6.Perempuan tidak bersih, tidak suci? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"
Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Perempuan tidak bersih, tidak suci?
Argumen SM
Im 15:19-23 - haid menjadikan wanita tidak suci, dan semua yang disentuhnya mesti dibersihkan. Namun, di dalam Islam, haid adalah bahagian yang normal di dalam kehidupan. Mereka hanya tidak dibenarkan bersetubuh semasa haid, dan dikecualikan daripada sembahyang dan berpuasa.
Respon kami
Sekali lagi, SM salah faham terhadap maksud 'tidak suci' di dalam Taurat. Ia bukanlah gambaran terus tentang status moral seperti yang diandaikannya. Ia juga bukan keadaan yang unik hanya untuk wanita. Lelaki juga dianggap sebagai 'tidak suci' selepas mengeluarkan air mani (Im15:16-18 - hal ini selepas ayat yang dipetiknya). Kami keliru dengan salah fahamnya, memandangkan Muslim juga mempunyai konsep yang sama tentang ritual penyucian yang wajib dilakukan sebelum 'solat', dan keadaan yang sama ini memerlukan seseorang itu wajib melakukan 'wuduk' (contohnya, mengeluarkan air mani, kentut, apabila terkena air liur bayi, dll...).
Yang terakhir, sebarang batas yang diberikan kepada wanita yang sedang haid menurut Taurat atau tradisi rabbai jauh lebih ringan berbanding pengajaran Muslim yang mana wanita tidak boleh berdoa langsung semasa datang haid. Hal itu adalah hukuman yang berat untuk mana-mana wanita yang mengasihi Tuhannya - apabila dilarang untuk berbicara denganNya semasa datang haid, masa di mana dia paling memerlukan suatu perhubungan dengan Tuhannya.
SM juga tidak mempedulikan kenyataan tidak enak yang dikeluarkan oleh Muhammad terhadap wanita disebabkan haid mereka. Di dalam Sahih Bukhari, Hadis 1:301, Muhammad diriwayatkan telah berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda: “.... Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? .... Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama” (sumber)
seterusnya...
7. Memberi kesaksian
atau
kembali ke indeks

Ulasan