Langkau ke kandungan utama

5.Pendidikan perempuan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Pendidikan Perempuan
Argumen SM
1 Kor 14:34-35 melarang wanita dari berbicara. Bagaimana seorang wanita harus belajar jika beliau tidak dibenarkan bercakap dan harus tunduk sepenuhnya? Al-Quran pula menunjukkan peristiwa di mana seorang wanita berhujah dengan Muhammad dan kemudian diadili sebagai benar di hadapan Tuhan (surah 58).

Respon kami

Pertama, tafsiran 1 Kor 14:34-35 yang diberikan adalah tidak tepat dan tidak mempertimbangkan konteks ayat tersebut (lihat perbincangan sebelum ini tentang tafsiran yang pelbagai). Hal ini adalah masalah khusus (wanita mengganggu perjumpaan bersama dengan berkata terlalu kuat, kerana mereka pertama kali mendengar Kitab Suci dibacakan secara terbuka), untuk tempat yang khusus (kota Korintus, di mana kebanyakan yang baru menjadi percaya datang dari latarbelakang Yahudi yang konservatif, maka tidak pernah menghadiri perkumpulan umum agama, serta tidak pernah mendengar Kitab Suci dibacakan secara terbuka sebelum itu). Peringatan ini tidak diulang pada gereja-gereja lain, maka ia tidak sepatutnya dilihat sebagai peraturan mutlak, bukan seperti yang diandaikan oleh SM. Kenyataan tersebut dibuat pada masa yang khusus, gereja yang khusus, berkenaan dengan masalah dan konteks yang khusus, dan tidak berkaitan dengan pendidikan wanita secara keseluruhan, bukan seperti yang diandaikan melalui 'tajuk' yang diberikan oleh SM untuk bahagian ini. Dia menambahkan ke dalam teks perkara yang tidak dimaksudkan oleh penulis kitab tersebut.

Kedua, dia dengan jelas tidak mempedulikan semua contoh wanita yang berhujah dengan lelaki di dalam Alkitab, termasuk ketika mereka mengajar serta memberikan arahan kepada orang lain berkenaan dengan hal-hal agama. [contohnya, Abigail melawan Daud (1 Sam 25:14-35), anak-anak perempuan Zelafehad mempersoalkan Musa (Bil 27:1-11), isteri yang ideal seperti yang digambarkan di dalam Amsal 31 dengan 'Kata-katanya bijak serta lemah lembut', Martha yang berhujah dengan Yesus sementara Maria duduk dekat kakiNya dan belajar sama seperti murid-murid lelaki yang lain (Luk 10:38-42), contoh Priskila, seorang wanita, mengajar Apolos yang terpelajar, seorang lelaki (Kis 18:24-28), dan perintah di dalam epistel kepada wanita untuk belajar (1 Tim 2:11) dan kemudian mengajar (Tit 2:3-5).

seterusnya...
6. Perempuan tidak bersih, tidak suci?
atau
kembali ke indeks

Ulasan