Artikel ini diterjemahkan dari laman web J.P. Moreland. Artikel asal boleh di baca di sini.
Adakah kita, sebagai pengikut Yesus, melalui Kitab Suci atau kaedah lain, memiliki sumber pengetahuan tentang realiti yang boleh dipercayai atau tidak? Kita tahu ini adalah soalan yang penting. Memiliki pengetahuan - terutamanya pengetahuan agama dan moral - adalah penting untuk hidup yang berkembang. Untuk menjawab persoalan ini, terlebih dahulu, kita perlu menjawab soalan berikut: Apa sebenarnya pengetahuan dan apa maksudnya apabila kita mengatakan pengajaran Kristian menyediakannya? Mari kita mulakan dengan sungguh-sungguh dan melihat sama ada kita dapat mencari jawapan kepada persoalan kedua ini.
Definisi Pengetahuan
Berikut adalah definisi ringkas untuk pengetahuan: Ia adalah mewakili realiti melalui fikiran atau mengalaminya berdasarkan dasar yang mencukupi. Mengetahui sesuatu (sifat kanser, kemaafan, Tuhan) ialah memikirkan atau mengalaminya berdasarkan bukti, pengalaman, intuisi, dan lain-lain, yang kukuh. Hanya sedikit yang dapat diperkatakan tentang apa yang termasuk sebagai "dasar yang mencukupi". Cara terbaik yang seseorang itu boleh lakukan ialah bermula dengan pengetahuan yang khusus dan ketiadaannya di dalam seni, kimia, memori, kitab, logik, dan merumuskan perincian yang sesuai tentang "dasar yang mencukupi".
Tiga Penjelasan Penting tentang Pengetahuan
Sila perhatikan tiga perkara penting. Pertama, pengetahuan tidak berkaitan dengan kepastian atau suatu pencarian tentangnya. Seseorang boleh mengetahui sesuatu tanpa perlu berasa pasti tentang sesuatu tersebut dengan kehadiran perasaan ragu-ragu atau mengetahui bahawa kita berkemungkinan salah tentangnya.
Baru-baru ini, saya tahu Tuhan telah berbicara kepada saya tentang suatu perkara yang khusus namun saya akui saya berkemungkinan tersilap tentang hal ini (walaupun setakat ini, saya tiada sebab yang baik untuk memikirkan saya salah). Apabila Paulus mengatakan, "Kamu tentu tahu bahawa.." (Efesus 5:5), dengan jelas dia menyatakan secara tersirat bahawa kita boleh mengetahui tanpa kepastian; jika tidak, kenyataan yang diberikannya akan kelihatan melebih-lebih. Mengapa? Jika saya berkata, "Berikan saya burger yang mengandungi jeruk," saya menyatakan secara tersirat bahawa adalah mungkin untuk mendapatkan burger tanpa jeruk. Sebaliknya, jika jeruk adalah sebahagian daripada bahan yang diperlukan untuk membuat burger, adalah melebih-lebih jika meminta burger dengan jeruk. Adalah mudah melihat persamaan ini dengan ungkapan "tentu tahu".
Apabila Kristian mengaku mempunyai pengetahuan tentang itu atau ini, contohnya, Tuhan itu nyata, Yesus bangkit dari kematian, Alkitab adalah Firman Tuhan, mereka tidak mengatakan bahawa tiada kemungkinan mereka salah, mereka tiada keraguan, atau mereka mempunyai jawapan untuk semua persoalan diberikan terhadap mereka. Mereka hanya mengatakan bahawa ini dan lain-lain dakwaan yang dibuat memenuhi maksud definisi yang diberikan di atas.

Kedua, seseorang itu boleh mengetahui sesuatu tanpa mengetahui bagaimana dia mengetahuinya. Jika seseorang mesti mengetahui bagaimana dia mengetahui sesuatu, maka dia juga mesti mengetahui bagaimana dia mengetahui tentang bagaimana dia mengetahui sesuatu itu, dan hal bagaimana ini akan berterusan tanpa penghujung. Hidup ini terlalu singkat untuk persoalan seperti itu yang sangat panjang dan, syukur, kita selalunya mengetahui sesuatu tanpa perlu mengetahui bagaimana kita mengetahuinya. Maka, seseorang itu boleh mengetahui dia mengalami hadirat Tuhan walaupun tidak dapat menjelaskan bagaimana dia mengetahuinya kepada mereka yang tidak percaya.
