab terhadap setan saja dia tidak sanggup mengusirnya jika tidak dibantu oleh Roh Allah.
Adakah ini bererti penulis percaya kepada Roh Allah? Jika demikian, penulis ini percaya kepada Triniti!
Kerana Roh Allah dan Tuhan dilihat sebagai dua Peribadi yang berbeza.
Namun, intipati bukti yang diberikan masih berdasarkan kepercayaan yang salah tentang sifat Yesus semasa berada di dunia.
Perhatikan, penulis membuat kesimpulan berikut,
Pengakuan Yesus dengan jujur dan polos tersebut, memberikan suatu makna bahwa apa yang dia lakukan itu semua atas kuasa Roh Allah, bukan atas kuasanya sendiri, sebab dia bukan Tuhan Yang Maha Kuasa.
Namun, dari ayat tersebut, kesimpulan ini sebenarnya tidak dapat diberikan kerana Yesus hanya menyatakan kuasa yang digunakanNya untuk mengusir syaitan adalah Roh Allah. Itu sahaja.
Malah, di dalam ayat yang sama, Yesus mengatakan, "Kerajaan Allah sudah datang pada mu". Bagaimana Kerajaan Allah datang?



Mari kita lihat konteks sebenar ayat yang dipetik di atas. Matius 12:22-32
22  Kemudian seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus. Yesus menyembuhkannya sehingga orang itu dapat bercakap dan melihat.
23 Orang ramai di situ kehairanan, lalu mereka bertanya, "Mungkinkah Dia ini Anak Daud?"
- Perhatikan, orang ramai mula mengatakan Yesus adalah Anak Daud, iaitu Mesias yang dinanti-nantikan mereka.
24 Apabila orang Farisi mendengar hal ini, mereka menjawab, "Dia dapat mengusir roh jahat hanya kerana Dia diberikan kuasa oleh Beelzebul, ketua roh jahat."
- Namun, orang Farisi tidak mahu percaya dan cuba menuduh Yesus mendapat kuasaNya dari Beelzebul
25 Yesus mengetahui fikiran orang Farisi, lalu berkata kepada mereka, "Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.
26 Demikian juga, jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, maka kerajaan itu sudah berpecah belah dan segera akan runtuh.
27 Kamu berkata bahawa Aku mengusir roh jahat kerana Aku diberikan kuasa oleh Beelzebul. Jika demikian siapakah yang memberikan kuasa mengusir roh jahat kepada para pengikut kamu? Pengikut kamu membuktikan bahawa pendapat kamu itu salah!
- Kemudian Yesus menidakkan tuduhan mereka.
28 Roh Allah memberi Aku kuasa untuk mengusir roh jahat. Hal ini membuktikan bahawa Allah sudah mula memerintah di kalangan kamu.
- Yesus kemudian menjelaskan sumber kuasaNya. Malah, Yesus mengatakan bahawa melaluiNya kerajaan Allah sudah mula memerintah di kalangan mereka.
29 Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam rumah seorang yang kuat lalu merampas hartanya, kecuali dia terlebih dahulu mengikat orang kuat itu. Barulah dia dapat merampas hartanya.
- Yesus menggambarkan diriNya sebagai orang yang mengikat orang yang kuat tersebut, iaitu Iblis.
30 Sesiapa yang tidak berpihak kepada-Ku sebenarnya melawan Aku, dan sesiapa yang tidak menolong Aku, sebenarnya merosakkan pekerjaan-Ku!
31 Oleh itu ketahuilah, orang yang berbuat dosa ataupun mengatakan kata-kata kufur, akan diampuni. Tetapi sesiapa mengkufuri Roh Allah, tidak akan diampuni!
32 Sesiapa yang dengan kata-katanya menentang Anak Manusia dapat diampuni, tetapi sesiapa yang menghina Roh Allah tidak dapat diampuni, baik sekarang mahupun di akhirat!"
- Dan terakhir, Yesus menyatakan sesiapa yang tidak percaya kepadaNya, mereka merosakkan pekerjaanNya. Apakah pekerjaanNya? Ia telah dinyatakan pada ayat 28. Membawa pemerintahan Allah di kalangan mereka.
- Malah, Yesus berkata, sesiapa yang mengkufuri Anak Manusia dapat diampuni (ayat 32). Siapakah Anak Manusia tersebut? Yesus sendiri.
- Anak Manusia adalah gelaran yang bersifat keTuhanan. Jika tidak, mengapa Imam Besar mengoyakkan pakaiannya dan mengatakan Yesus telah menghujat Tuhan apabila mengenakan gelaran Anak Manusia kepada diriNya (Markus 14:51-54)?

Maka, setelah membaca keseluruhan konteks ayat yang diberi, adakah itu menunjukkan Yesus bukan Tuhan?

kembali ke indeks


terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik.

Ulasan