Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa?

Soalan: Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa? Jawapan: Alkitab tidak ada menyebut tentang merokok secara langsung. Namun terdapat prinsip-prinsip yang dapat diterapkan kepada persoalan merokok. Pertama Alkitab memerintahkan kita agar jangan membiarkan tubuh kita menjadi hamba kepada apapun juga. "Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun" (1 Korintus 6:12). Tanpa diragukan merokok boleh membuatkan orang ketagihan. Kemudian di bahagian yang sama kita diberitahu, "Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, -- dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu" (1 Korintus 6:19-20). Merokok sebenarnya sangat berbahaya kepada kes

Menjawab Allah sebagai Roh

Seorang pengunjung tanpa nama blog ini telah meminta agar artikel berikut yang dipaparkan di blog answering misionaris diberikan respon. Anda boleh membaca komen tersebut di sini . Berbalik kepada artikel tersebut, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk menjawab sebuah pertanyaan tentang "apakah itu 'dzat' Allah?". Namun, dalam cubaan penulis menjawab persoalan tersebut, penulis juga telah mempersoalkan Tuhan menurut Alkitab.

Yesus, Anak Allah

Petikan ayat-ayat Alkitab diambil daripada Alkitab terjemahan Today Malay Version (TMV). -------------------------------------------------------------- Ayat-ayat di mana Yesus secara terang-terangan mengaku sebagai Anak Allah. Yohanes 5:25 , " Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup. " Yohanes 10:36 , " Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku sebagai Anak Allah? " Yohanes 11:4 , " Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan." " Yohanes 17:1 , " Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun bole

Pembohongan Tentang Haman - Pengenalan

Post ini timbul dari komen yang diberikan oleh seorang pengunjung "tanpa nama" blog ini, yang cuba mengatakan tentang Haman sebagai bukti mukjizat dan keajaiban Al-Quran. Komen tersebut boleh dibaca di sini . Komen yang diberikan oleh tanpa nama  tersebut sebenarnya adalah terjemahan kepada sebuah artikel tulisan  Harun Yahya  yang bertajuk " Haman and ancient Egypt monuments ". Terjemahan tersebut bertajuk " Haman dan Bangunan Mesir Kuno ". Namun, tahukah anda bahawa dakwaan di dalam artikel tersebut sebenarnya adalah palsu? Pendedahan kepalsuan dakwaan ini telah didokumentasikan dengan terperinci oleh Jochen Katz di dalam siri artikel beliau yang bertajuk " The Haman Hoax " (Pembohongan tentang Haman). Memandangkan komen yang diberikan oleh si  tanpa nama  ini adalah terjemahan kepada artikel yang di- copy-paste  olehnya, maka, saya akan memberikan respon dengan menterjemahkan artikel tulisan Jochen Katz yang mendedahkan kepalsua

Isu Allah di Malaysia

Sumber gambar Masyarakat Malaysia secara umumnya pasti tahu tentang keputusan mahkamah baharu-baharu ini yang telah menarik semula kebenaran penggunaan istilah "Allah" di dalam penerbitan Kristian. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak. Saya secara peribadi melihat keputusan ini sebagai sesuatu yang sudah dijangkakan. Lebih-lebih lagi situasi politik di Malaysia saat ini yang "memerlukan" keputusan seperti itu diberikan. Namun, di sebalik semua ini, tahukah anda tentang kewujudan argumen-argumen dan bukti-bukti yang menidakkan dakwaan bahawa hanya Muslim (di Malaysia) sahaja yang berhak menggunakan istilah Allah tersebut? Berikut saya berikan pautan kepada sumber terkumpul untuk penulisan-penulisan secara akademik isu ini yang boleh dibaca di sini (Sumber dari blog Krisis & Praxis ).

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #6: "Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru"

Post ini adalah terjemahan dari siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini dibuat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Kristian umum tentang fakta asas bagaimana kanon Perjanjian Baru terbentuk. Salah satu data penting dalam mana-mana perbincangan tentang kanon adalah apa yang dipanggil sebagai fragmen Muratorian (juga dikenali sebagai kanon Muratorian). Fragmen ini, yang mendapat namanya melalui individu yang menemuinya, Ludovico Antonio Muratori, mengandungi senarai kitab-kitab Perjanjian Baru yang terawal. Walaupun fragmen itu sendiri berasal dari sekitar abad ke-7 atau ke-8, senarai yang terdapat di dalamnya pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek dan berasal dari penghujung abad kedua (sekitar tahun 180 masihi).

