Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

10 Fakta Utama tentang kepercayaan Mormon

Artikel asal boleh dibaca di sini . Berikut adalah 10 kepercayaan utama Mormon. Perlu ditekankan, Mormon adalah sebuah kepercayaan bidaah yang sangat bercanggah dengan kepercayaan sebenar Kristian. Oleh Jill Martin Rische 1. Penganut Mormon boleh menjadi tuhan lelaki dan tuhan wanita. 2. Tuhan wanita akan menghabiskan masa selama-lamanya tunduk kepada suami-tuhan mereka. 3. Penganut Mormon wanita akan melahirkan bayi-bayi-rohani "selama-lamanya". 4. Penganut Mormon lelaki boleh mempunyai ramai isteri di syurga—poligami selama-lamanya. 5. Bapa Surgawi  adalah manusia yang telah ditinggikan dan tinggal bersama-sama dengan isterinya yang juga adalah tuhan, iaitu Ibu Surgawi , di sebuah planet berhampiran bintang besar bernama Kolob. 6. Kaum American-Indian adalah keturunan bangsa Lamanites yang jahat, yang mana suatu ketika dahulu adalah bangsa Isreal yang dikutuk oleh Tuhan dengan menjadikan kulit mereka berwarna gelap. 7. Allah Bapa telah...

Siri Krismas: Apakah erti sebenar Krismas?

Tulisan ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Erti sebenar Krismas adalah kasih. Yohanes 3:16-17 menyatakan, " Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. " Erti sebenar Krismas adalah merayakan tindakan kasih yang sangat luar biasa ini. Kisah Krismas yang sebenar adalah kisah di mana Tuhan datang menjadi manusia iaitu Peribadi Yesus Kristus. Mengapa Tuhan melakukan hal tersebut? Kerana Dia mengasihi kita! Mengapa Krismas diperlukan? Kerana kita memerlukan Juruselamat! Mengapa Tuhan sangat mengasihi kita? Kerana Dia adalah Kasih itu sendiri ( 1 Yoh 4:8 ). Mengapa kita merayakan Krismas setiap tahun? Kerana kesyukuran kita terhadap apa yang telah Tuhan lakukan untuk kita. Kita memperingati kelahiran-Nya dengan memberikan ha...

Siri Krismas: Adakah Kristian perlu merayakan Krismas?

Tulisan ini berdasarkan/terjemahan  artikel ini . Soalan: Adakah Kristian perlu merayakan Krismas? Jawapan: Perdebatan sama ada Kristian perlu atau tidak perlu merayakan Krismas telah berterusan berabad-abad lamanya. Terdapat ramai Kristian yang komited di kedua-dua belah pihak yang berbeza pendapat, mempertahankan posisi masing-masing dengan pelbagai sebab tentang sama ada Kristian perlu atau tidak perlu merayakan Krismas. Namun, apa kata Alkitab dalam hal ini? Adakah Alkitab memberikan arahan jelas sama ada Krismas adalah adalah perayaan yang perlu dirayakan oleh orang Kristian?

Fakta segera - Triniti/Tritunggal

Perkataan "Triniti" tidak ada di dalam Alkitab. Namun, ia adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan fakta pengajaran Alkitab tentang Tuhan: Tuhan kita adalah bersifat Triniti. Ia bermaksud terdapat tiga Peribadi di dalam keesaan Tuhan, bukan tiga Tuhan. Peribadi-peribadi ini adalah Bapa, Anak, dan Roh Kudus dan sentiasa wujud sebagai tiga Peribadi yang berbeza. Peribadi Bapa bukanlah Peribadi Anak, Peribadi Anak bukanlah Peribadi Roh Kudus, Peribadi Roh Kudus bukanlah Peribada Bapa. Jika kita mengeluarkan salah satu, maka Tuhan tidak akan ada. Tuhan sentiasa bersifat Triniti selama-lamanya: "dari selama-lamanya sampai selama-lamanya Engkaulah Allah." ( Mzm 90:2 ) Tuhan bukanlah satu Peribadi yang mengambil tiga bentuk kewujudan, contohnya, Bapa menjadi Anak yang kemudian menjadi Roh Kudus. Hari ini, fahaman sedemikian dikenali sebagai "Pergerakkan Hanya Yesus Sahaja" (juga dikenali sebagai Oneness Pentecostalism ). Fahaman ini diajar oleh Kesa...

