Langkau ke kandungan utama

Mengapa Yesus Berdoa?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web All About Jesus Christ dan boleh dibaca di sini.

Jika Dia adalah Tuhan, mengapa Yesus berdoa? Berdoa adalah bahagian yang penting dalam kehidupan Yesus. Banyak kali di dalam Injil, kita membaca bahawa Yesus berdoa atau mengasingkan diriNya dari murid-muridNya untuk berdoa sendirian. Mengapa Yesus berdoa? Yesus berdoa kerana hubunganNya dengan Bapa. Dalam Yohanes bab 17, kita dapat membaca doa Yesus sebagai Imam Besar. Doa ini adalah doa syafaat Yesus untuk murid-murid dan semua yang akan percaya kepadaNya kerana kesaksian mereka (Yoh 17:20). Dalam doa ini, kita melihat hubungan Yesus dengan Bapa dan keyakinan bahawa di dalam diriNya mempunyai peruntukan yang sempurna dan rancangan daripada BapaNya. Hubungan Yesus dengan Bapa adalah kuasa yang membawa keselamatan kepada manusia.

Yesus melepaskan kemuliaanNya dan mengambil mantel kemanusiaan (Filipi 2:5-8) dan ketika Dia memakai mantel itu, Dia taat kepada Bapa. Mengapa Yesus berdoa? Yesus berdoa kerana kebergantunganNya dan ketaatNya kepada Bapa. Yesus berkata, "Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku." (Yoh 5:30). Oleh itu, Yesus berserah sepenuhnya kepada Bapa.

Sering kali kita mendengar "Apakah yang Yesus akan lakukan?" Namun, soalan yang lebih baik, "Apakah yang Yesus telah lakukan?" Bertanya apa yang Yesus akan lakukan adalah bersifat subjektif tentang apa yang kita fikirkan akan dilakukanNya. Bertanya apa yang Yesus telah lakukan adalah bersifat objektif kerana kita mempunyai catatan dari kitab Injil. Apa yang Yesus telah lakukan? Yesus berdoa dengan kerap dan konsisten. Untuk mengekalkan hubungan kita dengan Bapa sebagai seorang percaya yang telah lahir baru, doa yang konsisten dan sungguh-sungguh adalah perlu. Ia adalah perisai yang diberikan Tuhan untuk kita (Efesus 6:11-18) yang memberikan tenaga untuk setiap bahagian-bahagian perisai yang lain. Mengapa Yesus berdoa? Dia berdoa untuk mengajar kita sebagai anak-anak Allah, bahawa penyerahan ketaatan kita kepada kehendak Bapa akan memberikan kita berkat rohani.

Ulasan

Unknown berkata…
Anda percaya ke artikel di atas?
Ianya hanya menunjukkan yesus dan bapa adalah 2 entiti yg berbeza, sedangkan ajaran kristian mengatakan jesus dan bapa adalah sama. Pening saya
Unknown berkata…
Hai Zamzuri Bujok,
Nampaknya, komen anda termasuk ke dalam bahagian 'spam'. Saya paparkan komen anda.

Berbalik kepada persoalan anda.
- Sebenarnya, Yesus dapat berdoa kepada Bapa kerana ketika Dia berada di bumi, Dia datang sebagai manusia sepenuhnya.
"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran."
(Yohanes 1:14)

- Dengan kata lain, kemanusiaan yang dimiliki oleh Yesus ketika itu membolehkan Dia melakukan dan mengalami semua yang boleh dilakukan dan dialami oleh manusia biasa.

Saya pernah memperkatakan tentang hal ini di sini, di sini, dan di sini. Jika anda ada kelapangan, anda boleh membacanya.
Tanpa Nama berkata…
jika jesus lahir tanpa bapa dalam islam digelar ruhul nabi, d anggap berlebihan atau 3 in 1 dari Allah oleh agama kamu kristian,Apakah nabi Adam tidak sehebatnya sedangkan ia telah berdepan dgn Allah semasa Allah ciptakannya,lagi hebat tanpa keduanya ibi n bapa.
maka adam lah bapa segala manusia
manakala hawa or eve ibu segala manusia oleh itu siapa pula tuhan Adam dan tuhan segala manusia...
siapa yang baca ini jawablah dgn jujur sendiri
andai anda tahu...jawablah teka teki ini.....
by Sabah. saya Ah.. bin ali has....
dan apa nama sebenar saya
Unknown berkata…
Hai tanpa nama (16 Februari 2013 1:34 PTG),

Anda menulis,
"jika jesus lahir tanpa bapa dalam islam digelar ruhul nabi, d anggap berlebihan atau 3 in 1 dari Allah oleh agama kamu kristian,Apakah nabi Adam tidak sehebatnya sedangkan ia telah berdepan dgn Allah semasa Allah ciptakannya,lagi hebat tanpa keduanya ibi n bapa."