Kemahiran Interpersonal dalam berkongsi: #1: Jadilah seorang yang mengasihi

sumber gambar Siapa diri anda (atau apa yang anda lakukan selalunya) lebih menonjol berbanding apa yang anda katakan. Kita semua pernah berhadapan dengan individu-individu yang sukar. Ada yang suka berkata-kata tanpa membenarkan anda mencelahnya. Ada yang hanya berminat berkata-kata tentang dirinya sendiri. Ada juga yang mempunyai nafas yang berbau kurang menyenangkan, kadang-kala ada sisa makanan tertinggal di celah-celah giginya, dan tubuh yang berbau seperti orang yang hanya mandi pada hari Sabtu. Ramai juga di antara orang-orang ini sangat bijak. Namun, sering kali tidak ada yang mahu mendengar pendapat anda. Adalah penting, selain mempunyai bukti kukuh yang menyokong peristiwa kebangkitan Yesus, bahawa kita mempersembahkan diri kita dengan cara yang boleh membantu orang lain untuk bersikap terbuka dengan apa yang hendak kita perkatakan. Di sini ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih efektif apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?

Artikel ini diperoleh dari laman web GotQuestions.org versi Bahasa Melayu . Soalan: Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu? Jawapan: Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu kamu? Sebelum kamu menjawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan tepat, kamu mesti faham makna “Yesus Kristus”, “individu” dan “Penyelamat”. Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini tidak tepat....( baca keseluruhan artikel di sini . )

Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?

Artikel ini diperolehi dari laman GotQuestion.org versi Bahasa Melayu . Soalan: Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan? Jawapan: Kisah Para Rasul 13:38 memaklumkan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.” Apakah pengampunan dosa dan mengapa saya memerlukannya? Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan dosa bukan diberikan... (baca keseluruhan artikel di sini . )

Terdapatkah kehidupan abadi? - GotQuestions?org

Artikel ini diperolehi dari laman GotQuestion.org versi Bahasa Melayu . Soalan: Terdapatkah kehidupan abadi? Jawapan: Kitab Injil menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh Tuhan, hal ini akan menyebabkan kita dihukum dengan sewajarnya. Kerana kita berdosa terhadap Tuhan yang abadi, maka hukumannya juga akan abadi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan” (Roma 6:23).... (Baca keseluruhan artikel di sini )

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 4

[ Update: Memandangkan jumlah komen pada post ini telah melebih angka 200, terdapat sedikit gangguan pada paparan komen-komen seterusnya iaitu akan agak lambat dipaparkan oleh sistem blogger .] Seorang Muslim Tanpa Nama telah memberikan persoalan berikut: " Hai Saudara TIwas..Sudi kiranya anda memberi sedikit komen berkitan persoalan di bawah. 1. Bolehkah anda komen mengapa Islam mengakui kewujudan Nabi Isa (yang anda anggap sebagai Tuhan dalam kristian) walaupun hanyalah sebagai utusan Allah tetapi tidak dalam kristian apabila berkaitan dengan Nabi Muhammad? 2. Bolehkah anda komen mengapa dalam Islam diajar konsep tauhid iaitu menyembah Allah yang esa dan dalam kristian pula dengan konsep trinity iaitu menyembah Allah @ Tuhan Yesus? " (Anda boleh membaca komen asal Tanpa Nama tersebut di sini .) B erikut merupakan respon ringkas daripada saya:

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 3

Baru-baru ini, seorang Muslim yang menggunakan alias "tanpa nama" telah berdialog dengan saya di dalam blog ini. Berikut saya paparkan semula dialog kami. (Dialog ini terbahagi-bahagi di dalam post-post yang berbeza.) - Untuk dialog pertama, ia bermula di sini . - Untuk dialog kedua, ia bermula di sini . - Untuk dialog ketiga, ia bermula di sini . - Untuk dialog keempat, ia bermula di sini .

Puasa Kristian - apa yang dikatakan di dalam Alkitab?

Berdasarkan/terjemahan dari  artikel ini . Alkitab tidak memerintahkan orang-orang Kristian untuk wajib berpuasa. Tuhan tidak memerlukan atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab menyatakan berpuasa sebagai sesuatu yang baik, menguntungkan, dan berfaedah. Kitab Kisah Para Rasul mencatatkan bahawa orang-orang percaya berpuasa sebelum mereka membuat pilihan yang penting ( Kis 13:2; 14:23 ). Berpuasa dan berdoa seringkali dikaitkan bersama ( Luk 2:37; 5:33 ).