Fakta segera - Ibadah Penyembahan

Ibadah penyembahan adalah kewajiban semua ciptaan Tuhan untuk memberikan-Nya segala hormat, pujian, sanjungan, dan kemuliaan kerana Dia adalah Tuhan Pencipta yang Kudus. Penyembahan hanya diberikan kepada Tuhan sahaja ( Kel 20:3; Mat 4:10 ). Yesus, yang mana adalah Tuhan yang menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; Kol 2:9 ) juga disembah ( Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6 ). ( Sumber ) Rujukan Tambahan - Ibadat

Fakta segera - Antikristus

Antikristus adalah seseorang yang menentang Tuhan. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan roh yang memberontak terhadap Tuhan, "..roh antikristus.." ( 1 Yoh 4:3 ) dan seseorang yang akan muncul pada masa akan datang dan dikenali sebagai manusia durhaka ( 2 Tes 2:3 ). Dia akan menentang Kristus ( 2 Tes 2:4 ). Digambarkan sebagai "binatang" dan akan muncul sebelum kedatangan kedua Kristus untuk berperang melawan Kristus dan umat-Nya ( Wahyu 13:4-8 ). Namun, dia akan dikalahkan oleh Kristus dan dibuang ke dalam 'lautan api' ( Wahyu 19:20; 20:10 ). ( sumber ) Rujukan tambahan: Quick Notes Bible Dictionary - Antikristus - Anti Kristus

Fakta segera - Injil

Injil adalah berita baik bahawa kita memperolehi pengampunan dosa melalui Yesus. Lebih spesifik, Injil dijelaskan oleh Rasul Paulus di dalam 1 Korintus 15:1-4, " 1 Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu.  2 Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia.  3 Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.  4 Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. " ( terjemahan Alkitab B.M ) Injil datang daripada Tuhan ( Gal 1:10-12 ), Injil adalah kuasa penyelamatan Tuhan...

Fakta segera - Kanon

'Kanon' adalah istilah lain untuk merujuk kepada kitab-kitab Kristian. Kanon mengandungi 39 buah kitab Perjanjian Lama dan 27 buah kitab Perjanjian Baru, menjadikan 66 buah kitab di dalam Alkitab Protestan.  Semasa persidangan Trent, gereja Katolik Roma telah menambah kitab-kitab Apokripa ke dalam kanon Alkitab mereka, menjadikan jumlah kitab di dalam Alkitab Katolik Roma sebanyak 73 buah. Kanon telah ditutup, bererti tidak ada lagi wahyu yang menjadi sebahagian daripada Alkitab. ( sumber ) Rujukan tambahan - Kanon - Apa itu kanon Alkitab?

Fakta segera - Roh Kudus

Roh Kudus adalah Peribadi ketiga di dalam Triniti. Dia adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Tuhan ( Kis 5:3-4 ), mempunyai kehendak ( 1 Kor 12:11 ), boleh berbicara ( Kis 8:29; 13:2 ), dan mengetahui segala perkara ( Yoh 14:17 ). Dia bukan suatu "kuasa aktif" seperti yang diajarkan oleh Saksi Yehovah. Roh Kudus hidup dan adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Roh Tuhan ( Kej 1:2 ), Roh Kudus ( Mzm 51:11 ), Penolong ( Yoh 14:16, 26 ), dan Roh Kekal ( Ibr 9:14 ). Dia tahu segala perkara ( 1 Kor 2:10-11 ), Mahakuasa ( Lukas 1:35 ), dan ada di mana-mana ( Mzm 139:7-13 ). ( sumber ) Bacaan lanjut: - Roh Kudus - Roh Kudus adalah Tuhan - Roh Kudus adalah Peribadi - Roh Kudus yang mendiami - Pertanyaan-pertanyaan tentang Roh Kudus

