Artikel ini diterjemah dari laman web Please Convince me.com. Artikel asal bertajuk Responding to Those Who support Same Sex Marriage dan boleh di baca di sini. Artikel ini dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Mengapa Kita Perlu Berdebat Tentang Hal Ini?
Ramai Kristian yang tidak mengerti mengapa kita perlu terlibat dengan membincangkan tentang perkahwinan sejenis. Ada di kalangan kita, sebagai pengikut Kristus, tidak pernah menyelidiki isu ini dengan teliti dan belum mencapai kesimpulan berkaitan kebaikan dan kelemahannya. Selain daripada mereka yang belum mempunyai keputusan, ada yang menyokong perkahwinan sejenis dan ada juga yang menolak perkara ini.
Dari perspektif Kristian, terdapat sebab yang baik untuk mengatakan perkahwinan sejenis melanggar pengajaran Tuhan seperti yang dinyatakan di dalam Alkitab (lebih lanjut di sini); ada sebab yang baik untuk mengatakan bahawa Tuhan di dalam Alkitab TIDAK menyokong perkahwinan sejenis. Namun, jika kita melihat hal ini melalui pemahaman sekuler tentang peranan kerajaan dan peranan perkahwinan di dalam masyarakat kita, juga terdapat sebab yang baik untuki menentang perkahwinan sejenis (lebih lanjut di sini).
Menjawab Argumen Umum
Bagi kita yang menentang perkahwinan sejenis dari segi praktikal, falsafah, dan teologikal akan diserang dengan pelbagai argumen oleh mereka yang menyokong idea tersebut. Adakah pendirian kita sah dan boleh berhadapan terhadap penelitian teliti dan argumen-argumen serangan balas? Mari perhatikan beberapa argumen umum yang diberikan oleh mereka yang menyokong perkahwinan sejenis:
1. Argumen: Adalah tidak bersifat mengasihi jika kita menidakkan peluang pasangan sejenis yang bercinta untuk berkahwin.
Bukankah perkahwinan hanyalah perhubungan antara dua orang? Bagaimana sesuatu perkahwinan itu menyakiti masyarakat atau orang yang tidak telibat di dalam perkahwinan tersebut? Ia adalah komitmen peribadi dan bukan urusan orang lain. Masyarakat tidak sepatutnya mengarah apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh dua orang tersebut jika tiada sesiapa yang disakiti semasa mereka melakukannya. Homoseksual mahu berkahwin kerana ia adalah ekspresi muktamad perasaan cinta mereka antara satu sama lain, dan perkahwinan adalah komitmen yang mengatakan, "saya sangat mengasihi anda dan mahu hidup bersama dangan anda seumur hidup saya; saya mahu berkongsi susah senang, tidak mementingkan yang lain, dan bersama sehingga kematian menceraikan kita." Adalah tidak mengasihi dan tiada toleransi jika masyarakat cuba menidakkan homoseksual untuk berkahwin.
Respon:
Perkahwinan adalah lebih dari sekadar perhubungan, ia adalah sebuah institusi. Tiada yang mengatakan kita melarang perhubungan kasih, namun menidakkan homoseksual untuk berkahwin adalah tidak sama dengan menidakkan peluang homoseksual untuk mengasihi antara satu sama lain.
Perkahwinan adalah lebih dari sekadar perhubungan, ia adalah sebuah institusi. Tiada yang mengatakan kita melarang perhubungan kasih, namun menidakkan homoseksual untuk berkahwin adalah tidak sama dengan menidakkan peluang homoseksual untuk mengasihi antara satu sama lain.