Lynn Anderson: Tentang Iman dan Pengetahuan

Dengar apa yang dituliskan pada Yohanes 7:17, ....Yesus berkata, ' Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri. ' Maka, jika kita mempunyai keinginan untuk percaya, Tuhan akan kemudian mengesahkan bahawa Yesus adalah daripada Tuhan.    ....Alkitab menjelaskan hal ini apabila dikatakan, ' Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya ' (Yohanes 12:37). Dan dua ayat kemudian, dikatakan, ' Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya ' (Yohanes 12:39).    Dengan kata lain, mereka mengambil keputusan untuk menidakkan mesej dari mukjizat-mukjizat tersebut, iaitu bukti yang menunjukkan Yesus adalah Tuhan, kerana mereka tidak mahu membayar harganya, iaitu seluruh sistem keagamaan mereka musnah kerananya, ....Dan mereka telah membuat keputusan untuk tidak percaya sekian lama sehinggakan mereka turut menghilangkan kemampuan mereka untuk

Siri Apologetik - Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan

Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons , muka surat 21-23 . Telah menjadi suatu kebiasaan untuk menggunakan istilah apologi   dalam merujuk kepada usaha khusus atau hasil kerja yang mempertahankan kepercayaan tersebut.[ 6 ] Sebuah apologi mungkin berbentuk dokumen bertulis, ucapan, atau mungkin juga sebuah filem; apa-apa jenis media perhubungan boleh digunakan. Seorang apologis  adalah seseorang yang memberikan suatu apologi atau melakukan aktiviti mempertahankan kepercayaan/iman tersebut. Seorang apologis mungkin (dan melakukannya) membentuk apologi mereka di dalam konteks intelektual yang pelbagai. Iaitu, mereka mungkin memberikan pembelaan kepada kepercayaan/iman Kristian yang berkaitan dengan isu-isu sains, sejarah, falsafah, etika, keagamaan, teologi, atau budaya.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #13: Tiga persoalan "Adakah...?"

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis cuba menimbulkan persoalan tentang apa yang telah dilakukan Jesus sebelum Dia mencapai umur 30 tahun kerana " Tiada maklumat jelas perihal apa yang dilakukan oleh Jesus selama 18 tahun itu. " (m/s 10). Namun, seperti yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini , persoalan ini sebenarnya memberikan impak yang lebih besar ke atas kepercayaan penulis sendiri. Penulis kemudian memberikan tiga persoalan yang bersifat retorik . Walaupun ia hanyalah soalan retorik, berikut adalah respon kepada persoalan-persoalan tersebut. Soalan pertama : " Adakah Jesus berguru dengan mana-mana imam Yahudi ataupun belajar dengan Nabi Zakaria? " Jawapan : Tidak dinyatakan di dalam Bible. Hanya dinyatakan Jesus semakin membesar dan bertambah hikmat-Nya. ( Luk 2:40, 52 ) ------------------------------- Soalan kedua : " Adakah beliau bekerja sebagai tukang kayu? " Jawapan : Sebelum Jesus memulakan pel

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #12: Pekerjaan Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis memberikan ayat dari Injil Lukas 3:23 berikut: "Menurut pandangan orang, Jesus memulakan pekerjaannya ketika dia berumur kira-kira 30 tahun." ( Luke,  3:23) Selepas itu, penulis cuba menimbulkan persoalan berikut: " Ayat di atas juga tidak menjelaskan pekerjaan yang dilakukan oleh Jesus, sama ada tukang kayu, penggembala biri-biri ataupun menyebarkan agama Nasrani. " Sebelum menjawab persoalan penulis, perlu diketahui bahawa struktur ayat Luke  3:23 yang diberikan oleh penulis di dalam bukunya ini adalah berbeza dengan struktur ayat sebenar seperti yang terdapat di dalam Bible/Alkitab. Versi yang diberikan penulis ini membawa maksud umur ketika Jesus dikatakan memulakan pekerjaan-Nya, iaitu 30 tahun, adalah "menurut pandangan orang" semata-mata . Sedangkan, ayat sebenar tidak membawa maksud sedemikian.

