Senarai lengkap siri post ini di sini.
Menurut penulis, tindakan memuja Jesus sebagai "anak Tuhan" adalah tindakan "berlebih-lebihan". Penulis memberikan dakwaan berikut pada muka surat xvii buku ini:
"Sebab itu Jesus tidak mahu dipuja oleh umatnya. Perhatikan kata-kata Jesus berikut:"Ketika Jesus mahu meneruskan perjalanannya, datang seorang berlari-lari mendapatkannya. Orang itu melutut dan bertanya, 'Guru yang baik, apa yang harus aku lakukan supaya hidup selama-lamanya?' Jesus menjawab, 'Mengapa engkau kata aku baik? Tidak seorang pun yang baik selain daripada Tuhan semata-mata.' (Mark, 10:17-18)Gospel of Mark (10:17-18) menjelaskan Jesus juga mengetahui yang baik itu hanya Allah. Jesus mengakui dia hanya seorang hamba ataupun suruhan Allah. Namun kenyataannya, penganut agama Kristian pada hari ini memuja Jesus sebagai tuhan dan menyamakan Jesus dengan Allah."
Adakah dakwaan penulis ini benar?
Untuk menjawab dakwaan penulis tentang Markus 10:18, saya berikan post berikut sebagai jawapan, "Siri persoalan umum: Bagaimana Yesus boleh menjadi Tuhan jika Dia mengatakan hanya Tuhan yang baik?".
Tentang memuja Jesus sebagai Tuhan, saya berikan beberapa petikan ayat Alkitab berikut:
"Setelah orang ramai pergi, Yesus naik ke bukit seorang diri lalu berdoa. Pada petang harinya Yesus masih sendirian di situ. Tetapi pada masa itu perahu yang dinaiki oleh pengikut Yesus sudah jauh di tengah-tengah tasik, dan diumbang-ambingkan ombak kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Apabila pengikut-pengikut-Nya nampak Dia berjalan di atas air, mereka berasa gerun. "Hantu!" jerit mereka dengan ketakutan. Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, "Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!" Lalu Petrus berkata, "Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar Yesus, suruhlah aku datang berjalan di atas air." "Marilah," jawab Yesus. Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju kepada Yesus. Tetapi apabila Petrus nampak betapa kencangnya angin bertiup, dia takut dan mula tenggelam. Lalu Petrus berseru, "Ya Tuhan, selamatkanlah aku!" Dengan segera Yesus menghulurkan tangan lalu memegang dia. Yesus berkata, "Mengapa engkau kurang percaya kepada-Ku? Mengapa engkau meragui Aku?" Lalu kedua-dua mereka menaiki perahu dan angin pun teduh. Kemudian pengikut Yesus yang di perahu sujud menyembah Yesus sambil berkata, "Sesungguhnya Engkau Anak Allah!"" (Matius 14:23-33, TMV)
"Tiba-tiba Yesus datang menemui wanita-wanita itu dan berkata, "Sejahteralah kamu." Mereka menghampiri Dia, memegang kaki-Nya, dan menyembah Dia. "Janganlah takut," kata Yesus kepada mereka, "pergilah beritahu saudara-saudara-Ku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan melihat Aku."" (Matius 28:9-10, TMV)
"Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur. Orang itu dirasuk roh jahat dan tinggal di kawasan perkuburan. Tiada seorang pun dapat mengikat dia lagi, walaupun dengan rantai. Banyak kali kaki dan tangannya dirantai, tetapi dia sentiasa memutuskan rantai itu dan mematahkan belenggu besi pada kakinya. Dia begitu kuat sehingga tiada seorang pun dapat menahaninya. Siang malam dia berkeliaran di kuburan dan di bukit, sambil berteriak-teriak dan melukai tubuhnya dengan batu. Dia masih jauh tatkala dia nampak Yesus. Segera dia lari mendekati Yesus lalu sujud di hadapan-Nya. Dengan suara keras dia berseru, "Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Demi Allah, aku memohon, janganlah seksa aku!"" (Markus 5:2, TMV)
"Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?" Orang itu menjawab, "Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya." Yesus berkata kepadanya, "Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini." Orang itu menjawab, "Ya Tuhan, saya percaya." Lalu dia sujud di hadapan Yesus. Yesus berkata, "Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi orang supaya orang yang buta dapat melihat, tetapi orang yang dapat melihat menjadi buta."" (Yohanes 9:35-39, TMV)
"Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, "Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!" Tomas berkata kepada Yesus, "Ya Tuhanku! Ya Allahku!"" (Yohanes 20:27-28, TMV)
Berdasarkan contoh-contoh ini, sangat jelas bahawa Yesus disembah dan dipanggil sebagai Tuhan dan Allah. Malahan, Dia tidak melarang mereka daripada berbuat demikian! Bandingkan hal ini apabila Petrus, iaitu salah seorang daripada murid Yesus, disembah:
"Apabila Petrus tiba, Kornelius menyambut dia dan sujud di hadapannya. Tetapi Petrus menyuruh dia bangun, "Bangunlah," katanya, "saya sendiri pun manusia."" (Kis 10:25-26, TMV)
Bukan sahaja Petrus, malaikat sendiri menolak dari disembah:
"Aku, Yohanes sudah mendengar dan melihat segala perkara ini. Setelah aku mendengar dan melihatnya, aku bersujud di hadapan malaikat yang menunjukkan segala perkara itu kepadaku. Aku hendak menyembah dia, tetapi dia berkata kepadaku, "Janganlah sembah aku, kerana aku pun hamba seperti engkau dan seperti saudara-saudaramu para nabi itu, dan seperti semua orang yang mentaati kata-kata di dalam kitab ini. Sembahlah Allah!"" (Wahyu 22:8-9, TMV)
Maka, sangat jelas bahawa menurut Bible/Alkitab, Yesus disembah sebagai Tuhan.
Pada muka surat xvii juga, penulis memberikan kenyataan berikut:
"Rasulullah melarang penganut agama Islam memuja Rasulullah, seperti umat Kristian memuja Nabi Isa. Nabi Muhammad menjelaskan:"Umar mendengar Rasulullah berkata, 'Jangan berlebih-lebihan memuji aku seperti orang Kristian mengagung-agungkan putera Maryam, kerana aku hanya seorang hamba. Oleh itu, panggil aku hamba Allah dan rasul-Nya.'" (Direkodkan oleh Bukhari)"
Benarkah umat Islam tidak memuja-muja Nabi Muhammad? Jika benar, mengapa setiap kali nama Nabi Muhammad dipermainkan (perlu ditekankan, saya tidak bersetuju dengan sebarang bentuk penghinaan kepada sesiapa pun tanpa mengira latar belakang, fahaman, dan kepercayaan), hampir seluruh umat Islam merusuh dan melakukan demonstrasi sehingga menyebabkan kematian? Namun, apabila nama Allah dipermainkan, skala rusuhan yang terjadi tidak sebesar mana. Contohnya, apabila sebuah filem pendek yang dikatakan menghina Nabi Muhammad disiarkan di Youtube, hampir seluruh penganut Islam melakukan demonstrasi, malah, seorang duta telah dibunuh! Tidakkah ini menunjukkan pemujaan yang berlebih-lebihan?
Bandingkan, apabila Jesus diperolokkan, adakah seluruh umat Kristian merusuh, melakukan demonstrasi, memberikan ugutan bunuh, dan menyebabkan kematian? Saya pasti para pembaca tahu jawapannya.
Mungkin akan ada yang berkata, "itu tindakan Muslim, bukan pengajaran Islam". Baiklah, apa kata kita lihat fakta berikut, yang mana adalah bersumberkan Al-Quran dan hadis, tentang bagaimana Nabi Muhammad dipuja dan diberikan taraf setara dengan Allah.
