Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Terjemahan dan versi Alkitab

Mengapa terdapat banyak terjemahan Alkitab?
- Kerana terdapat banyak bahasa berbeza di dunia. Terjemahan dibuat berdasarkan bahasa tersebut agar lebih ramai yang dapat mendengar tentang Injil melalui bahasa yang difahami mereka.

Mengapa terdapat banyak versi Alkitab seperti NIV, KJV, NET, Terjemahan Lama, Terjemahan Baru, dan lain-lain?
- Kerana bahasa sentiasa berubah dan berkembang. Contohnya istilah, ejaan, tatabahasa dan lain-lain adalah berbeza jika dibandingkan dengan 100 tahun dahulu. Bayangkan jika tidak ada versi kemaskini seperti Alkitab NIV atau NET dan kita kekal menggunakan Alkitab KJV versi lama, dapatkah kita memahami sepenuhnya bahasa Inggeris klasik yang digunakan? Atau jika Alkitab Terjemahan Lama Bahasa Indonesia kekal digunakan (tidak ada Terjemahan Baru), adakah kita dapat memahami sepenuhnya mesej Alkitab sedangkan konteks bahasa zaman tersebut sudah berbeza berbanding konteks bahasa zaman ini?

- Selain itu, penemuan-penemuan baru serta kajian Alkitab yang berterusan memberikan kita pemahaman yang lebih jelas lagi. Ini juga menyumbang kepada pengemaskinian Alkitab yang ada.

- Dengan kata lain, versi-versi ini bukanlah suatu perubahan dalam erti kata doktrin berubah atau mesej asal berubah. Cuma, ia dikemaskini agar mesej dan doktrin yang ada dapat terus difahami dan diturunkan sesuai dengan perubahan bahasa mengikut peredaran zaman.

Ulasan