Langkau ke kandungan utama

Adakah Alkitab mengatakan bahawa Yesus dicipta?

Artikel ini diterjemah dari laman web Come Reason Ministries dan boleh dibaca di sini.



Hello Lenny,
Bagaimana anda menjelaskan Kolose 1:15? Adakah Yesus [Firman atau Logos] merupakan ciptaan pertama di antara semua ciptaan (Gk Kosmos)?
Jaime

Hai Jaime,

Terima kasih kerana mengambil masa untuk menulis kepada kami. Ayat yang terdapat di dalam Kolose 1:15 telah lama digunakan oleh kultus yang menidakkan keTuhanan Kristus sebagai proof-text bahawa Yesus bukan Tuhan kerana Dia adalah mahkluk yang dicipta. Hujah mereka selalunya seperti ini:

Alasan 1 - Kolose 1:15 mendakwa Yesus adalah "Anak sulung" bagi semua yang diciptakan.
sub-alasan 1 - Anak sulung bererti "yang pertama diciptakan" atau "yang dicipta untuk menciptakan semua yang lain".

Alasan 2 - Yang dicipta mempunyai permulaan dan pencipta.
Alasan 3 - Sifat Tuhan adalah kekal (tidak diciptakan dan tiada permulaan)
Kesimpulan - Maka, Yesus bukan Tuhan.

Dalam melihat argumen ini, Kristian tidak akan mempersoalkan alasan 2 atau alasan 3. Kedua-duanya dilihat sebagai kepercayaan benar Kristian. Dalam melihat Kolose 1:15, iaitu, "Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan", kita tidak boleh meragui alasan 1. Namun, kelemahan argumen ini adalah pengertian yang diberikan kepada frasa "Anak sulung".

Pada diagram di atas, kita dapat melihat andaian umum adalah memikirkan "Anak sulung" sebagai bermaksud ciptaan pertama. Kesalahan ini berpunca dari salah faham terhadap perkataan Yunani (Greek) prototokos yang diterjemahkan sebagai "Anak sulung". Perkataan ini membawa maksud sama ada yang pertama dilahirkan atau yang utama di dalam kepentingan atau pangkat. Di dalam versi ringkas Theological Dictionary of the New Testament (Eerdmans, 1985) Kittle, dinyatakan "Maksudnya bukan Kristus adalah ciptaan pertama. Ini akan memerlukan penekanan ke atas -tokos dan akan membawa percanggahan kepada kelahiran dan penciptaan. Apa yang dikatakan adalah Ketuanan Yesus sebagai pengantara ke atas ciptaan.

Dengan kata lain, ayat ini boleh diterjemahkan dengan tepat sebagai "Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus adalah yang terunggul daripada segala sesuatu yang diciptakan" Di dalam konteks ini, argumen di atas runtuh dan kita melihat Kolose 1:15 sebenarnya menyokong Kristus sebagai Pencipta yang menciptakan segalanya -  sama seperti yang dinyatakan di dalam Yohanes 1:3. Oleh itu, kita boleh menggunakan ayat ini sebagai bukti kepada keTuhanan Yesus, bukan argumen yang menentang.

Saya berharap ini dapat membantu anda memahami ayat ini dengan lebih jelas dan dengan itu mengetahui sifat Kristus lebih baik lagi.

Ulasan