Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 10

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.


Untuk bukti seterusnya,
10. Yesus menyuruh hanya menyembah kepada Allah.

"Maka berkatalah Yesus kepadanya :"Enyahlah Iblis! Sebab ada tertulis : Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya Dia sajalah engkau berbakti!". (Matius 4:10).

Yesus menghardik dan menyuruh Iblis untuk menyembah hanya kepada Allah saja. Ini berarti iblispun tahu bahwa Yesus mengajarkan tauhid dan dia bukan Tuhan atau Allah yang harus disembah. Jika Yesus itu Tuhan, tentu kata-katanya kepada Iblis sebagai berikut, "Enyahlah Iblis! Sebab ada tertulis : Engkau harus menyembah Aku, sebab hanya kepadaKu sajalah engkau berbakti!"
  • Setiap yang menyuruh menyembah kepada Tuhan, berarti bukan Tuhan! 
  • Yesus menyuruh menyembah kepada Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan!
Ini satu lagi contoh penulis memberikan konteks yang tidak tepat kepada keseluruhan cerita yang berkaitan.
Yesus ketika itu dicubai sebagai manusia. Bukan dicubai sebagai Tuhan. Dan Yesus ketika itu memetik ayat dari kitab Ulangan 6:13, "Hormatilah TUHAN, Allah kamu dan sembahlah Dia sahaja, dan buatlah janji kamu demi nama-Nya sahaja."

Yesus dicubai sebagai manusia, dan Dia berjaya menghadapi pencubaan tersebut juga sebagai manusia. Yesus boleh menggunakan kuasaNya sebagai Tuhan, namun, Dia tidak menggunakannya. Mengapa?
Mengapa Yesus menjawab Iblis seperti itu?
- Yesus ketika itu telah berpuasa selama 40 hari lamanya. Tubuh manusiaNya dalam keadaan yang lemah dan terdedah kepada godaan kedagingan manusia.
- Iblis melihat itu sebagai suatu kesempatan untuk mencuba Yesus.
- Namun, Yesus, walaupun terdedah kepada godaan kedagingan, melawan godaan tersebut sebagai seorang manusia, buktinya, Dia menggunakan Firman Tuhan untuk menjawab Iblis dan bukan menggunakan kuasaNya sebagai Tuhan.
- Itulah sebabnya Yesus mengatakan demikian dan tidak mengatakan seperti yang dicadangkan oleh penulis iaitu, "Engkau harus menyembah Aku..." kerana jika Yesus berkata demikian, Yesus sedang menyuruh Iblis untuk menyembah manusia kerana Yesus ketika itu dilahirkan sebagai manusia walaupun sebenarnya Dia juga Tuhan.
- Seperti yang dikatakan di awal siri ini, kesilapan utama yang menjadi intipati utama buku ini adalah kerana penulis menganggap Yesus semasa pelayananNya di dunia adalah sama ada Tuhan atau manusia sedangkan pengajaran sebenar tentang Yesus: Dia adalah manusia dan Tuhan pada masa yang sama semasa pelayananNya di dunia ini. 

Maka, adakah Yesus bukan Tuhan hanya kerana Dia mengatakan kita harus menyembah hanya kepada Tuhan?


terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Berita Baik.

Ulasan