Fakta segera - Anak Allah

Frasa "Anak Allah" adalah gelaran ke atas Yesus. Ia menunjukkan keTuhanan-Nya ( Yoh 5:18 ) kerana gelaran ini setara dengan Tuhan. Di dalam Perjanjian Lama, gelaran ini diberikan secara kiasan kepada Bangsa Israel ( Kel 4:22 ). Di dalam Perjanjian Baru, ia digunakan ke atas Kristus ( Lukas 1:35 ).  Gelaran ini mempunyai banyak aspek, contohnya: gelaran ini menunjukkan Dia perlu dihormati setara dengan Bapa ( Yoh 5:22-23 ). Di mana Dia perlu disembah ( Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6 ); dipanggil sebagai Tuhan ( Yoh 20:28; Kol 2:9; Ibr 1:8 ); dan berdoa kepada-Nya ( Kis 7:55-60; 1 Kor 1:1-2 ). ( Sumber )

Fakta segera - Allah Bapa

Di dalam doktrin Kristian tentang Triniti, terdapat Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Bapa dipanggil sebagai Peribadi pertama di dalam Triniti. Bapa yang telah mengutus Anak ( Yoh 4:34 ), yang memberikan orang yang dipilih kepada Anak ( Yoh 6:37 ), yang menarik orang kepada Anak ( Yoh 6:44 ), dan yang tidak dapat dilihat ( Yoh 6:46; 1 Tim 6:16 ). Kita dibaptis dalam konsep Triniti, dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus ( Mat 28:19 ). Bapa dikatakan ada di syurga ( Markus 11:25 ). Doa ditujukan kepada Bapa ( Lukas 10:21; Yoh 17:1-12 ). ( sumber )

Fakta segera - Kristian

Perkataan Kristian berasal dari perkataan Greek, christianos  yang mana terbit dari perkataan christos  atau Kristus, yang bermaksud "dia yang diurapi". Maka, Kristian adalah seorang yang menjadi pengikut Kristus. Kali pertama perkataan "Kristian" digunakan di dalam Alkitab adalah pada Kisah Para Rasul 11:26, " Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut-pengikut Yesus disebut orang Kristian. " Perkataan ini kemudian ditemui hanya dua kali lagi di dalam Alkitab iaitu di dalam Kisah Para Rasul 26:28 dan 1 Petrus 4:16 . Namun, adalah penting untuk diketahui, hanya Kristus yang sebenar menjadikan seseorang itu Kristian, bukan versi Mormon (yang mengatakan Yesus adalah saudara kepada si iblis), atau versi Saksi Yehovah (yang mengatakan Yesus adalah ketua malaikat bernama Mikhail), juga bukan versi New Age  (yang mengatakan Yesus adalah manusia yang menjadi sebati dengan kesedaran ilahi Kristus), dll. Kristus yang sebenar adalah Tuhan yang menjadi ...

Fakta segera - Inkarnasi

Inkarnasi bererti menjadi manusia. Inkarnasi Yesus adalah apabila sifat kemanusiaan (Yesus dalam keadaan manusia) ditambahkan ke dalam sifat Tuhan iaitu Peribadi kedua Triniti. Ia adalah ketika Tuhan menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; Flp 2:5-8 ). Ia adalah tindakan sukarela Yesus untuk merendahkan diri-Nya supaya Dia boleh mati untuk menebus kita dari dosa kita ( 1 Ptr 3:18 ). Maka, Yesus mempunyai dua sifat: Ilahi dan manusiawi. Hal ini dinamakan sebagai Kesatuan Hipostatik. Doktrin tersebut adalah sangat penting bagi Kristian. Melaluinya, kita dapat memahami sifat sebenar Tuhan, penebusan, pengampunan, kasih karunia, dll. Hanya Tuhan yang dapat membayar harga dosa. Oleh itu, Tuhan menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14 ) untuk mati bagi dosa-dosa kita ( 1 Ptr 2:24 ) yang dipanggil sebagai penebusan. Melalui Yesus, dosa-dosa kita diampunkan. Memandangkan kita diselamatkan melalui kasih karunia dengan iman ( Ef 2:8-9 ), maka adalah penting untuk objek iman kita tepat. Doktrin inkarnasi memb...

