Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.
Sekarang kita lihat bukti ke-6,
"Maka Yesus dibawa oleh Roh ke padang gurun untuk dicobai Iblis." (Matius 4:1).Jika Yesus itu Tuhan, mestinya Tuhanlah yang mencobai Iblis, bukan sebaliknya. Sangat tidak rasional jikat Tuhan harus dicobai oleh Iblis. Sebagai seorang Nabi atau Rasul, tentu sangat wajar jika Yesus dicobai Iblis karena dia hanya seorang yang diutus oleh Tuhan.
- Setiap yang di coba oleh iblis, pasti bukan Tuhan.
- Yesus di coba oleh Iblis, berarti Yesus bukan Tuhan.
Benar, Tuhan tidak boleh dicobai oleh sesiapa pun. Namun, seperti yang telah dinyatakan di awal siri ini, Yesus adalah manusia sepenuhnya dan Tuhan sepenuhnya pada masa yang sama. Yesus datang ke dunia melalui proses kelahiran manusia, Dia datang merendahkan diriNya menjadi manusia walaupun Dia adalah Tuhan yang Maha Tinggi.
Maka itulah sebabnya Iblis dapat mencuba Dia. Jika Yesus tidak lahir menjadi manusia, sudah tentu Dia tidak akan dapat dicubai.
Kurang jelas? Ada satu contoh yang sangat baik untuk menggambarkan keadaan Yesus sebagai 100% manusia dan 100% Tuhan pada masa yang sama.
Di dalam filem tersebut, watak Jake Sully adalah seorang manusia yang lumpuh separuh badan.
Kemudian, dia memasuki tubuh seorang mahkluk asing 'Navi'.
Namun, dia kekal seorang manusia kerana fikirannya adalah manusia, walaupun tubuhnya adalah makhluk asing Navi.
Jika kita bertanya bolehkah Jake Sully berlari? Jawapannya adalah ya dan tidak kerana dalam tubuh manusia, dia tidak dapat, namun dalam tubuh Navi, dia dapat.
Sama seperti Yesus, bolehkah Dia dicubai?
Jawapannya juga adalah ya dan tidak.
Ya kerana ketika hidup di dalam dunia manusia sebagai manusia, Yesus dapat dicubai.
Namun, selepas Dia mati dengan tubuh manusiaNya dan bangkit semula di dalam kemuliaan tubuh yang baru (bukan tubuh manusia lagi), Dia tidak boleh dicubai lagi.
Maka, adakah Yesus bukan Tuhan lagi hanya kerana Dia dicubai oleh Iblis semasa Dia dilahirkan sebagai manusia?
Ulasan
Anda memberikan dakwaan berikut:
"Terus kan lah putar belit anda"
Beberapa masalah dakwaan anda ini;
1. Anda tidak memberikan contoh 'putar belit' yang menurut anda telah saya lakukan.
2. Anda tidak memberikan sebarang argumen untuk menyokong dakwaan anda itu.
3. Komen anda ini sebenarnya off topic kerana post ini memperkatakan tentang dakwaan/polemik yang diberikan oleh Muslim terhadap Kristian.
Kemudian, anda memberikan kesimpulan berikut:
"dah tahu kebenaran masih lagi mencari sesuatu yang salah"
1. Ya, saya tahu tentang Kebenaran tersebut, malah, Kebenaran itu sendiri yang telah datang kepada kita.
2. Kebenaran itu adalah Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat manusia, yang mana sangat mengasihi kita, walaupun kita tidak layak, sehingga Dia sanggup datang sebagai manusia, untuk menebus kita dari dosa dan menyelamatkan kita dari maut.