4.Anak-anak perempuan yang memalukan? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"
Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Anak-anak perempuan yang memalukan?
Argumen SM
Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Imamat 12:2-5), dan Eklesiastikus [kitab apokripa] yang mempunyai banyak perkara negatif tentang anak perempuan. Islam pula mengutuk perbuatan membunuh bayi perempuan oleh penduduk Arab sebelum kedatangan Islam (surah 16:59; 43:17; 81:8-9) dan ia menganggap kelahiran bayi perempuan lebih diberkati berbanding bayi lelaki (surah 42:49). Hadis pula merujuk kepada Muhammad memberkati mereka yang membesarkan anak perempuan mereka dengan baik (Bukhari&Muslim).
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Anak-anak perempuan yang memalukan?
Argumen SM
Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Imamat 12:2-5), dan Eklesiastikus [kitab apokripa] yang mempunyai banyak perkara negatif tentang anak perempuan. Islam pula mengutuk perbuatan membunuh bayi perempuan oleh penduduk Arab sebelum kedatangan Islam (surah 16:59; 43:17; 81:8-9) dan ia menganggap kelahiran bayi perempuan lebih diberkati berbanding bayi lelaki (surah 42:49). Hadis pula merujuk kepada Muhammad memberkati mereka yang membesarkan anak perempuan mereka dengan baik (Bukhari&Muslim).
Respon kami
Jelas di sini SM tidak memahami tujuan kepada peraturan tentang kesucian di dalam Taurat. Perspektif orang Ibrani membahagikan dunia kepada 'kudus' (perkara yang dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan Tuhan) dan 'umum' (semua perkara yang lain). Perkara umum adalah sama ada 'suci' atau 'tidak suci'. Keadaan normal adalah menjadi 'umum dan suci', namun ritual tertentu (terutamanya korban darah) boleh menguduskan seseorang dan situasi tertentu (contohnya, dosa, kelemahan, dan pelbagai kecacatan pada tubuh manusia) akan menjadikan seseorang menjadi tidak suci.
Peraturan di dalam Imamat dibuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak suci dari terkena kepada sebarang perkara yang kudus. Ritual ketidak sucian tidak membawa maksud disalahkan secara moral, sebaliknya ia adalah keadaan upacara meng-kuarantin. Hasil buangan dari tubuh, terutamanya darah, (yang mewakili hidup), adalah penyimpangan dari kesihatan sepatutnya dan mungkin akan membawa kepada punca kematian.
Ia bukanlah situasi yang berdosa atau memalukan, tetapi membahayakan, menjadikan seseorang tidak layak untuk mengikuti penyembahan di dalam rumah ibadat. Kelahiran dianggap sebagai anugerah daripada Tuhan (Ams 17:6; Mzm 127:3), namun ia ada melibatkan pengeluaran darah maka menjadikan si ibu tidak suci untuk suatu tempoh (Im 12:2). Tiada sebab diberikan tentang mengapa tempoh yang diberikan untuk kelahiran perempuan adalah dua kali ganda dari lelaki, walaupun ada yang mencadangkan ia mengambil kira kitar haid yang bakal dihadapi oleh bayi perempuan tersebut.
Maka, mengatakan ia merendahkan wanita adalah seperti memasukkan idea buatan manusia ke dalam teks tersebut. Oleh yang demikian, memandangkan tempoh keadaan tidak suci ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, maka tidak ada sebab untuk mengatakan tempoh yang berbeza ini membawa kepada perbezaan nilai di antara lelaki dan perempuan. (lihat New Bible Commentary. IVP:Leicester. 1994. m/s 136-139)
Melalui rujukannya tentang perbuatan membunuh bayi sebelum Islam (kebetulan, satu-satunya contoh yang diberikan Muslim tentang kesan ketamadunan yang dibawa oleh Muhammad ke tanah Arab), dia masih belum memberikan sebarang bukti sejarah bahawa perbuatan membunuh bayi ini pernah dilakukan, atau suatu perbuatan yang biasa dilakukan. Malahan, adalah sukar untuk mengharmonikan dakwaannya bahawa poligami diperlukan kerana nisbah wanita yang lebih tinggi berbanding wanita (lihat bahagian 14) dengan kewujudan pembunuhan bayi perempuan yang berleluasa. Lebih dari itu, berkenaan dengan poligami, kini didapati ia tidak diketahui atau tidak dipraktikkan di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam, dan diperkenalkan terutamanya oleh Muhammad sendiri (Harald Motzki, "Marriage and Divorce", Encyclopedia of the Quran, vol 3, Leiden & Boston:Brill, 2006, m/s 278).
Ramai Muslim mendakwa Muhammad meninggikan posisi wanita, dengan memberikan garis panduan tetap tentang perhubungan lelaki/wanita; namun, semakin masa berlalu, Muhammad memberikan lebih banyak peraturan dan syarat serta kurang kebebasan kepada wanita Arab; perubahan yang menjadi lebih berkembang di dalam Hadis dan Fiqh. (lihat Women and Genders in Islam, New Haven and London: Yale University Press, 1992, m/s 41-63). Contoh hal ini dapat dilihat melalui isteri-isterinya, dalam Al-Quran berkembang dari fasa pengwahyuan Mekah ke Madina, lebih banyak peraturan diberikan ke atas mereka apabila Muhammad kelihatan menerima semakin banyak 'wahyu' berkenaan dengan pergolakan rumah tangganya, contohnya, kecemburuan isteri-isterinya, layanan tidak sama ratanya terhadap isteri-isterinya, isteri yang digemarinya, keinginannya untuk mengambil isteri lain, dan pertengkaran di antara isteri-isteri. (lihat buku Anwar Hekmats Women and The Koran: The Status of Women in Islam. Prometheus Books, 1997)
seterusnya...