Fakta segera - Kesatuan Hipostatik

Ini adalah penyatuan kepada dua sifat (keTuhanan dan kemanusiaan) di dalam diri Yesus. Yesus adalah Tuhan yang menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; 10:30-38; 20:28; Flp 2:5-8; Ibr 1:8 ). Dia sepenuhnya Tuhan dan sepenuhnya manusia ( Kol 2:9 ); maka, Dia mempunyai dua sifat : Tuhan dan manusia. Dia bukanlah separuh Tuhan, separuh manusia. Dia 100% Tuhan dan 100% manusia. Dia tidak pernah kehilangan keTuhanan-Nya. Dia kekal wujud sebagai Tuhan ketika Dia menjadi manusia dan menambahkan sifat kemanusiaan kepada diri-Nya ( Flp 2:5-11 ). Maka, terdapat "suatu kesatuan di antara kemanusiaan sepenuhnya dan keTuhanan sepenuhnya di dalam satu peribadi". Di syurga sekarang ini, ada Yesus, dengan tubuh, yang menjadi Pengantara di antara kita dan Allah Bapa ( 1 Tim 2:5 ). (Untuk maklumat berkaitan dengan Yesus dan kedua-dua sifatNya, lihat inkarnasi , dan salah faham tentang sifat-Nya yang dinamakan sebagai Eutychianism, Monophycitism, dan Nestorianism.) Yesus sebagai Tuhan Yesus ...

Fakta segera - Apokripa

Perkataan Apokripa bermaksud tersembunyi . Istilah ini digunakan secara umum untuk merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh orang Yahudi sekitar tahun 300 hingga tahun 100 sebelum masihi. Lebih spesifik, istilah ini digunakan untuk merujuk 7 kitab tambahan yang diterima oleh gereja Katolik sebagai diilhamkan oleh Tuhan. Senarai keseluruhan kitab-kitab apokripa ini adalah berikut: 1 Ezra, 2 Ezra, Tobit, Yudit, tambahan kitab Ester, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh (juga dinamakan Eklesiastikus), Barukh, tambahan Surat Yeremia, Nyanyian Tiga Anak Suci, Susana, Patung Dewa Baal dan Naga, tambahan kitab Daniel, Doa Manasye, dan 1 & 2 Makabe. Kitab yang diterima dan dianggap sebagai diilhamkan Tuhan dan dimasukkan ke dalam Alkitab Katolik adalah Tobit, Yudit, 1 dan 2 Makabe, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh, dan Barukh. Pihak Yahudi tidak pernah menerima kitab-kitab ini sebagai diilhamkan Tuhan. Tidak ada sebarang catatan rekod di mana Yesus atau para Rasul memetik ayat dari ...

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 3

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Jika Perjanjian Lama ada mengajar tentang kesatuan di dalam Tuhan, mengapa orang-orang Yahudi yang telah menyelidiki tentang semua ini tidak pernah sampai kepada kesimpulan bahawa Tuhan adalah Triniti? Kristian Menjawab:

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab - 2

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Perjanjian Baru bercanggah dengan Perjanjian Lama, memandangkan di dalam Perjanjian Lama tidak ada disebut tentang Peribadi Tuhan yang lebih dari satu. Kristian Menjawab:

Dialog bertulis Kristian-Muslim: Triniti

Ini merupakan post khusus untuk sebuah dialog di antara saya (Tiwas) dan juga  Srsaza . untuk memperkatakan topik berikut: Topik yang akan diperkatakan adalah:  Triniti . - Srsaza  Anda yang berminat akan mempertahankan posisi: " Konsep Triniti tiada di dalam Alkitab ". - Saya akan mempertahankan posisi: " Konsep Triniti ada di dalam Alkitab ". Perhatian! - Ruangan komen hanya terbuka untuk saya dan  Srsaza . - Jika ada orang lain selain saya atau  Srsaza  mencelah dan memberikan komen di dalam post ini, saya akan memadam komen tersebut walaupun komen yang diberikan mungkin bernas dan panjang. - Maka, saya memohon kerjasama anda (pembaca) dalam hal ini. - Setelah sesi dialog ini selesai, saya akan memaparkan semula hujah-hujah yang diberikan di dalam sebuah post baru. - Di dalam post baru ini, barulah ruangan komen dibuka untuk semua. Format Dialog ini adalah seperti berikut: 1. Hujah Pembukaan. - Saya dan  Srsaza ...