- Nampaknya, anda menganggap Kristian percaya Yesus adalah Tuhan kerana Dia dilahirkan tanpa bapa.
- Sebenarnya, anda silap. Kristian tidak percaya Yesus adalah Tuhan hanya kerana Dia dilahirkan tanpa bapa. Sebaliknya, Kristian percaya Yesus adalah Tuhan berdasarkan perbuatan dan ungkapan-ungkapan-Nya.
contohnya:
1. Yesus mengakui sebagai Anak Allah dan Anak Manusia (Markus 14:61-64).
2. Yesus mengaku sebagai Tuhan (Yohanes 13:13).

- Anda juga mengatakan bahawa Adam "dicipta" oleh Tuhan.
- Namun, Yesus tidak dicipta oleh Tuhan, sebaliknya Dia sudah ada sebelum segala sesuatu dicipta.
- Yesus adalah Firman, dan Firman itu adalah Tuhan. Kemudian, Firman itu masuk ke dalam dunia manusia dengan dilahirkan sebagai manusia. (Yohanes 1:1-14)

Dengan kata lain, anda sebenarnya menilai kepercayaan Kristianiti berdasarkan salah faham kerana apa yang anda dakwakan bukanlah kepercayaan sebenar Kristian.
Tanpa Nama berkata…
tq,bertuhankanlah hanya pada Allah
berdoalah Ya Allah kau tunjukanlah kami kunci pintu ke syurgamu dan jauhilah kami dari bakaran api nerakamu kerna kami tak mampu utk menghadapinya atas dosa yg kami telah lakukan,sambutlah doa kami
Amin perkenankanlah ya Allah
Unknown berkata…
Hai tanpa nama (16 Februari 2013 4:56 PTG),

Terima kasih. Anda berkata,
"berdoalah Ya Allah kau tunjukanlah kami kunci pintu ke syurgamu dan jauhilah kami dari bakaran api nerakamu kerna kami tak mampu utk menghadapinya atas dosa yg kami telah lakukan,sambutlah doa kami "

- Saya bersyukur kerana Tuhan telah menunjukkan saya kunci pintu ke syurga iaitu melalui Yesus Kristus, yang telah mati dan bangkit semula untuk menebus kita dari maut dan dosa sehingga sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa, tetapi memperolehi kehidupan kekal.
- Memang dengan usaha kita sendiri, kita tidak akan mampu mengelak daripada api neraka. Namun, melalui Yesus Kristus, kita akan diselamatkan dengan hanya menerima-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat.

Tuhan memberkati.
Tanpa Nama berkata…
hai tiwas tiwasok: ma'af yang anda sebutkan dalam yohanes 13:13, terjemahan yang sekarang adalah salah besar, coba kamu cari dan baca ayat tersebut pada alkitab terjemahan 1930. yang artinya adalah TUAN(bukan TUHAN).
Unknown berkata…
Hai Tanpa Nama (30 November 2013 7:09 PTG)
Maaf kerana agak lewat memberikan respon.

Saya andaikan anda tahu serba sedikit tentang bahasa Greek memandangkan anda menimbulkan soal terjemahan "Tuhan" dan "Tuan".

Tentang terjemahan yang anda sebutkan. Benar, perkataan Greek, kurios, pada ayat Yohanes 13:13 boleh diterjemahkan sebagai "Tuan". Namun, apakah konteks penggunaan perkataan ini ke atas Yesus?

Perlu diketahui, keseluruhan Alkitab bahagian Perjanjian Baru menggunakan panggilan kurios ke atas Yesus. Yesus sendiri mengakui panggilan tersebut ke atas diri-Nya.

Panggilan yang sama ini juga digunakan untuk merujuk kepada YHWH, iaitu Tuhan sendiri, di dalam Perjanjian Lama. Malah, ketika panggilan ini digunakan di dalam Perjanjian Baru, ia menunjukkan kekuasaan Yesus yang setara dengan Bapa.

Maka, sekali lagi, saya ajukan soalan ini kepada anda, apakah konteks penggunaan panggilan ini (iaitu kurios) ke atas Yesus. Adakah sekadar Tuan, atau Tuhan?