5. Pendidikan perempuan
atau
kembali ke indeks
Jelas di sini SM tidak memahami tujuan kepada peraturan tentang kesucian di dalam Taurat. Perspektif orang Ibrani membahagikan dunia kepada 'kudus' (perkara yang dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan Tuhan) dan 'umum' (semua perkara yang lain). Perkara umum adalah sama ada 'suci' atau 'tidak suci'. Keadaan normal adalah menjadi 'umum dan suci', namun ritual tertentu (terutamanya korban darah) boleh menguduskan seseorang dan situasi tertentu (contohnya, dosa, kelemahan, dan pelbagai kecacatan pada tubuh manusia) akan menjadikan seseorang menjadi tidak suci.
Peraturan di dalam Imamat dibuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak suci dari terkena kepada sebarang perkara yang kudus. Ritual ketidak sucian tidak membawa maksud disalahkan secara moral, sebaliknya ia adalah keadaan upacara meng-kuarantin. Hasil buangan dari tubuh, terutamanya darah, (yang mewakili hidup), adalah penyimpangan dari kesihatan sepatutnya dan mungkin akan membawa kepada punca kematian.
Ia bukanlah situasi yang berdosa atau memalukan, tetapi membahayakan, menjadikan seseorang tidak layak untuk mengikuti penyembahan di dalam rumah ibadat. Kelahiran dianggap sebagai anugerah daripada Tuhan (Ams 17:6; Mzm 127:3), namun ia ada melibatkan pengeluaran darah maka menjadikan si ibu tidak suci untuk suatu tempoh (Im 12:2). Tiada sebab diberikan tentang mengapa tempoh yang diberikan untuk kelahiran perempuan adalah dua kali ganda dari lelaki, walaupun ada yang mencadangkan ia mengambil kira kitar haid yang bakal dihadapi oleh bayi perempuan tersebut.
Maka, mengatakan ia merendahkan wanita adalah seperti memasukkan idea buatan manusia ke dalam teks tersebut. Oleh yang demikian, memandangkan tempoh keadaan tidak suci ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, maka tidak ada sebab untuk mengatakan tempoh yang berbeza ini membawa kepada perbezaan nilai di antara lelaki dan perempuan. (lihat New Bible Commentary. IVP:Leicester. 1994. m/s 136-139)
Melalui rujukannya tentang perbuatan membunuh bayi sebelum Islam (kebetulan, satu-satunya contoh yang diberikan Muslim tentang kesan ketamadunan yang dibawa oleh Muhammad ke tanah Arab), dia masih belum memberikan sebarang bukti sejarah bahawa perbuatan membunuh bayi ini pernah dilakukan, atau suatu perbuatan yang biasa dilakukan. Malahan, adalah sukar untuk mengharmonikan dakwaannya bahawa poligami diperlukan kerana nisbah wanita yang lebih tinggi berbanding wanita (lihat bahagian 14) dengan kewujudan pembunuhan bayi perempuan yang berleluasa. Lebih dari itu, berkenaan dengan poligami, kini didapati ia tidak diketahui atau tidak dipraktikkan di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam, dan diperkenalkan terutamanya oleh Muhammad sendiri (Harald Motzki, "Marriage and Divorce", Encyclopedia of the Quran, vol 3, Leiden & Boston:Brill, 2006, m/s 278).
Ramai Muslim mendakwa Muhammad meninggikan posisi wanita, dengan memberikan garis panduan tetap tentang perhubungan lelaki/wanita; namun, semakin masa berlalu, Muhammad memberikan lebih banyak peraturan dan syarat serta kurang kebebasan kepada wanita Arab; perubahan yang menjadi lebih berkembang di dalam Hadis dan Fiqh. (lihat Women and Genders in Islam, New Haven and London: Yale University Press, 1992, m/s 41-63). Contoh hal ini dapat dilihat melalui isteri-isterinya, dalam Al-Quran berkembang dari fasa pengwahyuan Mekah ke Madina, lebih banyak peraturan diberikan ke atas mereka apabila Muhammad kelihatan menerima semakin banyak 'wahyu' berkenaan dengan pergolakan rumah tangganya, contohnya, kecemburuan isteri-isterinya, layanan tidak sama ratanya terhadap isteri-isterinya, isteri yang digemarinya, keinginannya untuk mengambil isteri lain, dan pertengkaran di antara isteri-isteri. (lihat buku Anwar Hekmats Women and The Koran: The Status of Women in Islam. Prometheus Books, 1997)
seterusnya...
5. Pendidikan perempuan
atau
kembali ke indeks
Ulasan
Saya memang suka membaca. Bagaimana dengan anda?
Memang perbandingan tersebut dibuat dengan merujuk Alkitab dan Al-Quran. Dan anda memberikan andaian seolah-olah terjadi perbandingan yang 'tidak adil' apabila anda menulis,
baru adil dalam nak membanding
Apakah perkara 'tidak adil' tersebut?
tuhan pd malam israj miraj,dlm
perjalanan sebelum ke arasy Allah
beliau telah di lihatkan keadaan syurga dan neraka,yg ketara banyak
penghuni neraka adalah wanita,dsingkatkan oleh atas dasar
cintakan umatnya terutama wanita
beliau terpaksa tegas dgn wanita
agar punya kerteria ahlak yg menjauhkan diri mereka keneraka
dan dekat dgn syurga,pada hemat saya,andai saya berada ditempat beliau,saya juga akan tegas,bezanya siapalah saya hanya
manusia biasa lagipun memang tanggunjawab ini berat hanya para nabi sahaja yg mampu diberi kekuatan utk melaksanakannya dgn
mukjizat dsbgnya,apalagi utk
meyampaikan syariat tuhan pd umatnya yg kuat dgn amalan sebati datuk nenek mereka...oi berat oi aku tak mampu,tapi syukur syariatnya sampai pd bangsaku amin
Persoalannya, bagaimana anda tahu peristiwa Ishraj Miraj tersebut benar?
