Gambaran tentang perkataan Yesus yang diberikan di dalam kitab Injil mengungkapkan seorang Tokoh yang mana pengajaranNya memerlukan kita memilih untuk mengikut atau menolakNya, seorang Tokoh yang mendakwa telah menyatakan jalan untuk datang kepada Tuhan dengan penuh kepastian. Dia tidak datang membawa pengetahuan, Dia adalah pengetahuan itu (Mat 7:24-27). Itulah sebabnya ada yang sanggup mati keranaNya atau sanggup mati menentangNya. PerkataanNya memberikan kita pilihan yang melibatkan hidup dan mati (Luk 9:18-26). Sesiapa yang membaca perkataanNya di dalam kitab Injil sepatutnya sedar bahawa suara itu tidak sayup atau dibuat-buat; ia kuat dan jelas.
dipetik dan diterjemahkan dari buku Jesus Under Fire, m/s 94.
Ulasan