Sifat Tuhan: Argumen Muslim, Kristian Menjawab -1

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Argumen Muslim: Kristian percaya bahawa Tuhan adalah Triniti. Namun, kita tidak menemui Triniti diajarkan di dalam Alkitab. Kesaksian jelas Alkitabiah adalah Tuhan itu Esa, bukan lebih dari satu (contoh: Ulangan 4:35, 39; 6:4; Mazmur 86:10; Yesaya 43:10; 44:6, 8; 45:5-6, 18, 21-22; 46:9). Kristian Menjawab:

Paul Copan: tentang bagaimana membezakan pengalaman keagamaan yang benar dan palsu

Paul Copan Poin-poin berikut boleh dijadikan sebagai rujukan. Pengalaman yang benar-benar daripada Tuhan tidak akan menjadi dasar kepada suatu perbuatan yang tidak bermoral atau gaya hidup yang merosakkan diri sendiri : Guru dari India, Bhagwan Shree Rajneesh mendakwa bahawa hubungan seksual yang diizinkan membawa pencerahan rohani. Tidak, hal itu bukan daripada Tuhan, yang mana adalah baik dan layak untuk disembah. Kesan jangka panjang pengalaman yang dialami adalah baik untuk peribadi yang mengalaminya . Pengalaman keagamaan yang benar, walaupun pada mulanya menyusahkan, tidak sepatutnya membawa kepada ketidakstabilan atau gangguan mental, tetapi kesempurnaan yang lebih baik . Kesan yang timbul adalah baik untuk orang lain . Adakah pengalaman (keagamaan) seseorang itu membentuk suatu roh yang penuh kasih dan sedia berkorban--atau mementingkan diri sendiri dan sikap suka menyendiri? Jika pengalaman "keagamaan" tersebut bersifat tidak konsisten atau menyangka...

Apakah itu Keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang Keselamatan?

sumber Post ini berdasarkan/terjemahan artikel ini   dari laman web Got Questions . Keselamatan adalah kelepasan daripada bahaya atau penderitaan. Menyelamatkan adalah membebaskan atau melindungi. Perkataan ini membawa pemahaman tentang kemenangan, kesihatan, atau pemeliharaan. Kadang-kala, Alkitab menggunakan perkataan diselamatkan atau keselamatan  untuk merujuk kepada keselamatan yang berifat fizikal dan sementara, seperti ketika Paulus dilepaskan dari penjara ( Filipi 1:19 ).

36 Tujuan Tuhan Dalam Penderitaan Kita

Artikel ini berdasarkan/terjemahan tulisan ini dan ini . Apabila kesusahan, pencubaan, dan penderitaan terjadi di dalam kehidupan kita, selalunya soalan pertama yang akan kita tanya adalah, "Mengapa?" Mengapa Tuhan membenarkan hal ini terjadi? Mengapa Tuhan membenarkan penderitaan terjadi? Mungkin terdapat sebarang tujuan dalam penderitaan ini? Joni Eareckson Tada telah mengalami sendiri kesusahan hidup dan mengongsikan pengalaman dan renungannya tentang penderitaan di dalam buku-buku tulisannya. Berikut adalah lampiran dari bukunya, When God Weeps: Why Our Sufferings Matter to the Almighty .

Mark Mittelberg: tentang peranan Roh Kudus semasa kita berkongsi tentang iman kita

Ketika kita berada di dalam pengembaraan luar biasa iaitu mengongsikan iman kita dengan orang lain, Roh Kudus merupakan pembimbing kita yang tidak kelihatan. Dia menarik minat orang, menghangatkan hati mereka, memberikan penjelasan kepada minda mereka, membuka mata mereka, dan kadang-kala menyemai imaginasi mereka dengan mimpi-mimpi dan idea-idea yang bersifat menyelamatkan--dan kemudian Dia membuka peluang-peluang dan memimpin kita untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Itulah sebabnya kita dapat berdoa, bersedia, dan melangkah dengan berani. Kita sebenarnya menyertai Tuhan di dalam perusahaan-Nya untuk mencapai orang-orang dunia ini untuk mengenal siapakah Dia yang sebenarnya, " sabar...tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa. " (2 Petrus 3:9)* Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure , m/s 230. * Ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia.

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 2

Baru-baru ini saya telah berinteraksi dengan seorang Muslim di ruangan komen post ini . Berikut saya paparkan semula dialog kami. Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam dialog tersebut. Tiwas (Kristian), tandzul khanzul (Muslim)

Siri persoalan umum: Memandangkan Yesus mempunyai Tuhan, bagaimana Dia sendiri boleh menjadi Tuhan?