Anda juga berkata,
"beliau terpaksa tegas dgn wanita agar punya kerteria ahlak yg menjauhkan diri mereka keneraka dan dekat dgn syurga"
Maksud anda, terpaksa bertegas,
- sehingga membenarkan suami memukul isteri hanya kerana tidak menurut kehendak suami?
- sehingga menyatakan bahawa wanita hanya mempunyai separuh kebijaksanaan berbanding lelaki (atau dengan kata lain, wanita lebih bodoh berbanding lelaki)?
- sehingga membenarkan hubungan seks ke atas hamba wanita atau tawanan perang wanita?
tak kurang dgn nabi muhammad,apa salah dan palsunya ajaran beginda,
beginda menyeru umat Arab dan sejagat utk mengenali Allah
tuhan pencipta semua mahluk bernyawa atau tidak utk taat berpandukan wahyunya,melalui Kitab Alquran,kitab terakhir selepas injil,taurat n zabur,saya percaya dgn kitab Allah jika asli...tanpa pernah membacapun saya percaya,ini lagi Alquran sejak 1400 tahun yg lalu masih hanya satu versi asli
yg penting asli...percaya 100%,
nilah kau ni tiwas,asal seks mulalah kau serang nabi,macamlah nabi tiada tujuan lain,yg penting ada akad nikah ada saksi,kira ada tanggunjawab selesai masalah,dimana kau dapat hadis ini.mungkin hadis palsu,setahu aku yg setuju di kahwinkan tak setuju buat kerja amal....tanpa nikah haram ada lafaz nikah halal...itupun
mau kecoh satu dunia...
utk pengetahuan mu saya pernah mengajak seorang yg non muslim yg kaya utk beriman pd Allah tapi dia hanya tersenyum sinis,2 tahun lalu saya terkejut rupanya dia sudah 2 tahun tiada didunia pada usia 30an mati sudden death mengapa ya menjadi tanda tanya saya..mungkin Allahu alam....
Anda menulis,
"para rasul di utuskan dgn mukjizat tak kurang dgn nabi muhammad,"
- Sebenarnya, menurut Al-Quran, Nabi Muhammad tidak pernah melakukan mukjizat.
Anda menulis,
"apa salah dan palsunya ajaran beginda, beginda menyeru umat Arab dan sejagat utk mengenali Allah tuhan pencipta semua mahluk bernyawa atau tidak utk taat berpandukan wahyunya,"
- Masalahnya, 'Allah' yang diajarkan oleh Nabi Muhammad jauh bertentangan dengan Tuhan yang dipercayai oleh bangsa Israel dan juga Kristian.
- Contohnya,
1. Nabi Muhammad melarang untuk memanggil Tuhan sebagai Bapa, namun, di dalam Perjanjian Lama, Tuhan memanggil diri-Nya sebagai Bapa dan umat-Nya sebagai anak-anak-Nya.
2. Di dalam Alkitab, nama khusus Tuhan adalah YHWH, namun, nama ini tidak pernah disebut di dalam Al-Quran. Jika benar Allah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad adalah sama dengan Tuhan di dalam Alkitab, sepatutnya nama YHWH disebut. Hakikatnya, tidak ada.
3. Di dalam Al-Quran juga, Allah dipanggil sebagai "kahryu Al-Makireena", iaitu 'perancang tipu daya terbaik". Namun, di dalam Alkitab, Tuhan tidak pernah dipanggil sebagai 'perancang tipu daya terbaik'.
- Masih banyak contoh lain yang menunjukkan Allah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad bertentangan dengan sifat2 Tuhan di dalam Alkitab.
Tanpa nama, anda menulis,
"kitab terakhir selepas injil,taurat n zabur,saya percaya dgn kitab Allah jika asli...tanpa pernah membacapun saya percaya"
- Sekali lagi, anda berkata bahawa anda percaya walaupun anda belum membacanya? Bukankah itu seperti 'percaya secara tanpa usul periksa'?
- Maaf, jika kita percaya begitu sahaja tanpa usul periksa, kita tidak ada bezanya dengan mereka yang percaya kepada perkara tahyul kerana mereka juga percaya tanpa usul periksa.
Tanpa nama, anda menulis,
"Alquran sejak 1400 tahun yg lalu masih hanya satu versi asli yg penting asli...percaya 100%,"
- Tidakkah anda tahu bahawa Al-Quran yang ada hari ini adalah versi Uthman?
- Sebelum versi Uthman, wujud pelbagai versi Al-Quran yang lain di mana wujud bacaan ayat yang berbeza serta jumlah surah yang berbeza.
- Memandangkan wujud versi Al-Quran yang berbeza, Uthman telah mengumpul semua kitab2 dan penghafal2 Al-Quran, kemudian membuat satu versi rasmi Al-Quran, iaitu yang ada pada hari ini.
- Versi2 yang lain pula telah dibakar oleh Uthman kerana saling bercanggah.
- Malah, menurut sumber penulisan Islam sendiri, terdapat ayat Al-Quran yang telah hilang kerana individu yang menghafalnya telah terbunuh di medan perang.
- Bukan itu sahaja, pada hari ini pun, kita mempunyai penemuan manuskrip2 Al-Quran yang mana mempunyai perbezaan dengan isi Al-Quran hari ini.
- Maka, dengan mengatakan Al-Quran yang ada hari ini adalah asli dan sama seperti 1400 tahun yang lalu, anda sebenarnya mendedahkan ketidak-tahuan anda tentang sejarah kepercayaan anda sendiri.
