Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 14

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.

Bukti seterusnya,
14. Yesus bersyukur kepada Tuhan.

"Pada waktu itu berkatalah Yesus: "Aku bersyukur kepada-Mu, Baa, Tuhan langit dan bumi, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil." (Matius 11:25).

Yesus sendiri mengaku dengan jujur dan polos bahwa dia juga mengucapkan syukur kepada Allah, yaitu Tuhan langit dan Bumi.
  • Setiap yang bersyukur kepada Tuhan Pencipta langit dan bumi, pasti bukan Tuhan! 
  • Yesus bersyukur kepada Tuhan langit dan bumi, berarti Yesus bukan Tuhan pencipta langit dan bumi!
Jika anda telah membaca dari bukti pertama, mungkin anda sudah mendapat sedikit petunjuk tentang masalah bukti ini. Jika tidak, saya berikan sekali lagi.

1. Yesus adalah Tuhan tetapi lahir sebagai manusia.
2. Maka, Dia ketika itu dalah keadaan yang lebih rendah daripada BapaNya.

Selain itu, ayat di atas juga dipetik di luar konteks sebenar. Perhatikan, Yesus bersyukur kerana BapaNya (perkataan 'BapaNya' sudah jelas menunjukkan Yesus adalah Tuhan..hairan, mengapa penulis tidak peduli?) kerana menyatakan 'sesuatu' kepada orang kecil. Apakah 'sesuatu' itu?
'Sesuatu' itu dijelaskan di dalam ayat sebelumnya, perhatikan Yohanes Pembaptis menyuruh pengikutnya bertanya sama ada Yesus adalah yang dijanjikan Tuhan atau bukan.
Matius 11:2-3
2 Apabila Yohanes Pembaptis yang berada di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh Kristus, dia menghantar beberapa orang pengikutnya kepada Yesus.
3 Mereka bertanya, "Adakah Guru orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah, atau adakah kami harus menantikan seorang lain?"
Apa jawab Yesus?
Matius 11:4-6
4 Yesus menjawab, "Baliklah dan beritahu Yohanes apa yang kamu dengar dan nampak:
5 orang buta melihat, orang lumpuh berjalan, orang berpenyakit kulit yang mengerikan sembuh, orang tuli mendengar, orang mati dibangkitkan semula, dan Berita Baik daripada Allah dikhabarkan kepada orang miskin.
6 Berbahagialah orang yang tidak mempunyai keraguan terhadap Aku!"
'Sesuatu' itu adalah Yesus sendiri! Ia jelas apabila Yesus mula mencela tempat-tempat yang tidak percaya kepadaNya walaupun Dia melakukan banyak mukjizat di sana.
Matius 11:20
Lalu Yesus mula mencela bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduk di sana tidak mahu bertaubat daripada dosa mereka.
Setelah mencela tempat-tempat tersebut, Yesus pun mengatakan ayat yang diberikan oleh penulis di atas,
Matius 11:25
Pada masa itu Yesus berkata, "Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak pandai, Engkau tunjukkan kepada orang yang tidak terpelajar. (terjemahan Berita Baik)
Jelas bukan? Yesus bersyukur kepada BapaNya kerana menyatakan kepada mereka tentang siapakah diriNya yang sebenar. Siapakah diriNya yang sebenar?
Ia dinyatakan dalam ayat seterusnya,
Matius 11:27
Yesus berkata lagi, "Bapa-Ku telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak dan mereka yang diberitahu oleh Anak tentang Bapa.
Segala sesuatu diserahkan kepada Yesus. Yesus mengenal Bapa, dan Bapa mengenal Anak. Yesus menyamakan diriNya dengan Tuhan! Sehinggakan Yesus berkata,
Matius 11:28-30
28 Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.
29 Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.
30 Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul."
Siapa yang dapat membebaskan kita dari beban selain Tuhan? Malah, ayat 29 sebenarnya adalah kutipan dari Yeremia 6:16,
TUHAN berfirman kepada umat-Nya, "Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram." Tetapi mereka berkata, "Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!"
TUHAN sendiri yang berfirman, tetapi Yesus memetik ayat tersebut dengan menjadikan diriNya sebagai yang memberikan perintah dan ajaran, bukankah itu dengan jelas menunjukkan Yesus menyamakan diriNya dengan Tuhan?

Maka, setelah membaca konteks keseluruhan ayat tersebut, adakah Yesus mengatakan Dia bukan Tuhan?

kembali ke indeks


terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik

Ulasan