Langkau ke kandungan utama

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Alcides (Hercules)?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Tektonic dan boleh dibaca di sini. Ditulis oleh J.P HoldingPenerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Anda pernah dengar tentang Alcides dari Thebes, tahu atau tidak: Alcides adalah nama lain bagi Hercules. Dakwaan yang dibuat ialah Alcides adalah "tuhan juruselamat yang dilahirkan oleh seorang perawan pada tahun 1200 sebelum Masihi." Dari sebuah laman web yang kini sudah tidak berfungsi, kita mendapati hal berikut (yang mana telah saya pastikan dari sumber-sumber lain):
Ibu Hercules ialah Alcmene, isteri kepada Raja Amphitryon dari Troezen. Ayahnya ialah pemimpin kepada Olympian, Zeus. Dia menyamar sebagai Amphitryon dan melawat Alcmene selama tiga malam. Isteri Zues, Hera, marah apabila mengetahui Alcmene mengandung anak Zeus. Dia menghantar ahli-ahli sihir ke Troezen untuk menghalang Alcmene dari melahirkan, namun ahli-ahli sihir itu gagal dan Alcmene melahirkan anak kembar: Hercules, anak lelaki Zues, dan Iphicles, anak lelaki Amphitryon.
Kelahiran perawan? Saya tidak akan melakukan hal begitu ke atas ayah perempuan yang anda sedang bertemu janji. Bagaimana dengan bahagian "juruselamat"? Seperti di dalam kartun, Hercules bertarung; dia membebaskan penduduk Thebes daripada penindas mereka, namun itulah persamaan paling hampir yang kita boleh dapat. Apa kejayaan menyelamat, yang ada di dalam minda pengkritik?

Mark Smith menulis di dalam buku Origin of Christian Monotheism menyatakan tradisi yang lebih tua tentang "Herakles" -- sebenarnya, bukan peribadi yang sama seperti Hercules dari Greek, namun sering dikelirukan sebagai sama kerana nama yang hampir sama -- yang dikatakan oleh Josephus, di dalam bahagian yang merujuk tentang Hiram dari Tyre (dari zaman Salomo) dan telah mengalami suatu "kebangkitan", namun para sarjana tidak sepakat tentang apa yang diperkatakan, dan Josephus tidak memberikan sebarang perincian. Thackery melihat bahagian ini sebagai merujuk kepada sebuah bangunan kuil Herakles, dan tiada apa yang dikatakan tentang kematiannya. Ada sebuah tradisi dari Sepanyol kuno [!] yang mencadangkan kematian Herakles, namun "kebangkitan"nya dijelaskan menggunakan istilah pendewaan.

Kita diberitahu, salah satu kejayaan terhebat Hercules, "ialah membersihkan kandang Augeas, Raja di Elis, dalam satu hari. Augeas mempunyai 3,000 lembu, dan kandangnya tidak pernah dibersihkan selama 30 tahun". Kadang-kala, ia mengingatkan saya bagaimana saya perlu "membersihkan" banyak dakwaan seperti ini yang dibuat tentang Hercules [menyamakannya dengan cerita Yesus].

Ulasan