Tanpa nama, anda menulis,
"nilah kau ni tiwas,asal seks mulalah kau serang nabi,macamlah nabi tiada tujuan lain,yg penting ada akad nikah ada saksi,kira ada tanggunjawab selesai masalah,dimana kau dapat hadis ini.mungkin hadis palsu,setahu aku yg setuju di kahwinkan tak setuju buat kerja amal"
- Apa yang saya berikan benar2 ada di dalam sumber penulisan kepercayaan anda sendiri iaitu Al-Quran dan Hadis.
- Ia bukanlah rekaan atau dari hadis palsu. Jika anda mahu, saya boleh memberikan sumber2 pengajaran ini di dalam Al-Quran dan hadis.
- Saya juga tidak menyerang Nabi Muhammad. Saya hanya menyatakan apa yang memang wujud di dalam sumber penulisan kepercayaan anda sendiri.
- Jika anda tidak selesa dengan pengajaran2 tersebut, saya tidak dapat berbuat apa2 kerana hal2 tersebut memang wujud.
- Mungkin anda sendiri belum menyelidikinya.
nabi muhammad dilayan dgn baik
yang terima dakwah di alu alukan
yg setuju utk berkahwin,dikahwini dgn syariat islam,yg tak setuju
perlu membayar ibarat kifarah,
atau mengajar ilmuan anak2,pemerintah itu saja,Allah hu Alam,mungkin kisah yg kau baca tu hadis daif atau selepas kewafatan
rasululah.tak berani aku memburukkan nabi Allah siapalah kita,
....percaya pada kitab kitab adalah
salah satu rukun iman dlm islam
so makanya saya wajib percaya
iman pada Allah
iman pada malaikat
iman pada rasul
iman pada kitab
iman qadak n qadar
iman pd domesday(qiamat}
berkenaan keraguan tentang ke aslian alquran jgnlah ragu
Allah telah menjamin akan memelihara kandungan Alquran
belum pernah para tahfiz
bercanggah pendapat semua setuju
setiap cetakkan akan di nilai
oleh para tahfiz dan keturunan
nabi muhammad yg hafal di ajar
dari mulut ke mulut,umpama
beribu tahfiz akan menkaji sebarang kesilapan sebelum di luluskan
dan di bukukan begitulah ketatnya
saringan al quran terpelihara.Allah hu Alam
2tentang tuhan bapa,anak dan sbgnyatu,susah lah saya nak terima
maaf ya ,bagaimana Tuhan pun beranak pinak sama macam mahluk
sedangkan mahluk akan di hisab amalnya yg berotaklah ,haiwan terkecuali...Cukuplah Allah bagiku
dan rasulnya muhammad saw ,musa,esa,daud alaihi salam,dan lain2 cukuplah aku menyanjung mereka dgn kedudukan mereka yg tinggi dcc Allah,andai ada syafaat mereka d akhirat syukur alhamdulilah..ya saya sanjung mereka sebagai ulul azmi
mulia semulianya,munkin perkataan anak itu simbolik hanya utk mahluk
tersayang Pada rab samalah nabi muhammad yg di sebut kekasih Allah,tak sama kekasih dalam hubungan manusia...maaf inilah pandangan saya ikhlas
Anda menulis,
"adapun tawanan perang semasa hayat
nabi muhammad dilayan dgn baik
yang terima dakwah di alu alukan
yg setuju utk berkahwin,dikahwini dgn syariat islam,yg tak setuju
perlu membayar ibarat kifarah,
atau mengajar ilmuan anak2,pemerintah itu saja,Allah hu Alam"
- Apa kata anda berikan petikan hadis atau ayat Al-Quran yang menyokong kenyataan anda ini.
Anda juga menulis,
"mungkin kisah yg kau baca tu hadis daif atau selepas kewafatan
rasululah."
- Anda belum pun membaca sumber yang saya berikan, namun, anda sudah menyimpulkan ia sebagai 'hadis daif' dan ditulis 'selepas kewafatan Nabi Muhammad'?
- Tidakkah ini menunjukkan anda membuat kesimpulan tanpa membuat sebarang penilaian?
- Satu perkara lagi. Tahukah anda bahawa semua kumpulan hadis yang ada hari ini ditulis selepas kewafatan Nabi Muhammad?
- Maka, jika anda meragui sesuatu hadis itu kerana ia ditulis selepas kewafatan Nabi Muhammad, ini bererti anda perlu meragui semua hadis yang ada hari ini kerana semua hadis yang ada hari ini ditulis selepas kewafatan Nabi Muhammad.
- Sekali lagi, kesilapan anda ini mendedahkan bahawa anda sendiri tidak tahu tentang sejarah penulisan hadis kepercayaan anda sendiri.
Anda menulis,
"berkenaan keraguan tentang ke aslian alquran jgnlah ragu
Allah telah menjamin akan memelihara kandungan Alquran
belum pernah para tahfiz
bercanggah pendapat semua setuju
setiap cetakkan akan di nilai
oleh para tahfiz dan keturunan
nabi muhammad yg hafal di ajar
dari mulut ke mulut,umpama
beribu tahfiz akan menkaji sebarang kesilapan sebelum di luluskan
dan di bukukan begitulah ketatnya
saringan al quran terpelihara.Allah hu Alam"
- Nampaknya, anda tidak tahu tentang sejarah penulisan Al-Quran, walaupun anda seorang Muslim.
- Ia jelas apabila anda kekal mendakwa Al-Quran hari ini adalah sama dengan memberikan alasan, 'Allah telah menjamin dan memelihara Al-Quran', walaupun saya telah memberikan fakta sejarah tentang bagaimana Uthman telah mengumpul dan menghasilkan versi rasmi Al-Quran yang ada hari ini.
- Saya sarankan agar anda menyelidiki hal ini dengan lebih lanjut.