Kita mulakan dengan merujuk kepada seorang yang dianggap sebagai ulamak yang dipandang tinggi, iaitu Muhammad ibn Abdul Wahab.[1][2] Menurut beliau, salah satu perkara penting yang perlu dielakkan oleh Muslim adalah menggunakan kata hubung و = wa (dan) apabila memperkatakan tentang Allah bersama-sama dengan perkara/benda lain. Seorang Muslim perlu menggunakan perkataan ثم = thumma (kemudian), atau lain-lain cara yang mengelakkan dari menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Berikut adalah petikan kenyataan Muhammad ibn Abdul Wahab tentang hal ini:
Namun, menurut hadis ini, Allah dan Muhammad dihubungkan menggunakan perkataan wa (dan) tersebut!
Perhatikan bahagian yang dimerahkan, bukan sahaja Allah dihubungkan kepada Muhammad menggunakan perkataan "dan", malah, dikatakan bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya, iaitu Muhammad! Bukankah ini memberikan kesetaraan kepada Muhammad dan Allah?
Mungkin kerana itulah Al-Quran mengatakan:
* Terjemahan hadis ini diperolehi melalui e-book pada pautan ini.
Perhatikan, apabila Nabi Muhammad membuang kahaknya dan mengenai salah seorang sahabatnya, mereka tidak mencucinya malah menggosokkan kahak tersebut pada wajah dan kulit mereka! Malah, mereka berebut-rebut mengambil baki air wudhu'nya. Bukankah itu suatu ketaksuban yang sama seperti memuja-muji? Sedangkan hal seperti ini langsung tidak wujud di dalam pengajaran Bible/Alkitab. Tidak ada murid-murid Jesus yang berebut-rebut mengambil ludah Jesus.
Kesimpulan yang ingin saya tekankan di sini adalah, dakwaan penulis bahawa umat Islam tidak memuja-muji Nabi Muhammad secara berlebih-lebihan adalah tidak benar sama sekali. Seperti yang telah kita lihat sendiri melalui fakta-fakta (masih ada banyak lagi) yang diberi, jelas menunjukkan sumber Islam sendiri memberikan status yang sangat tinggi kepada Nabi Muhammad (malah ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tertentu memberikan kesetaraan dengan Allah). Mungkin, tindakan sebilangan besar umat Islam yang merusuh setiap kali timbul isu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad tidaklah begitu jauh dari pengajaran Islam itu sendiri.
Masih banyak yang boleh diperkatakan tentang hal ini, namun, saya berhenti sampai di sini. Jika anda mahu meneroka hal ini dengan lebih lanjut, saya berikan pautan berikut: "The Deification of Muhammad"

"Relevance of This Hadith to the Subject of the Chapter and to the Subject of Tawheed. That it proves the prohibition of linking the Will of Allah's creatures with that of Him, Most High, using the word 'and', for this suggests parity between two and this leads to Shirk."Terjemahan:
"Perkaitan Hadis ini dengan Subjek Bab ini dan juga Subjek Tauhid. Ini membuktikan larangan menghubungkan kehendak mahkluk ciptaan Allah dengan Kehendak Dia Yang Maha Tinggi, menggunakan perkataan 'dan', kerana ini menunjukkan kesamaan antara kedua-duanya dan membawa kepada Syirik."(Untuk maklumat lanjut tentang hal di atas, baca buku berikut: The Book of Tawheed oleh Imam Muhammad ibn Abdul Wahab, terjemahan Bahasa Inggeris oleh Sameh Strauch, International Islamic Publishing House (IIPH), 1998. Bab 42: Saying: "As Allah Wills and You Will", m/s 263-267. [Sumber]).
Namun, menurut hadis ini, Allah dan Muhammad dihubungkan menggunakan perkataan wa (dan) tersebut!