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Samuel Green

Yohanes 1:1 ἐν ἀρχῇ ἦν ὁ λόγος καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ahmed Deedat: " Saya bertanya kepada Reveren tersebut sama ada dia tahu bahasa Greek atau tidak? "Ya," jawabnya. Dia telah mempelajari bahasa Greek selama lima tahun sebelum itu. Saya bertanya kepadanya apakah perkataan Greek untuk "Allah" yang pertama digunakan di dalam terjemahan ungkapan " Firman itu bersama-sama dengan Allah "? Dia terus merenung ke arah saya tetapi tidak menjawabnya. Jadi, saya berkata, perkataan tersebut adalah HOTHEOS , yang mana secara literal bermaksud "ALLAH"..... "Sekarang, beritahu saya apakah perkataan Greek asal yang digunakan untuk perkataan Allah yang kedua di dalam ayat tersebut - " dan Firman itu adalah Allah "? Reveren tersebut terus berdiam diri. Bukan kerana dia tidak tahu bahasa Greek, atau dia telah

Dave Brunn: Tentang Alkitab

Alkitab adalah Firman Tuhan! Namun kadang-kala, kita boleh melihatnya sebagai kata-kata Tuhan atau juga pembentukan tatabahasa daripada Tuhan. Mengapa Tuhan memberikan kita Firman-Nya? Adakah supaya kita boleh mengkaji dan menganalisa linguistiknya yang kompleks? Saya tidak berpendapat sedemikian. Memang ada ruang untuk kajian dan analisis, tetapi tujuan utama Tuhan memberikan kita Firman-Nya adalah lebih dalam lagi. Setiap pelajar kepada Firman ini harus bertanya, "Adakah pembelajaran saya terhadap Alkitab menghasilkan perubahan yang nyata di dalam pemikiran dan cara hidup saya?" Secara semulajadi, saya seorang yang bersifat analitikal. Saya gemar menggali ke dalam Firman dan menyelidiki teks asal dengan lebih terperinci. Tidak ada yang salah dengan hal tersebut. Namun saya perlu mengingatkan diri saya bahawa Alkitab lebih dari sekadar kata-kata Tuhan, atau pembinaan tatabahasa oleh Tuhan atau tulisan Tuhan. Ia adalah hati Tuhan! Lebih dari semua perkara, Tuhan ma

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #11: 25 Disember?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Sekali lagi, penulis mengulang kesilapan yang telah dilakukan olehnya di awal buku ini, iaitu menuduhkan suatu kepercayaan yang tidak dipercayai oleh Kristian, dan kemudian menidakkan kepercayaan yang dituduh tersebut seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian. Saya percaya mana-mana orang Kristian yang tahu kepercayaan sebenar Kristian akan menggeleng-gelengkan kepala membaca tuduhan penulis yang berikut: " Gospel of Luke menunjukkan Jesus dilahirkan pada musim bunga. Beliau tidak dilahirkan pada musim sejuk ataupun pada 25 Disember. " (m/s 9) Penulis berusaha membuktikan bahawa Jesus tidak dilahirkan pada 25 Disember seolah-olah tarikh tersebut adalah tarikh sebenar kelahiran Jesus. Tuduhan penulis ini jelas menunjukkan kegagalannya dalam memahami kepercayaan sebenar Kristian tentang kelahiran Jesus.

Siri Apologetik - Dari Apologia ke Apologetik

Berdasarkan/terjemahan buku Faith Has Its Reasons , muka surat 18-21. Apologetik mungkin boleh dijelaskan secara mudah sebagai mempertahankan iman/kepercayaan Kristian. Namun, penjelasan yang kelihatan mudah ini sebenarnya menutupi kerumitan dalam memberikan definisi tepat untuk apologetik. Sebenarnya, wujud kepelbagaian pendekatan yang telah digunakan dalam usaha untuk memberikan maksud, skop, dan tujuan apologetik.

Siri Apologetik- Senarai penuh siri ini.