Anda juga menulis,
"2tentang tuhan bapa,anak dan sbgnyatu,susah lah saya nak terima
maaf ya ,bagaimana Tuhan pun beranak pinak sama macam mahluk
sedangkan mahluk akan di hisab amalnya yg berotaklah ,haiwan terkecuali"
- Anda cuba mengatakan Kristian percaya Tuhan beranak pinak?
- Sebenarnya, ini mendedahkan ketidak-tahuan anda tentang kepercayaan sebenar Kristian.
- Kristian sebenarnya tidak percaya bahawa Tuhan beranak pinak.
- Punca salah faham ini adalah kerana anda menganggap Yesus dilahirkan sebagai Tuhan.
- Sedangkan kepercayaan sebenar Kristian adalah, Yesus masuk ke dalam dunia manusia dengan dilahirkan sebagai manusia.
- Saya pernah menjelaskan hal ini (tentang kelahiran Yesus) menggunakan kefahaman Islam tentang Al-Quran di sini. Mungkin anda boleh membacanya.
dan perintah kita ikut kerna kita yakin.
andai kau berilmu apa makna surah alfatiha yg di baca setiap
solat 17 kali sehari se malam
setiap muslim..
jesus mempunyai zuriat andai ia beristeri,maaf utk logik akal saja
inilah kemuskilan kami...
hadis ada yg lemah ada daif ada sahih ,
oo ok saya faham roh tuhan bapa
meminjam badan manusia utk meyampaikan risalah gitu ya
maknanya .Tuhan hanya 1
bagi kami Allah
betul lah Allah itu esa
tidak beranak dan dperanakan
ia tempat meminta
tiada tuhan selainnya
maka benarlah dalam islam
dgn syariat akidahnya
tq anda lebih meyakinkan
saya,dsempurnai sudah ianya.tq
no question any more
keperluan kualiti mesti jaga.
slowlah kefahaman kau ni
Anda menulis,
"ilmu manusia tu terhad ada yg kita pasti kita khabarkanlah,yg tak pasti tak berani lah kami,cukup kami fahami ajarannya
dan perintah kita ikut kerna kita yakin."
- Jika ada 'ilmu' yang anda 'tidak pasti', sepatutnya anda menyelidikinya untuk mendapatkan kepastian.
- Namun, anda tidak berusaha untuk mencari kepastian, sebaliknya hanya berpuas hati dengan sekadar 'memahami ajarannya'.
- Tapi, hal ini juga menimbulkan persoalan, jika anda tidak pasti terhadap sesuatu, bagaimana anda boleh 'memahami ajaran' tersebut?
- Nampaknya, kenyataan anda ini saling bercanggah.
Anda menulis,
"andai kau berilmu apa makna surah alfatiha yg di baca setiap
solat 17 kali sehari se malam
setiap muslim.."
- Mengapa anda mahu menguji saya? Kerana anda tidak dapat menjawab persoalan yang timbul dari kenyataan anda sendiri?
- Namun, sebagai jawapan, surah al-fatiha adalah bacaan/doa setiap kali Muslim berdoa/solat.
- Mengapa 17 kali? kerana anda bersolat 5 kali sehari semalam dan dalam tempoh ini, surah al-fatihah akan dibaca sebanyak 17 kali.
- Dan, tahukah anda bahawa pada mulanya, surah al-fatihah bukan sebahagian daripada Al-Quran?
- Juga terdapat bacaan yang berbeza untuk surah al-fatihah?
Anda menulis,
"andai kata jesus ada isteri dan punyai anak bukan itu ertinya beranak pinak.apakah mustahil
jesus mempunyai zuriat andai ia beristeri,maaf utk logik akal saja
inilah kemuskilan kami..."
- Anda berkata "andai kata".
- Dan, hakikatnya Yesus tidak mempunyai isteri. Dari mana anda mendapat idea ini?
Anda menulis,
"hadis daif yg saya maksudkan tu hadis yg kelmarin baru kau jumpa.
hadis ada yg lemah ada daif ada sahih , "
- MAsalahnya, anda belum pun membaca hadis tersebut, mengapa anda sudah mengatakan ia sebagai daif?
- Dan, mungkin anda lupa, salah satu kriteria anda tentang kedaifan hadis adalah 'ditulis selepas kewafatan Nabi Muhammad'.
- Anda nampaknya tidak menyebut hal ini lagi. Kerana anda sedar bahawa semua hadis yang ada hari ini ditulis selepas kewafatan nabi anda.
Anda menulis,
"oo ok saya faham roh tuhan bapa
meminjam badan manusia utk meyampaikan risalah gitu ya
maknanya .Tuhan hanya 1
bagi kami Allah
betul lah Allah itu esa
tidak beranak dan dperanakan
ia tempat meminta
tiada tuhan selainnya
maka benarlah dalam islam
dgn syariat akidahnya
tq anda lebih meyakinkan
saya,dsempurnai sudah ianya.tq
no question any more"
- Nampaknya, anda seperti sudah memahaminya.
- Namun, anda kemudian sekali lagi mengatakan 'Allah itu esa tidak beranak dan diperanakan'. Mengapa? bukankah anda berkata telah memahaminya? Mengapa anda masih mengandaikan Kristian percaya Tuhan beranak dan diperanakkan?
- Nampaknya, anda sebenarnya tidak mahu memahaminya.
"tentang cetakan yg berulang2lah frind kan tiap tahun ada penambahan
keperluan kualiti mesti jaga.
slowlah kefahaman kau ni"
- Maaf, sebenarnya anda yang tidak memahami tentang sejarah penulisan Al-Quran.
- Yang saya perkatakan bukan cetakan moden, tetapi ketika Al-Quran mula-mula ditulis dalam bentuk kitab.
- Kerana pada awalnya, Al-Quran tidak ditulis dalam bentuk kitab, sebaliknya Al-Quran dihafal atau ditulis secara berasingan.
