Langkau ke kandungan utama

Dave Brunn: Tentang Alkitab

Alkitab adalah Firman Tuhan! Namun kadang-kala, kita boleh melihatnya sebagai kata-kata Tuhan atau juga pembentukan tatabahasa daripada Tuhan. Mengapa Tuhan memberikan kita Firman-Nya? Adakah supaya kita boleh mengkaji dan menganalisa linguistiknya yang kompleks? Saya tidak berpendapat sedemikian. Memang ada ruang untuk kajian dan analisis, tetapi tujuan utama Tuhan memberikan kita Firman-Nya adalah lebih dalam lagi. Setiap pelajar kepada Firman ini harus bertanya, "Adakah pembelajaran saya terhadap Alkitab menghasilkan perubahan yang nyata di dalam pemikiran dan cara hidup saya?"

Secara semulajadi, saya seorang yang bersifat analitikal. Saya gemar menggali ke dalam Firman dan menyelidiki teks asal dengan lebih terperinci. Tidak ada yang salah dengan hal tersebut. Namun saya perlu mengingatkan diri saya bahawa Alkitab lebih dari sekadar kata-kata Tuhan, atau pembinaan tatabahasa oleh Tuhan atau tulisan Tuhan. Ia adalah hati Tuhan!

Lebih dari semua perkara, Tuhan mahu kita mengenal-Nya. Dia mahu kita mengenal siapa Dia dan apa yang telah Dia lakukan untuk kita. Dia mahu kita menggali lebih dalam dan menemui harta yang tidak akan habis iaitu hati-Nya terhadap anda dan saya. Apabila kita memegang Alkitab di dalam tangan kita, apabila kita membukanya di hadapan mata kita, kita perlu ingat bahawa kita bukan sekadar membaca sebuah kitab atau mempelajari sebuah teks. Kita sebenarnya sedang melihat ke dalam hati Tuhan.

Dipetik dan diterjemahkan dari buku One Bible, Many Versions, m/s 186.

Ulasan