Siri ini akan memperkatakan tentang apologetik secara khusus. (Akan dikemaskini dari semasa ke semasa) 1. Dari Apologia ke Apologetik . 2. Apologetik dan istilah-istilah yang berkaitan 3. Fungsi-fungsi Apologetik 4. ... akan datang ...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #10: Tahun Jesus dilahirkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 7 hingga 8 buku ini, penulis cuba memberikan suatu gambaran seolah-olah wujud suatu permasalahan besar tentang tahun kelahiran Jesus. Penulis cuba menyatakan oleh kerana Bible/Alkitab tidak dapat menyatakan dengan tepat tahun berapa Jesus dilahirkan, maka ia bukan daripada Tuhan. Penulis menulis: " Oleh itu, tahun berapakah Jesus dilahirkan? Sekiranya Bible adalah kitab suci yang datang daripada Allah, mengapa persoalan perihal kelahiran Jesus berlaku perbezaan pendapat. " (m/s 8) Daripada kenyataan penulis tersebut, kita dapat membuat ringkasan argumen berikut: Kitab suci yang datang daripada Allah akan menyatakan tahun Jesus dilahirkan. Bible/Alkitab tidak menyatakan dengan jelas tahun bila Jesus dilahirkan. Maka, Bible/Alkitab bukan daripada Allah. Suatu kenyataan dan tuduhan yang sangat berani! Malangnya, keberanian tersebut dibuat tanpa memikirkan kesannya ke atas kepercayaan penulis sendiri.

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Josh McDowell

Ahmed Deedat : Di dalam seluruh 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru, tidak terdapat satu pun kenyataan Yesus yang berbunyi "Aku telah mati, dan aku telah kembali dari kematian." Orang-orang Kristian telah menghuraikan dengan panjang lebar perkataan kebangkitan. Lagi dan lagi, dengan mengulang-ulang, dikatakan bahawa ia membuktikan suatu fakta. Anda terus menerus melihat dia, dia makan makanan, seolah-olah Dia telah dibangkitkan. Dia muncul di bilik atas - Dia telah dibangkitkan. Yesus Kristus tidak pernah mengatakan bahawa "Aku telah kembali dari kematian," di dalam kesemua 27 buah kitab Perjanjian Baru, sekali pun tidak. Josh McDowell : Saya tidak pasti jika saya mendengarnya, tapi adakah anda mengatakan, "tidak ada di dalam semua 27 buah kitab Perjanjian Baru di mana Yesus berkata bahawa Dia telah 'mati dan kini hidup'"? Boleh saya bacakan untuk anda kitab Wahyu, bab 1, ayat 18? Dia berkata, "Akulah Dia yang hidup! Aku sudah

David R. Burfield: Tentang berkhutbah

Masa kini ramai pengkhutbah hidup dalam kesibukan dan sering kali masa untuk menyiapkan khutbah sangat terhad khasnya kalau jemputan berkhutbah lambat diterima. Penulis mengakui biasanya kalau masa terhad persiapan yang diabaikan adalah berdoa. Tanpa berdoa, yang tertinggal adalah 'kata-kata menurut kebijaksanaan manusia' sahaja. Tetapi, ini bukan kegagalan pengkhutbah sahaja. Ada kalanya, seorang tetamu melawat gereja pengkhutbah Baptis yang terkenal, C H Spurgeon. Spurgeon ditanya, "Apakah rahsia pelayanan berkhutbah anda yang begitu berhasil?" Sebelum kebaktian dia membawa tetamu itu ke dewan di bawah gedung gereja. Di sana tetamu memperhatikan beberapa ratus anggota jemaah sedang berdoa untuk menyokong kebaktian dan pelayanan berkhutbah. Pasti bahawa jemaah juga bertanggungjawab menjadikan pelayanan berkhutbah berkesan. Masa kini jemaah jarang diajar untuk mendoakan pelayanan berkhutbah. dipetik dari buku Berkhutbah Yang Hidup , m/s 7.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #9: Injil Apokripa?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis juga memperkatakan tentang " rekod-rekod Bible yang lain iaitu Gospel-gospel Apocrypha (yang tersembunyi) yang tidak sah ataupun tidak diakui oleh gereja " (m/s 6). Penulis cuba menggambarkan bahawa " gospel-gospel apocrypha " ini  sengaja  disembunyikan atau ditolak oleh gereja. Ini jelas apabila penulis mencadangkan bahawa " dengan mendalami gospel-gospel ini, kita mempunyai rujukan lain di luar gereja yang mengetahui peribadi Jesus yang lain dalam tulisan selain daripada empat Gospel Kanonik yang dikenali selama ini ". Melalui kenyataan tersebut, penulis cuba memberikan gambaran bahawa penulis-penulis * Gospel Apocrypha  ini mengenal atau pernah hidup bersama-sama dengan Jesus. ( * Istilah yang betul sebenarnya adalah 'Apocryphal Gospel', bukan 'Gospel Apocrypha'. Namun, saya akan mengekalkan istilah 'Gospel Apocrypha' kerana itu yang digunakan oleh penulis di dalam bukunya)