- Kemudian, setelah kewafatan Nabi Muhammad, beberapa individu mula mengumpul catatan2 Al-Quran ini dan menjadikannya dalam bentuk kitab.
- Namun, ketika itu, terdapat pelbagai variasi Al-Quran yang saling bercanggah. Ada yang mempunyai jumlah surah yang berlainan, jumlah ayat yang berlainan, dan juga perkataan2 yang berbeza.
- Akibatnya, Uthman mula mengumpul kitab-kitab Al-Quran ini, dan juga mengumpul individu2 yang telah menghafal sebahagian ayat2 dan surah2 Al-Quran.
- Uthaman kemudian mengeluarkan sebuah versi rasmi Al-Quran, iaitu Al-Quran yang anda gunakan hari ini.
- Bagaimana dengan versi2 Al-Quran yang lain? Uthman membakarnya.
- Dan, tahukah anda, sahabat terdekat Nabi Muhammad sendiri tidak bersetuju dengan kitab Al-Quran yang dikeluarkan oleh Uthman kerana kitab tersebut berbeza dengan kitab yang dimiliki oleh sahabat terdekat Nabi Muhammad tersebut.
- Dengan kata lain, dakwaan anda bahawa kononnya Al-Quran kekal asli 100% seperti 1400 tahun yang lalu adalah tidak sepadan dengan bukti dan fakta yang ada.
- Dan, semua fakta ini, ada tercatat di dalam sumber penulisan kepercayaan anda sendiri.
andai kau kata ia berbagai versi
nyatakanlah versi apa,i dah 40 tahun hidup hanya satu versi saja
nyatakanlah usah menambah Ayat tuhan....ayuh jawab
2,tiada mahluk yg boleh berpegang
dan maha mengetahui sejarah dunia
melainkan Allah maha pencipta,
apa ada pada sejarah dunia andai
sekadar ilmu manusia yg terhad
tanpa panduan Allah melalui panduan
kitab2 asli nya...
andai kau mahu memahami islam
kau belajarlah setiap ikrar,doa
pujian pd Allah setap rukun solat kami,baru kau faham betapa kami
sentiasa bersama Allah.dalam doa
iftitah fahami ayat ini khas utk
kau yg tiwas.berbentuk ikrar kami
pada Allah dalam maksudnya."doaku,
ibadatku, hidupku, matiku, adalah utk Allah"saya sendiri bila faham rangkap ini akan terbayanglah tugasku didunia ini terlalu berat
akan mengalirlah airmata hambanya
adakah kami telah melaksanakan
tanggungjawab ini bagiku aku masih
darjah satu masih sempat ketawa
sedangkan nabi muhammad saw,apabila balik dari pristiwa
israk mikraj,tiada senyuman di wajahnya,kerna tinjauaun di neraka bersama malaikat gibrail or jbrail
sukar digambarkan dahsyatnya,apakah akan jadi dgn
umat manusia yg engkar kafir dan berdosa,lalu ada hadis beliau yg berkaitan dgn syurga n neraka mahfumnya ..."Andai kamu tahu apa yang aku tahu,tentu kamu akan banyak menangis dari ketawa",
menangis kerna takut akan hukuman Allah,
3,mukjizat teragong muhammad saw adalah Kitab Alquran,membelah bulan
banyak lagi Allahu alim,tq fom sabah
Saya tidak pasti sama ada anda adalah "tanpa nama" yang sama dengan "tanpa nama" sebelum ini. Namun, berdasarkan cara penulisan anda, saya andaikan anda adalah orang yang sama.
Ada baiknya diimbas kembali poin2 perbincangan kita di dalam topik ini.
Setelah berinteraksi dengan anda, nampaknya anda tidak memberikan respon terhadap beberapa poin yang telah saya berikan. Ironiknya, poin2 yang tidak anda berikan respon ini adalah poin2 yang berkaitan dengan fakta dan bukti yang boleh diselidiki dan diuji kesahihannya.
Anda lebih gemar menggunakan retorik.
Berikut saya senaraikan berapa poin yang tidak anda berikan respon sewajarnya, walaupun poin2 tersebut memberikan impak yang besar ke atas kepercayaan anda sendiri.
1. Keaslian Al-Quran
- Anda memberikan dakwaan bahawa Al-Quran masih kekal asli seperti 1400 tahun yang lalu.
- Namun, apabila saya memberikan fakta dan bukti yang menunjukkan dakwaan anda tidak benar, anda tidak memberikan penjelasan.
- Sebaliknya, anda memberikan poin2 yang tidak berkaitan serta memberikan respon yang mendedahkan ketidak-tahuan anda tentang sejarah penulisan kitab kepercayaan anda sendiri.
2. Hadis
- Apabila saya memberikan contoh2 layanan terhadap wanita menurut hadis dan Al-Quran, anda mengatakan sumber hadis yang saya berikan tersebut adalah 'daif' atau palsu tanpa terlebih dahulu membacanya.
- Apabila saya bertanya mengapa anda mengatakan hadis tersebut daif walaupun belum membacanya, anda tidak memberikan penjelasan. Sebaliknya, anda hanya mengulang semula bahawa hadis tersebut daif.
- Penafian anda ini hampir sama dengan seorang lagi pembaca Muslim yang pernah berdialog dengan saya sebelum ini.
- Apabila saya memberikan sumber hadis tersebut (di sini dan di sini), beliau mengambil langkah yang lebih drastik dengan mengatakan terdapat hadis palsu dan fitnah di dalam kumpulan hadis (iaitu Bukhari dan Muslim) yang digunakan di dalam Islam.
- Adakah anda juga seperti itu?
3. Percaya begitu sahaja?
- Satu perkara yang sangat ironik adalah anda menerima sahaja apa yang dikatakan kepada anda tanpa menyelidiki sama anda ia benar atau tidak.
