Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" - bukti 12

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.


Bukti seterusnya,
12. Yesus mengaku utusan Tuhan.
"Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut aku, ia menyambut Dia yang mengutus aku." (Matius 10:40)
Ayat ini bermakna bahwa barangsiapa yang menghormati Yesus, sama saja dia telah menghormati Tuhan yang mengutusnya. Atau barang siapa yang mengikuti ajaran Yesus, sama saja dia telah mengikuti ajaran yang telah mengutusnya yaitu Tuhan. Atau barang siapa yang mempermuliakan Yesus, berarti sama saja dia telah mempermuliakan yang mengutusnya yaitu Allah SWT. Ini membuktikan bahwa Yesus bukan Tuhan, tapi hanya seorang utusan Tuhan.
  • Setiap yang diutus oleh Tuhan, pasti bukan Tuhan!
  • Yesus diutus oleh Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan, tapi utusan Tuhan.
Satu lagi contoh bagaimana konteks keseluruhan peristiwa di mana ayat ini dipetik tidak diambil kira.
Perhatikan penerangan di atas, dikatakan perbuatan 'menyambut' di dalam ayat tersebut adalah tentang 'menghormati' Yesus atau 'mengikuti' atau 'mempermuliakan'.
Setelah memberikan maksud-maksud tersebut, dikatakan ia adalah bukti bahawa Yesus hanyalah utusan.

Benarkah begitu?
Jawapan ringkasnya, tidak.

Mengapa? Kita lihat konteks sebenar ayat ini dengan membaca dari ayat pertama Matius 10;
Matius 10:1
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu memberikan kuasa kepada mereka untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan segala macam penyakit.
Yesus memilih 12 orang (yang kemudian menjadi rasul), lalu Yesus sendiri yang memberikan mereka kuasa. Kuasa yang diberikan bukan kuasa biasa tetapi kuasa yang hanya ada pada Tuhan sendiri.

Mengapa Yesus memilih 12 orang tersebut? Untuk memberitahu bahawa Tuhan akan datang.
Matius 10:5-7
5 Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, "Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria.
6 Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat.
7 Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’
Kemudian, Yesus memberitahu bahawa mereka akan menghadapi penyeksaan kerana mengikut Dia, malah mereka akan mati dibunuh kerana mengikut Dia,
Matius 10:16-22
16 "Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.
17 Berjaga-jagalah, kerana ada orang yang akan menangkap kamu dan membawa kamu ke mahkamah, dan kamu akan disesah di rumah ibadat mereka.
18 Kamu akan diadili di hadapan penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, dan kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah.
19 Apabila kamu diadili, janganlah khuatir tentang apa yang hendak kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Apabila tiba masanya, kamu akan diberitahu apa yang harus kamu katakan.
20 Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu.
21 Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh; bapa pun akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anak-anak akan melawan ibu bapa, lalu menyerahkan mereka supaya dibunuh.
22 Tiap-tiap orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. Tetapi sesiapa bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.
Namun, Yesus memberi jaminan bahawa mereka akan diselamatkan jika mereka kekal mempercayai dan melakukan perintahNya sampai akhir.
Kemudian, Yesus memberikan amaran untuk mereka yang tidak bertahan, untuk mereka yang menjadi takut. Apa yang dikatakan Yesus?
Matius 10:32-33
32 "Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.
33 Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga."
Perhatikan dengan baik bahagian yang ditebalkan, Yesus dapat menyangkal kita yang tidak mengakuiNya di hadapan Bapa di Syurga. Sedarkah anda bahawa Yesus telah menjadikan diriNya setaraf dengan Tuhan? Keliru? baiklah,
1. Hanya Tuhan yang boleh menghakimi kita pada akhir zaman.
2. Yesus boleh menghakimi kita pada akhir zaman, dengan menolak mereka yang menolakNya pada akhir zaman.
3. Maka, Yesus adalah Tuhan.
Jika Yesus hanyalah manusia biasa, mengapa Dia mempunyai kuasa untuk menolak mereka yang tidak menerimaNya di hadapan BapaNya?

Maka, apabila Yesus berkata,
"Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut aku, ia menyambut Dia yang mengutus aku." (Matius 10:40)
Dia mengatakan bahawa menyambutNya bukan sebagai utusan tetapi sebagai Kebenaran dan Hidup.
Dan harus bersedia untuk mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyambutNya.
Matius 10:37-39
37 Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
38 Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
39 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati."
Maka, contoh berikut yang diberikan penulis untuk menyokong hujah 'Yesus adalah manusia yang diutus' dengan menyamakanNya dengan Nabi Muhammad:
Demikian juga ummat Islam yang bershalawat kepada Nabi Muhammad saw, berarti mereka dalam rangka menyambut yang mengutusnya, ialah Tuhannya Nabi Muhammad yaitu Allah SWT. Pahalanya bukan semata-mata untuk Nabi Muhammad saw, tetapi kepada mereka yang bershalawat kepadanya.
adalah tidak berkaitan dan tidak selari sama sekali kerana konteks pengertian yang jauh berbeza dengan keseluruhan maksud penceritaan di dalam Matius 10:1-42.

Maka, adakah Yesus di dalam ayat tersebut hanya mengaku sebagai sekadar utusan dalam erti kata manusia biasa?

kembali ke indeks


Terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik.

Ulasan