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #8: Biografi Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Di bawah tajuk "Menjejaki Biografi Jesus" (m/s 6), penulis mendakwa " Perjanjian Baru tidak menceritakan secara terperinci kronologi kehidupan Jesus ". Penulis juga dengan beraninya mengatakan " kita tidak akan menemui sejarah yang jelas berkaitan peribadi Jesus, terutamanya kisah Jesus ketika berusia bawah 30 tahun ". Mungkin penulis perlu menilai semula dakwaannya ini secara konsisten. Maksud konsisten di sini adalah menilai kitab Al-Quran menggunakan penilaian sama yang digunakannya untuk menilai Perjanjian Baru. Hakikatnya, Perjanjian Baru memberikan perincian yang jauh lebih banyak berbanding apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Terdapat empat kitab Injil yang memberikan perincian berikut: kelahiran-Nya, kehidupan-Nya, pengajaran-Nya, kematian-Nya, dan kebangkitan-Nya. Melalui Perjanjian Baru, kita tahu apa yang terjadi kepada Jesus. 

Bagaimana kita boleh menguji nubuat?

Sebagai seorang Kristian, mungkin anda pernah mendengar seorang peribadi yang telah bernubuat bahawa kononnya dunia akan kiamat pada suatu tarikh. Namun, apabila tarikh tersebut tiba, tiada apa-apa yang terjadi. Atau mungkin anda pernah mendengar seseorang bernubuat bahawa kononnya akan terjadi pertumpahan darah  akibat politik dan agama di sesebuah negara. Namun, dia memberikan suatu jaminan untuk dirinya (agar tidak dituduh berbohong jika nubuat tersebut tidak terjadi) dengan berkata ia tidak akan terjadi jika kita cukup berdoa. Maka, apabila nubuat tersebut tidak terjadi, kita beranggapan kita telah cukup berdoa. Apa reaksi kita setelah mendengarnya? Terus percaya atau terus menolaknya mentah-mentah?

Injil menurut Tomas/The Gospel of Thomas: Asli atau Palsu?

Post ini diterjemahkan/berdasarkan buku The Case for The Real Jesus , m/s 35-39. Berikut adalah temubual di antara Lee Strobel , seorang mantan wartawan jenayah dan editor sebuah akhbar, dan juga Craig A. Evans , seorang profesor Perjanjian Baru. - Untuk mengelakkan kekeliruan, kenyataan Lee Strobel berwarna biru gelap dan Craig A. Evans berwarna coklat gelap . ---------------------------------------------------------------------------------------------------    " Sejarah memelihara sekurang-kurangnya setengah dozen rujukan yang mengatakan wujud sebuah kitab Injil yang dikatakan ditulis oleh Tomas, " jawab Evan kepada soalan saya tentang dokumen kuno tersebut. " Dan juga, mereka sebenarnya tidak percaya kitab Injil tersebut benar-benar ditulis oleh Tomas sendiri atau sama ada ia asli atau awal. Tidak ada yang berkata, 'Alangkah baiknya kalau kita dapat menemui Injil Tomas yang telah hilang itu kerana ia sangat berharga'. Mereka sebaliknya berkata,

Sean McDowell: tentang tujuan kewujudan kita

Kita dicipta untuk menjalani kehidupan gembira yang memuaskan. Kita dicipta untuk mengetahui betapa baiknya jika kita diterima, diakui, dan dihargai, serta berkeupayaan untuk bebas mengasihi dan dikasihi. Kita dicipta untuk mengalami kepenuhan dan kepuasan yang tidak dapat diukur, kesenangan dan ketenangan di luar batas pemahaman kita, dan sukacita sempurna. Dan kehidupan bermakna seperti itu hanya datang melalui persekutuan dengan Tuhan dan dijadikan serupa gambaran-Nya (Roma 8:29). dipetik dan diterjemahkan dari buku  The Unshakable Truth , m/s 244.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #7: Bayi itu berkata-kata?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Untuk bahagian ini, penulis telah menghabiskan lima muka surat untuk mengulas tentang bagaimana Jesus telah berkata-kata ketika masih bayi lagi untuk mempertahankan ibu-Nya daripada tuduhan zina. Saya pada mulanya tertanya-tanya, mengapa penulis begitu beriya-iya memperkatakan hal ini? Apa signifikasinya terhadap Jesus? Penulis nampaknya cuba menunjukkan bahawa " Al-Quran dengan jelas menentang hebat fitnah perihal Maryam berzina, yang dilontarkan oleh kaum Yahudi Farisi dan Saduki " (m/s 3). Sedangkan Bible pula " hanya menceritakan kemarahan Jesus apabila beliau dituduh sebagai anak zina " (m/s 3) dan tidak berbuat apa-apa untuk menjelaskan dan menidakkan tuduhan tersebut. Dengan kata lain, penulis cuba memberikan gambaran bahawa Al-Quran lebih 'baik' terhadap Jesus kerana memberikan penjelasan kepada tuduhan 'anak zina' tersebut. Bible/Alkitab pula kurang baik kerana tidak memberikan penjelasa