- Contohnya, apabila saya menyoal bagaimana anda tahu peristiwa "Israj Miraj" benar-benar terjadi, anda tidak menjawab secara terus. Sebaliknya, anda berdolak-dalik.
Maaf tanpa nama, cuma, anda tidak memberikan sebarang fakta untuk menyokong apa yang anda katakan.
Iman saya sekarang ini, iaitu percaya kepada Yesus Kristus, bukan sekadar ideologi yang saya terima begitu sahaja tanpa sebarang persoalan. Sebaliknya, saya menyelidiki adakah apa yang saya imani ini benar? Adakah Yesus benar2 telah disalibkan? Adakah Yesus benar2 mengaku sebagai satu-satunya jalan keselamatan dan hidup? Adakah Alkitab benar2 Firman Tuhan? Adakah Tuhan benar2 wujud?
Pernahkah anda bertanya soalan2 ini dan dengan serius menyelidiki kepercayaan anda sendiri? Atau anda hanya menurut sahaja tanpa banyak soal? Atau anda berpuas hati dengan jawapan yang anda dengar dari orang lain dan bukan melalui penelitian anda sendiri?
Apa kata anda fikirkan dengan lebih dalam lagi. Kerana seperti yang telah saya katakan sebelum ini, jika kita percaya begitu sahaja, tanpa sebarang penyelidikan, kita tidak ada bezanya dengan mereka yang percaya kepada perkara tahyul, kerana mereka juga percaya begitu sahaja tanpa banyak soal.
Sekarang, tentang persoalan2 terbaru anda,
Anda berkata,
"apa makna surah al fatiha brader n
andai kau kata ia berbagai versi
nyatakanlah versi apa,i dah 40 tahun hidup hanya satu versi saja
nyatakanlah usah menambah Ayat tuhan....ayuh jawab"
- Ini hanya menunjukkan selama 40 tahun ini anda tidak pernah menyelidiki tentang kepercayaan anda sendiri dan sekadar menurut begitu sahaja.
- Anda ingin tahu versi yang berbeza tersebut? Saya berikan sumber berikut sebagai permulaan,
The Muslim World, A Variant Text of the Fatihah.
Ia adalah artikel di dalam sebuah journal pada tahun 1939 tentang perbezaan bacaan Al-Fatihah di antara Syiah dan Sunni.
- Ya, saya pasti anda bukan seorang Syiah, namun, itu bukan persoalannya. Yang jelas, terdapat bacaan Al-Fatihah yang berbeza di antara Syiah dan Sunni walaupun kedua-dua fahaman ini mengaku adalah Islam yang benar.
Anda berkata,
"tiada mahluk yg boleh berpegang
dan maha mengetahui sejarah dunia
melainkan Allah maha pencipta,
apa ada pada sejarah dunia andai
sekadar ilmu manusia yg terhad
tanpa panduan Allah melalui panduan
kitab2 asli nya..."
- Persoalannya, bagaimana anda tahu bahawa apa yang anda miliki adalah "kitab2 asli-Nya"?
- Anda sekali lagi tidak memberikan sebarang fakta, tetapi memberikan retorik.
- Seolah2 anda mengatakan, "percaya saja". MAsalahnya, itu tidak cukup kerana bukti2 dan fakta2 yang ada menunjukkan dakwaan anda tidak tepat. Apa kata anda baca artikel berikut: Siapa yang mengubah kitab Injil?
Anda berkata,
"andai kau mahu memahami islam
kau belajarlah setiap ikrar,doa
pujian pd Allah setap rukun solat kami,baru kau faham betapa kami
sentiasa bersama Allah."
- Ingin saya tambah, tidak cukup sekadar itu, sebaliknya kita perlu menyelidiki sumber kepercayaan Islam itu sendiri iaitu Al-Quran dan Hadis.
- Dan juga perlu menyelidiki adakah apa yang didakwakan di dalam Al-Quran dan hadis tersebut adalah benar atau tidak.
- Contohnya, Al-Quran mengatakan matahari terbenam di dalam lopak air yang berlumpur, maka, kita perlu menyelidiki adakah dakwaan ini benar.
- Cuma, telah terbukti bahawa dakwaan yang diberikan Al-Quran tersebut (tempat matahari terbenam di lopak lumpur?) adalah tidak tepat.
- Kemudian, Al-Quran mengatakan Yesus tidak disalibkan, masalahnya, bukti2 yang ada jelas menunjukkan hal sebaliknya.
- Apa kata anda baca post berikut: Siapakah Yesus yang sebenar: Yesus di dalam Alkitab atau Yesus di dalam Al-Quran?
Anda berkata,
"dalam doa
iftitah fahami ayat ini khas utk
kau yg tiwas.berbentuk ikrar kami
pada Allah dalam maksudnya."doaku,
ibadatku, hidupku, matiku, adalah utk Allah"saya sendiri bila faham rangkap ini akan terbayanglah tugasku didunia ini terlalu berat
akan mengalirlah airmata hambanya
adakah kami telah melaksanakan
tanggungjawab ini bagiku aku masih
darjah satu masih sempat ketawa
sedangkan nabi muhammad saw,apabila balik dari pristiwa
israk mikraj,tiada senyuman di wajahnya,kerna tinjauaun di neraka bersama malaikat gibrail or jbrail
sukar digambarkan dahsyatnya,apakah akan jadi dgn
umat manusia yg engkar kafir dan berdosa,lalu ada hadis beliau yg berkaitan dgn syurga n neraka mahfumnya ..."Andai kamu tahu apa yang aku tahu,tentu kamu akan banyak menangis dari ketawa",
menangis kerna takut akan hukuman Allah,
"
- Inilah contoh retorik yang saya katakan.
- Anda tidak memberikan fakta, tetapi sebuah cerita yang tidak diketahui sama ada ia benar2 terjadi atau tidak.