Kita tinggal di dalam pemerintahan kerajaan yang mempunyai tugas rumit untuk melindungi kebebasan peribadi di dalam masyarakat. Homoseksual memang mempunyai kebebasan untuk mengasihi antara satu sama lain, dan undang-undang kita tidak melarang perhubungan seperti ini. Namun terdapat perbezaan di antara 'membenarkan' dan 'menyokong'. Ramai di antara kita mungkin mencintai seseorang atau suatu gaya hidup, namun kerajaan tidak mempunyai kewajiban untuk menyokong cinta kita terhadap seseorang itu atau gaya hidup tersebut. Ia bukan suatu sifat yang tidak mengasihi jika kerajaan dan masyarakat tidak menyokong suatu pendapat, walaupun ada di antara kita sangat menyokong pendapat yang kita harapkan mendapat sokongan umum tersebut.
Respon:
Majoriti homoseksual (termasuk yang melihat diri mereka sebagai 'mencintai') TIDAK berminat untuk berkahwin. Beberapa antara mereka YANG berminat untuk sebuah perhubungan yang komited mempunyai peluang untuk melakukan perhubungan seperti itu. Komitmen percintaan jenis ini tidak memerlukan perkahwinan.
Keinginan kita untuk mencintai seorang dewasa dan mahu menjalani gaya hidup tertentu, mesti dinilai dengan melihat tanggungjawab kita untuk mengasihi kanak-kanak yang dibesarkan di dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh menjejaskan sebahagian besar budaya kita hanya untuk menunjukkan cinta kita terhadap pihak minoriti yang kecil di dalam budaya tersebut.
Bersambung..
Bahagian II
Majoriti homoseksual (termasuk yang melihat diri mereka sebagai 'mencintai') TIDAK berminat untuk berkahwin. Beberapa antara mereka YANG berminat untuk sebuah perhubungan yang komited mempunyai peluang untuk melakukan perhubungan seperti itu. Komitmen percintaan jenis ini tidak memerlukan perkahwinan.
Komuniti homoseksual sebenarnya tidak mempunyai kata sepakat di dalam isu perkahwinan sejenis. Majoriti homoseksual TIDAK mahu terlibat di dalam perkahwinan sejenis (lebih lanjut selepas ini). Statistik telah berulang kali menunjukkan bahawa kebanyakan homoseksual tidak berminat untuk melakukan perkahwinan sejenis, tetapi, mereka juga menunjukkan dalam majoriti yang besar bahawa mereka menyokong undang-undang perkahwinan sejenis. Mengapa homoseksual mahukan undang-undang tersebut tetapi tidak mahu terlibat di dalam institusi yang terhasil? Ini kerana homoseksual kurang berminat terhadap isu 'cinta' berbanding isu 'dibenarkan'.Respon:
Keinginan kita untuk mencintai seorang dewasa dan mahu menjalani gaya hidup tertentu, mesti dinilai dengan melihat tanggungjawab kita untuk mengasihi kanak-kanak yang dibesarkan di dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh menjejaskan sebahagian besar budaya kita hanya untuk menunjukkan cinta kita terhadap pihak minoriti yang kecil di dalam budaya tersebut.
Semua kita, sebagai warganegara di dalam negara ini, mesti mengambil keputusan sesuai dan bersifat kasih yang membolehkan kita melakukan perbuatan baik terhadap orang lain sebanyak mungkin, pada masa yang sama mengurangkan perbuatan yang menjejaskan orang lain sebanyak yang mungkin. Kita mesti mencari cara untuk memaksimumkan kebaikan, dan meminimumkan keburukan. Bolehkah kita mengatakan diri kita mengasihi jika kita mahu memperakui perkahwinan sejenis demi homoseksual, walaupun ia membahayakan kesejahteraan kanak-kanak yang akan dibesarkan di dalam perkahwinan tersebut? Kita mesti menimbang kebaikan dan kelemahan yang ada, dan di dalam kes perkahwinan sejenis, keburukan yang akan menimpa kanak-kanak ini adalah lebih berat dari sebarang kebaikan atau faedah yang akan diperolehi oleh homoseksual yang mahukan perhubungan mereka diperakui secara rasmi.
Bersambung..
Bahagian II
Ulasan