Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.
Topik
Pembelajaran 5 - Pekerjaan Tuhan di dalam penyelamatan
Frasa yang mengatakan 'Tuhan menyelamatkan orang berdosa', merumuskan pengajaran Alkitab tentang bagaimana Tuhan menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam dosa.
Tuhan menyelamatkan. Dia mengutus Kristus. Dia memanggil manusia kepada Kristus. Dia tidak hanya menyediakan jalan agar orang berdosa diselamatkan, tetapi Dia sendiri yang menyelamatkan lelaki dan wanita.
Tuhan tidak sekadar melemparkan pelampung keselamatan kepadanya tetapi memegang dan menariknya ke dalam bot penyelamat.
Yunus 2:2, 9; 2 Tim 1:8-9
Mengapa Tuhan menyelamatkan?
Adakah kerana kita menyenangkan? (Rom 3:10-25) Sudah tentu tidak! Ia adalah kerana Dia mengasihi orang berdosa (Yoh 3:16). Dan kerana Dia memilih untuk melakukannya (Ef 1:4-5). Ia juga menyatakan pujian dan kemuliaan kepada Tuhan (Ef 1:6)
Jika Tuhan merancang untuk menyelamatkan adakah Dia akan gagal?
Tuhan memiliki kuasa dan tekad untuk melaksanakan rancanganNya.
Ef 1:11; Mzm 33:11; Mzm 135:6
Adakah rancangan Tuhan diubah oleh idea kebebasan memilih manusia?
Kitab Suci menunjukkan orang berdosa adalah tidak berdaya secara rohani [cth: Ef 2:1-10; Yoh 6:44-45]. Manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri, namun oleh kerana sifatnya yang cenderung berbuat dosa, dia secara bebas memilih untuk menentang Tuhan. Satu-satunya harapan manusia adalah sifat yang baru.
Bagaimana Tuhan menyelamatkan?
Dia menentukan mereka yang akan diselamatkan dan memilih mereka di dalam Kristus [pilihan] (Lihat Ef 1:5-11; Rom 8:28-30). [Yoh 17:4-12; 1 Ptr 1:2]
Tuhan boleh merancang untuk tidak menyelamatkan sesiapa, atau merancang untuk menyelamatkan semua orang, kerana tiada siapa yang layak untuk diselamatkan.
Lihat argumen Paulus:
1) Ia memuliakan Tuhan dengan menghilangkan perasaan membanggakan diri sendiri.
Beberapa masalah:
1) Adakah manusia robot yang telah diprogramkan?
Tidak, manusia bertanggungjawab terhadap pilihannya sendiri. Oleh kerana sifatnya, manusia dengan rela memilih diperhambakan oleh dosa daripada memilih Tuhan. Tuhan tidak pernah mendorong manusia melakukan dosa.
Mereka tidak dapat datang melainkan Tuhan dengan belas kasihanNya memberikan hidup dan dengan hidup baru ini mereka secara bebas memilih untuk datang kepada Kristus.
Benar. Jika ada yang rela, dia boleh datang kepada Kristus dan percaya Dia tidak akan menghalaunya. Dan ia adalah kewajiban semua kita untuk bertaubat.
Dia mesti datang kepada Kristus.
Ya.
Bersambung...
Pembelajaran 6 - Kematian dan Kebangkitan Kristus

Tit 1:1-2; 1 Ptr 1:1-2; 1 Ptr 2:8-9; 1 Tes 1:4, 5:9; Mat 11:27 [Mat 24:22-24, 31; Kol 3:12; 2 Tes 2:13]Tuhan memilih untuk melakukannya kerana kasih. Dia tidak melihat siapa yang akan percaya dan kemudian memilih mereka.
Lihat argumen Paulus:
Rom 9:6-24. [lihat juga 2 Tim 1:9; Rom 10:20; 1 Kor 1:27-29; Rom 11:5-6]Keselamatan melalui beriman kepada Kristus itu sendiri adalah anugerah Tuhan.
Kis 13:48; Flp 1:29 [Kis 18:27; Flp 2:12-14; 1 Tes 1:4-5]Perbuatan baik tidak akan mendapat keselamatan tetapi adalah hasil keselamatan.
Ef 2:8-10 [Yoh 15:16]Apa respon kita yang sepatutnya?
lihat respon Paulus Rom 11:33-36.Mengapa doktrin ini berguna?
1) Ia memuliakan Tuhan dengan menghilangkan perasaan membanggakan diri sendiri.
1 Kor 1:27-292) Ia memberikan dasar kepada keyakinan.
Flp 1:63) Ia membawa kepada memuliakan dan bersyukur kepada Tuhan.
Ef 1:13-14Maka keselamatan adalah didasarkan kepada pilihan atau ketentuan Tuhan. Ia bergantung kepada belas kasihan Tuhan yang berdaulat. Bukan kehendak manusia yang menjadi faktor penentu untuk siapa yang akan atau tidak akan diselamatkan. Yang menjadi penentu ialah kehendak Tuhan. Tuhan akan menentukan siapa yang akan ditunjukkan belas kasihan dan diselamatkan.
Beberapa masalah:
1) Adakah manusia robot yang telah diprogramkan?
Tidak, manusia bertanggungjawab terhadap pilihannya sendiri. Oleh kerana sifatnya, manusia dengan rela memilih diperhambakan oleh dosa daripada memilih Tuhan. Tuhan tidak pernah mendorong manusia melakukan dosa.
[lihat Ef 2:1-10; Yoh 8:34; Rom 6:16-23]2) Apa harapan yang tinggal - siapa yang boleh diselamatkan? Bagaimana orang berdosa datang kepada Kristus?
Mereka tidak dapat datang melainkan Tuhan dengan belas kasihanNya memberikan hidup dan dengan hidup baru ini mereka secara bebas memilih untuk datang kepada Kristus.
[Ef 2:1-10; Yoh 3:1-15]3) Ada dikatakan di dalam Alkitab, 'sesiapa pun yang datang'.
Benar. Jika ada yang rela, dia boleh datang kepada Kristus dan percaya Dia tidak akan menghalaunya. Dan ia adalah kewajiban semua kita untuk bertaubat.
[Yoh 6:37-40, 43-48; Kis 17:30]4) Apa yang perlu dilakukan bagi seorang bukan Kristian: menunggu untuk dipilih atau datang kepada Kristus sekarang?
Dia mesti datang kepada Kristus.
[Mat 11:28; 2 Kor 6:2]5) Perlukah kita memberitakan Injil kepada semua orang?
Ya.
[lihat sekali lagi Kis 17:30 dan Mat 11:28. Baca Kis 2 untuk pengajaran Injil yang baik]
Bersambung...
Pembelajaran 6 - Kematian dan Kebangkitan Kristus
Ulasan