- Malah, anda sendiri menerima cerita ini sebagai benar begitu sahaja tanpa memeriksa kesahihannya, bukan?
- Cara anda ini samalah seperti seorang yang percaya bahawa kononnya ada batu yang jatuh dari syurga, dan kemudian cuba membawa orang lain untuk percaya kepada hal tersebut, begitu sahaja tanpa banyak soal.
Anda berkata,
"mukjizat teragong muhammad saw adalah Kitab Alquran,membelah bulan
banyak lagi"
- Masalahnya, bagaimana anda tahu bahawa Al-Quran benar2 mukjizat daripada Tuhan kepada Nabi Muhammad?
- Bagaimana anda tahu bulan2 benar2 telah terbelah?
Maaf jika respon saya ini agak 'terus-terang'. Cuma, itulah hakikatnya.
membelah bulan lalu bercantum balik
keduanya dgn izin Allah....
kerna cari ilmu tentang nabilah tewas,
01,
nabiAdam a.s. Nabi Idris a.s.
03.Nabi Nuh a.s. 04.Nabi Hud a.s.
05.Nabi Salih a.s. 06.Nabi Ibrahim a.s.
07.Nabi Luth a.s. 08.Nabi Ismail a.s.
09.Nabi Ishaq a.s. 10.Nabi Ya’akub a.s.
11.Nabi Yusuf a.s. 12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu’aib a.s. 14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun a.s. 16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud a.s. 18.Nabi Sulaiman a.s.
19.Nabi Ilyas a.s. 20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus a.s. 22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya a.s 24.Nabi Isa a.s.Alruh
25.Nabi Muhammad s.a.w
the last of prophet Allah beloved
Alquran era beyond domedays
akidah (rukun iman) sebagaimana firman Allah:
“Katakanlah (hai orang-orang mukmin ), kami beriman kepada Allah dan apa saja
yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub, dan anak cucunya, dan apa
saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi- Nabi dari Tuhanya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”
Di antara para Rasul itu ada yang disebut dengn “Ulul „Azmi”, ertinya Rasul yang paling banyak menghadapi cabaran yang berat dan berjuang dengan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Rasul-rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.A.W.
kau bilang ilmu kau tinggi
buktikanlah,lama dah tunggu,mau akub bagi tau.....aku tak nak kau
mengalah tiwas
Anda berkata,
"sperti aku percaya nabi jesus menhidupkan orang mati begitulah aku percaya nabi Allah muhammad saw
membelah bulan lalu bercantum balik
keduanya dgn izin Allah..."
- Persoalannya, bagaimana anda tahu Yesus telah menghidupkan orang mati?
- Bagaimana anda tahu Nabi Muhammad telah membelah bulan?
- Bagaimana anda tahu perkara tersebut adalah dengan izin Allah?
- Saya sendiri tidak percaya Yesus telah menghidupkan orang mati begitu sahaja. Saya menyelidiki dakwaan tersebut adakah ia benar atau tidak.
Anda menulis,
"Islam menjadikan iman kepada para Nabi dan Rasul sebagai salah satu rukun
akidah (rukun iman) sebagaimana firman Allah:
“Katakanlah (hai orang-orang mukmin ), kami beriman kepada Allah dan apa saja
yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub, dan anak cucunya, dan apa
saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi- Nabi dari Tuhanya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”"
- Persoalannya, bagaimana anda tahu apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub?
- Malah, ayat yang anda petik ini (Al-Baqarah ayat 136) mengatakan anda beriman kepada apa yang diterima oleh Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'kub dan Musa, serta Yesus. Masalahnya, apa yang anda imankan sebagai seorang Muslim jauh bertentangan dengan apa yang mereka percayai.
Anda menulis,
"Di antara para Rasul itu ada yang disebut dengn “Ulul „Azmi”, ertinya Rasul yang paling banyak menghadapi cabaran yang berat dan berjuang dengan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Rasul-rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.A.W."
- Bagaimana anda tahu Yesus hanyalah seorang nabi?
- Bagaimana anda tahu Nabi Muhammad benar-benar nabi yang diutus oleh Tuhan sama yang telah mengutus Nuh, Ibrahim dan Musa?
Anda menulis,
"mana makna surah al fatiha tiwas
kau bilang ilmu kau tinggi
buktikanlah,lama dah tunggu,mau akub bagi tau.....aku tak nak kau
mengalah tiwas"
- Nampaknya, anda mulai menggunakan taktik 'taunting'. Cara anda ini tidak begitu sepadan dengan 'umur 40 tahun' anda, kerana ia agak kebudak-budakkan.
- Saya tidak pernah mengatakan "ilmu saya tinggi". Mungkin anda merasakan demikian kerana saya telah memberikan fakta yang anda sendiri tidak tahu.
- Saya tahu apa maksud surah al-fatihah, cuma, adakah anda tahu sejarah bagaimana surah ini dimasukkan ke dalam Al-Quran? Kerana pada mulanya, surah ini bukan dianggap sebagai wahyu tetapi sekadar sebuah doa.
Bagaimana dengan persoalan2 yang timbul dari kenyataan2 anda sebelum ini? Mengapa anda mengelak dari memberikan respon, sebaliknya anda cuba memberikan persoalan balas seolah2 mahu mengalihkan fokus permasalahan persoalan2 tersebut?
Jika anda tidak mahu memberikan respon yang sepatutnya dengan tidak mengendahkan persoalan2 tersebut, saya mungkin akan berhenti seketika dari memberikan respon kepada komen2 anda.
Walau apa pun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberikan komen serta membaca blog ini.
Tuhan memberkati.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?
1. Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;
"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di sayaurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.
Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya di Baitullah Makkah :)
Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.
dari tua penuh dosa,kerna jahil
tak kenal Allah,ruginya manusia tu
rugi serugi ruginya