Artikel ini adalah berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini . Soalan: Menurut Ibrani 1:8-9, Yesus sebagai Tuhan mempunyai Tuhan di atas-Nya. Ada Kristian mengatakan bahawa Ibrani 1:8-9 merujuk kepada kemanusiaan Yesus, di mana semasa menjadi manusia, Dia mempunyai Tuhan di atas-Nya. Masalah kepada penjelasan ini adalah ia membuatkan Yesus dianggap sebagai Tuhan ketika Dia dalam keadaan manusia, yang mana bererti kemanusiaan-Nya diangkat menjadi Tuhan. Bagaimana Kristian dapat mengatasi masalah-masalah ini? Jawapan:

Siri persoalan umum: Yesus berkata Bapa lebih besar daripada diri-Nya, membuktikan Dia bukan Tuhan

Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini . Soalan: Yesus berkata Bapa lebih besar daripada diri-Nya, membuktikan bahawa Dia bukan Tuhan. Tidak ada yang lebih besar daripada Tuhan. Jawapan:

Lee Strobel: tentang menjawab persoalan

Apabila seseorang menimbulkan bantahan terhadap Kristianiti yang tidak mampu anda berikan jawapan, respon terbaik bukanlah bercakap dengan tergagap-gagap atau merajuk, menjadi bingung atau marah, atau mereka-reka penjelasan hanya kerana mahu mengatakan sesuatu. Beritahu peribadi tersebut dengan jujur bahawa anda sebenarnya tidak tahu, dan kemudian jemput dia untuk mencari jawapan bersama-sama dengan anda. Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure , m/s 28.

Siri persoalan umum: Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Tuhan boleh mati?

Artikel ini berdasarkan/terjemahan kepada artikel ini . Soalan: Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Tuhan boleh mati? Siapa yang menguruskan alam semesta ini ketika Yesus mati selama tiga hari? Jawapan:

Terjemahan: "Di mana Yesus telah mengatakan 'Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku'?" dan "Siapa yang mengubah Kitab Injil?"

Kristian seringkali diajukan dengan persoalan berikut: "Di mana Yesus telah mengakui keTuhanan-Nya di dalam Alkitab?" atau "Kitab Injil telah diubah!" Berikut merupakan artikel yang menjawab kedua-dua persoalan tersebut yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Artikel asal kepada kedua-dua terjemahan ini boleh dibaca di sini ( Where did Jesus say, 'I am God, Worship Me'? ) dan di sini ( Who Corrupted the Gospel? ) Terjemahan Bahasa Malaysia kedua-dua artikel ini boleh dibaca di sini ( Di mana Yesus telah mengatakan, "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku"? ) dan di sini ( Siapa yang mengubah Kitab Injil? ) Berikut adalah petikan ringkas kedua-dua terjemahan artikel tersebut; " Ramai orang Muslim di seluruh dunia telah dilatih untuk bertanya kepada orang-orang Kristian, “Di mana Yesus telah mengatakan, ‘Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku’  dan ungkapan tersebut wajib seperti itu ?” Namun, jika Muslim mengatakan Yesus hanya boleh mendakw...

Paul Washer: tentang Pujian & Penyembahan

"Pujian penyembahan sepatutnya bersifat mengajar. Ia sepatutnya adalah suatu alat untuk mengajar...Di dalam Kolose 3:16, dikatakan ' Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. ' Ini menunjukkan penyembahan timbul daripada seseorang yang dipenuhi dengan Firman Tuhan. ' Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. ' Maka, tujuan menyanyikan pujian di dalam gereja, yang pertama dan utama adalah memuliakan Tuhan, dan kedua adalah mengajar. Iaitu mengajar mereka yang menyanyi, untuk menguatkan mereka, menegur mereka, dan saya percaya juga boleh menjadi suatu alat kesaksian untuk mereka yang belum percaya. Namun, bagi saya ada satu masalah di dalam muzik (penyembahan) moden hari ini. Bukan kesemuanya, tetapi kebanyakan darinya. Mereka tidak mengikut prinsip ini (Alkitab), ia lebih kepada perasaan. Saya akan bersikap jujur dengan anda, dan jika anda berasa...