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ انْطَلِقُوا إِلَى يَهُودَ فَخَرَجْنَا حَتَّى جِئْنَا بَيْتَ الْمِدْرَاسِ فَقَالَ أَسْلِمُوا تَسْلَمُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُجْلِيَكُمْ مِنْ هَذِهِ الْأَرْضِ فَمَنْ يَجِدْ مِنْكُمْ بِمَالِهِ شَيْئًا فَلْيَبِعْهُ وَإِلَّا فَاعْلَمُوا أَنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ وَرَسُولِهِterjemahan:
"Telah bercerita kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah bercerita kepada kami Al LAits berkata telah bercerita kepadaku Sa'id Al Maqbariy dari bapakmya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Ketika kami sedang berada di masjid, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar seraya berkata: Berangkatlah kalian menemui orang-orang Yahudi. Maka kami keluar hingga ketika sampai di rumah Al Midras, Beliau bersabda: Masuklah kedalam Islam maka kalian akan selamat, dan ketahuilah bahwa bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya dan aku hendak mengusir kalian dari daerah ini, Maka barangsiapa dari kalian yang memiliki harta hendaklah dia menjualnya. Jika tidak mau, ketahuilah bahwa bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya."* Terjemahan hadis ini diperolehi melalui e-book pada pautan ini.
(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Jizyah, 40.9/2931)
Perhatikan bahagian yang dimerahkan, bukan sahaja Allah dihubungkan kepada Muhammad menggunakan perkataan "dan", malah, dikatakan bumi ini milik Allah dan Rasul-Nya, iaitu Muhammad! Bukankah ini memberikan kesetaraan kepada Muhammad dan Allah?
Mungkin kerana itulah Al-Quran mengatakan:
"Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang); dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (Sumber)Hadis berikut pula menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad diagung-agungkan melebihi mana-mana raja yang sezaman dengannya:
"Dahulu Al Mughirah dimasa jahiliyah pernah menemani suatu kaum lalu dia membunuh dan mengambil harta mereka. Kemudian dia datang dan masuk Islam. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata saat itu: Adapun keIslaman maka aku terima. Sedangkan mengenai harta, aku tidak ada sangkut pautnya sedikitpun. Kemudian 'Urwah melayangkan pandangan kedua matanya kepada para shahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Perawi berkata: Demi Allah, tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila membuang dahak lalu dahak Beliau tepat jatuh di telapak tangan salah seorang dari sahabat melainkan orang itu menggosokkannya pada wajah dan kulitnya. Dan bila Beliau menyuruh mereka, merekapun segera begegas melaksanakan perintah Beliau. Dan apabila Beliau hendak berwudhu', selalu mereka hampir berkelahi karena berebut untuk menyiapkan air untuk wudhu' Beliau. Bila Beliau berbicara, mereka merendahkan suara mereka di hadapan Beliau dan mereka tidaklah menajamkan pandangan kepada Beliau sebagai pengagungan mereka terhadap Beliau. Maka 'Urwah pun kembali kepada sahabat-sahabatnya lalu berkata: Wahai kaum, demi Allah, sungguh aku pernah menjadi utusan yang diutus mengahap raja-raja, juga Qaisar (raja Romawi) dan Kisra (raja Parsia) juga kepada raja an-Najasiy. Demi Allah, tidak pernah aku melihat seorang rajapun yang begitu diagungkan seperti para sahabat Muhamad shallallahu 'alaihi wasallam mengagungkan Muhammad. Sungguh tidaklah dia berdahak lalu mengenai telapak seorang dari mereka kecuali dia akan membasuhkan dahak itu ke wajah dan kulitnya dan jika dia memerintahkan mereka maka mereka segera berebut melaksnakannya dan apabila dia berwudhu' hampir-hampir mereka berkelahi karena memperebutkan sisa air wudhu'nya itu dan jika dia berbicara maka mereka merendahkan suara mereka (mendengarkan dengan seksama) dan tidaklah mereka mengarahkan pandangan kepadanya karena sangat menghormatinya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Syarat-syarat, 36.18/2529)

Ulasan