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #6: Jesus bukan Anak Allah?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Penulis cuba menggunakan Matius 12:15-18 untuk menunjukkan Jesus hanyalah "hamba Allah". Penulis memberikan dakwaan berikut: "Islam juga menolak konsep Jesus sebagai Anak Allah, tetapi Jesus adalah rasul dan hamba Allah. Jesus sama seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Lalu kita tertanya-tanya, apakah ada pernyataan dalam Bible, yang Jesus itu hanyalah hamba Allah? Perhatikan ayat Bible berikut: "Ramai orang mengikut Jesus dan dia menyembuhkan penyakit mereka. Dia melarang keras mereka memberitahu siapa dia sebenarnya. Perkara ini dilakukan bagi memenuhi khabar yang disampaikan oleh Isaiah. "Lihatlah, itu hamba-Ku  yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa." (Matthew, 12:15-18)" Penulis kemudian memberikan ayat Al-Quran iaitu Surah An-Nisaak, ayat 172, dan juga Surah Maryam, ayat 30, sebagai

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #5: Memuja-muji Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Menurut penulis, tindakan memuja Jesus sebagai "anak Tuhan" adalah tindakan "berlebih-lebihan". Penulis memberikan dakwaan berikut pada muka surat xvii buku ini: "Sebab itu Jesus tidak mahu dipuja oleh umatnya. Perhatikan kata-kata Jesus berikut: "Ketika Jesus mahu meneruskan perjalanannya, datang seorang berlari-lari mendapatkannya. Orang itu melutut dan bertanya, 'Guru yang baik, apa yang harus aku lakukan supaya hidup selama-lamanya?' Jesus menjawab, 'Mengapa engkau kata aku baik? Tidak seorang pun yang baik selain daripada Tuhan semata-mata.' ( Mark,  10:17-18) Gospel of Mark (10:17-18) menjelaskan Jesus juga mengetahui yang baik itu hanya Allah. Jesus mengakui dia hanya seorang hamba ataupun suruhan Allah. Namun kenyataannya, penganut agama Kristian pada hari ini memuja Jesus sebagai tuhan dan menyamakan Jesus dengan Allah." Adakah dakwaan penulis ini benar?

Siri persoalan umum: Bagaimana Yesus boleh menjadi Tuhan jika Dia mengatakan hanya Tuhan yang baik?

Post ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Soalan: Bagaimana Yesus boleh menjadi Tuhan jika dia menafikan dirinya baik, dan berkata hanya Tuhan yang baik (Markus 10:18)? Jawapan: Konteks ayat tersebut adalah berikut: " Ketika Yesus meneruskan perjalanan-Nya, seorang lelaki berlari ke arah Yesus. Dia sujud di hadapan Yesus lalu bertanya, "Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?" " Mengapa kamu mengatakan Aku baik?" tanya Yesus. "Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. " " (Markus 10:17-18, TMV) Dengan memetik ayat tersebut tanpa mengambil kira konteks keseluruhannya, gambaran yang diberikan adalah Tuhan Yesus menafikan keTuhanan-Nya kerana Dia menafikan diri-Nya sebagai baik dalam erti kata Tuhan itu baik. Logik si penyoal adalah seperti berikut: Hanya Tuhan yang baik (sepenuhnya). Yesus tidak baik (sepenuhnya). Maka, Yesus bukan Tuhan. Pemilihan yang mengelirukan ini

Fakta segera - Soteriologi (Soteriology)