15 mitos tentang terjemahan Alkitab

Artikel ini adalah terjemahan tulisan Daniel B. Wallace . Artikel asal boleh dibaca di sini . 1. Mungkin, mitos nombor satu tentang terjemahan Alkitab adalah kononnya terjemahan perkataan demi perkataan adalah yang terbaik . Jerome memberikan hujah menentang pendapat ini, dengan menyatakan bahawa terjemahannya terhadap Vulgate bukanlah perkataan-demi-perkataan tetapi maksud-demi-maksud. Begitulah yang sepatutnya. Sesiapa yang boleh bertutur lebih dari satu bahasa akan tahu bahawa terjemahan perkataan-demi-perkataan adalah mustahil jika seseorang mahu berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa lain. Akan tetapi, ironiknya sebilangan sarjana Alkitab yang mana sepatutnya lebih tahu tentang hal ini, kekal mengagung-agungkan terjemahan perkataan-demi-perkataan seolah-olah ia adalah yang terbaik. Mungkin, terjemahan Alkitab Bahasa Inggeris yang paling banyak menggunakan kaedah terjemahan perkataan-demi-perkataan ini adalah oleh Wycliffe, dibuat pada tahun 1380-an. Walaupun...

Panggilan Untuk Menilai sesi 1 - Doktrin Merbahaya (Bahagian 1)

Ini merupakan sebuah siri video yang memperkatakan tentang 'Word of Faith' yang mana sangat mempengaruhi gereja masa kini. Disampaikan oleh Justin Peters . Bahagian pertama ini memperkatakan serba sedikit tentang asal-usul fahaman 'word of faith' ini yang mana sebenarnya bersifat 'cult' atau bidaah dan sangat bercanggah dengan ajaran Alkitab yang sebenar. Bahagian seterusnya akan dimuat naik pada masa akan datang. Jika anda fasih berbahasa Inggeris, anda boleh terus menonton keseluruhan siri video ini di sini (Sesi 1) , sini (Sesi 2) , dan di sini (Sesi 3) .

Kisah Para Rasul 19:24

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Di kota itu ada seorang tukang perak bernama Demetrius, yang biasa membuat model kuil Dewi Artemis. Usahanya mendatangkan penghasilan yang besar bagi pekerja-pekerjanya. " (Kis 19:24) Terdapat cukup banyak penulisan Greek (daripada teater kuno, sejarah, biografi, dll.) yang menyebut tentang Artemis--juga dikenali sebagai dewi Greek, Diana. Mari kita lihat dua contoh berikut: " Pada mulanya orang-orang dari Efesus. Mereka mengatakan bahawa Diana dan Apollo tidak dilahirkan di Delos, sama seperti kepercayaan karut tersebut. " (Tacitus, Annals 3.61) " Chersiphron adalah arkitek pertama di dalam pembinaan kuil Diana; seorang selepas dia kemudian memperbesarkannya, namun apabila Herostratus membakarnya, rakyat tersebut membina sebuah lagi yang lebih indah.Untuk tujuan itu mereka mengumpulkan barangan perhiasan wanita, ...

Kisah Para Rasul 19:13

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini . " Beberapa orang Yahudi yang pergi ke serata tempat dan mengusir roh jahat, cuba menggunakan nama Tuhan Yesus untuk mengusir roh jahat. Mereka berkata kepada roh-roh jahat, "Aku mengusir kamu demi nama Yesus yang diberitakan oleh Paulus." " (Kis 19:13) Pengembara Yahudi yang menjadi penghalau roh jahat dan ahli magik/pelaku mukjizat adalah perkara yang biasa di tanah Israel abad pertama. Contohnya, Jospehus memberitahu kita tentang seorang lelaki yang ditemuinya sendiri: " ...saya sendiri pernah melihat seorang lelaki di negeri asal saya, yang bernama Eleazer, membebaskan orang-orang yang dikuasai roh jahat di hadapan Vespasain dan anak-anak lelakinya, serta dihadapan kapten-kapten dan seluruh pasukan tenteranya. " (Jospehus, Ant. 8.2.5) Satu lagi contoh, Honi, disebut oleh Jospehus dan Mishnah Yahudi: ...