Kritikan Teks adalah..
- Bidang penyelidikan pelbagai salinan manuskrip yang bertujuan memastikan perkataan sebenar pada manuskrip asal (autograph)
Bagaimana kritikan teks dilakukan?
Jadi, bagaimana pengkaji Perjanjian Baru memilih pembacaan teks yang paling berkemungkinan serupa dengan penulisan asal, terutamanya jika terdapat lebih dari satu kemungkinan? Berikut adalah beberapa prinsip asas yang digunakan oleh kebanyakan pengkritik teks:

- Lihat di luar manuskrip (a) iaitu bacaan mana yang paling awal, (b) bacaan mana yang disokong oleh teks yang paling jauh terpisah [secara geografi] dan (c) manuskrip tersebut tergolong di dalam kumpulan teks yang mana satu.
- Lihat di dalam manuskrip untuk bacaan yang paling berkemungkinan berdasarkan (a) apa yang mungkin akan cenderung diubah oleh si penyalin, (b) bacaan berkemungkinan mana satu yang terpendek, (c) bacaan mana satu yang mungkin adalah cubaan untuk mengharmonikan teks tertentu dengan teks yang lain dan (d) apa perkataan rumit yang mungkin telah ditukar kepada yang ringkas oleh si penyalin.
- Lihat kepada hasil penulisan lain yang juga ditulis oleh penulis yang sama untuk melihat bacaan yang paling serupa dengan penulisan penulis tersebut.
dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth, m/s 18, 54.
Ulasan