Soteriologi adalah penyelidikan tentang doktrin keselamatan. Istilah ini timbul dari perkataan Greek,  soterious , yang bermaksud keselamatan. Soteriologi memperkatakan tentang bagaimana kematian Kristus memberikan keselamatan kepada mereka yang percaya. Ia membantu kita memahami doktrin-doktrin lain seperti penebusan (redemption), pembenaran (justification), penyucian (sanctification), pendamaian (propitiation), dan penebusan pengganti (substitutionary atonement). Selain Kristologi, Soteriologi adalah bidang yang paling membezakan Kristianiti terhadap kumpulan bidaah dan agama lain di dalam dunia ini. Memahami Soteriologi Alkitabiah akan membantu kita mengetahui mengapa keselamatan hanya diperolehi melalui iman ( Efesus 2:8-9 ), iaitu hanya melalui iman kepada Yesus Kristus. Tidak ada kepercayaan lain yang mendasarkan keselamatan hanya melalui iman. Soteriologi membantu kita untuk melihat sebabnya. Pemahaman yang jelas tentang keselamatan akan memberikan kita damai sejahter

Paul E. Little: Tentang iman

Kita semua menggunakan iman setiap hari . Adalah agak mustahil untuk tidak menggunakan iman, walaupun kita mengenepikan iman yang bersifat keagamaan. Kita beriman terhadap doktor, beriman kepada kedai yang menjual barangan runcit, beriman kepada orang yang mengajak kita untuk bertemu janji. Kita juga beriman bahawa kereta api yang kita naiki akan sampai ke tempat kerja kita atau penghantar kiriman akan membawa cek gaji kita. Saintis mempunyai iman terhadap kaedah sains yang dipelajari daripada para saintis terdahulu, dengan anggapan mereka jujur dalam penyelidikan mereka. Maka, iman sebenarnya bermaksud percaya; kita perlu mengamalkan sekurang-kurangnya suatu tindakan iman agar kita dapat berinteraksi secara bermakna dengan dunia yang sebenar. dipetik dan diterjemahkan dari buku Know Why You Believe ,  m/s 16.

Siri Injil Barnabas: #6. Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Menilai Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas Tidak wujud sebarang salinan kitab Injil Barnabas di dalam penemuan gulungan-gulungan kitab Laut Mati. Kandungan gulungan-gulungan kitab Laut Mati ini telah lama dipaparkan secara umum dan anda sendiri boleh mengetahui gulungan kitab apa yang telah ditemui dengan pergi ke perpustakaan-perpustakaan utama dan membaca buku tentang hal tersebut. [1] Ketiadaan sebarang bahagian kitab Injil Barnabas di dalam gulungan-gulungan kitab ini adalah suatu pengetahuan umum. Ini adalah fakta penting yang perlu diketahui kerana ramai Muslim telah meletakkan gambar gulungan kitab Laut Mati di dalam kitab Injil Barnabas terbitan mereka. Ia adalah cubaan untuk memperdayakan orang lain sehingga mereka menyangka Injil Barnabas adalah sebuah penulisan kuno. Gambar yang ditunjukkan di sebelah kanan ini adalah con

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #4: Dua Tuhan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Doktrin Triniti ini diperkatakan dengan lebih lanjut oleh penulis pada bab 5 buku ini. Namun, penulis telah memberikan sedikit kritikan terhadap Triniti di muka surat xvi buku ini seperti berikut: " Namun, sekiranya kita kaji ayat-ayat Bible, jelas Jesus dan Tuhan Bapa sebenarnya adalah dua peribadi yang berlainan. Jesus bukan jelmaan Tuhan Bapa ataupun menjadi Anak Tuhan. Jesus tidak sama dengan Tuhan Bapa. Hal ini ditegaskan dalam Gospel of Mark (16:19) 'Selepas Jesus berbicara kepada mereka, dia diangkat ke syurga. Lalu, duduk di sebelah kanan Tuhan.' ( Mark , 16:19) Ayat ini bertentangan dengan fahaman tauhid yang menyatakan Tuhan itu tunggal atau esa. Sekiranya benar Jesus kembali ke syurga dan duduk di samping kanan Tuhan, siapa yang harus kita sembah antara dua tuhan itu? Bila pula Jesus bersatu dengan Tuhan Bapa? Sekiranya kita baca ayat dalam Gospel of Mark (16:19), Jesus wujud dan tidak pernah bersatu dengan