Apabila Kristian mengatakan mereka mengetahui sesuatu, mereka bukan mengatakan bahawa mereka sentiasa tahu bagaimana mereka tahu apa yang mereka tahu. Contohnya, ramai Kristian mengalami keadaan di mana mereka tahu bahawa Tuhan sedang memimpin mereka melalui suatu cara, namun mereka mungkin tidak dapat menjelaskan bagaimana mereka mengetahuinya. Namun, dalam beberapa kes tertentu di dalam komuniti Kristian - contohnya, mereka yang pakar di dalam kajian Perjanjian Baru atau falsafah - tahu bagaimana kita sebagai Kristian mengetahui perkara tertentu. Namun, Kristian yang lain tidak wajib untuk memiliki maklumat tersebut untuk mengatakan mereka tahu Tuhan itu wujud dan lain-lain perkara.

Yang terakhir, seseorang boleh mengetahui sesuatu tanpa menyedari bahawa dia mengetahuinya. Mari kita lihat tentang Joe, seorang yang kurang keyakinan diri tetapi pelajar sekolah tinggi yang dedikasi, yang akan mengambil ujian sejarah akhir. Selama ini, dia telah belajar bersungguh-sungguh dan mempunyai pengetahuan mengenai apa yang dipelajarinya, namun apabila seorang kawan bertanya adakah dia bersedia untuk mengambil ujian, dia menjawab "tidak". Dalam kes ini, Joe sebenarnya tahu, tetapi dia tidak sedar bahawa dia mengetahuinya. Maka, keyakinan dirinya kurang. Hari ini, budaya elit di dalam media dan universiti memberitahu kita bahawa kita tidak boleh mengetahui sama ada Tuhan itu wujud, dan lain-lain lagi. Akibatnya, walaupun ramai Kristian yang mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan Kristianiti, mereka kurang keyakinan diri kerana mereka tidak sedar yang mereka mempunyai pengetahuan tersebut.
Tiga jenis Pengetahuan
Selain ketiga-tiga pemerhatian tentang pengetahuan tadi, terdapat tiga jenis pengetahuan yang berbeza.:
1) Pengetahuan melalui pengalaman: Ia terjadi apabila kita secara terus sedar akan sesuatu, contohnya, apabila saya nampak sebiji epal atau mengambil perhatian terhadap perasaan dalaman saya, saya mengetahui hal ini melalui pengalaman. Seseorang itu tidak perlu mengetahui konsep tentang sebiji epal atau pengetahuan untuk menggunakan perkataan "epal" dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan pengetahuan melalui pengalaman tentang epal. Seorang bayi boleh melihat sebiji epal tanpa perlu mengetahui konsep yang berkaitan atau kemahiran pertuturan. Pengetahuan melalui pengalaman kadang kala dipanggil sebagai "melihat", menyedari sesuatu secara terus. Kadang kala seorang Kristian tahu tentang Tuhan dengan mengalami hadiratNya, pengampunan, dan lain-lain.
2) Pengetahuan melalui usul: Ini adalah pengetahuan bahawa keseluruhan usul yang diberi adalah benar. Contohnya, pengetahuan tentang "objek tersebut adalah sebiji epal" memerlukan pengetahuan tentang konsep epal dan mengetahui objek yang sedang diperhatikan memenuhi konsep tersebut. Pengetahuan melalui usul adalah kepercayaan benar yang wajar; ia adalah mempercayai sesuatu bersandarkan dasar yang mencukupi. Alkitab adalah sumber utama kita untuk pengetahuan melalui usul tentang doktrin-doktrin Kristianiti.
3) Tahu-bagaimana: Ini adalah kemampuan untuk melakukan sesuatu perkara, contohnya, menggunakan epal untuk tujuan tertentu. Kita boleh membezakan tahu-bagaimana yang biasa dengan tahu-bagaimana yang asli atau kemahiran. Tahu-bagaimana asli adalah berdasarkan pengetahuan dan pengertian yang dalam dan merupakan karakter untuk seorang pekerja yang mahir di dalam suatu bidang. Tahu-bagaimana biasa adalah kebolehan untuk melakukan perbuatan yang betul, contohnya mengikut langkah yang diberikan di dalam buku panduan, dengan sedikit atau tanpa pengetahun tentang mengapa seseorang itu melakukan perbuatan tersebut. Tahu-bagaimana secara Alkitabiah tertumpu kepada bagaimana menjalani kehidupan dengan baik dan dipanggil sebagai hikmat.
Oleh kerana pengetahuan melalui pengalaman sangat penting, biar saya jelaskan lebih lanjut. Pengetahuan jenis ini adalah pengetahuan yang diperolehi dengan melihat - apabila seseorang mengalami sesuatu secara terus. Seseorang boleh memikirkan tentang pokok, Tuhan, atau sama ada seseorang itu marah atau tidak, namun semua ini tidak sama seperti ketikan kita secara terus menyedari tentang pokok, Tuhan, atau kemarahan di dalam diri sendiri. Pengetahuan melalui pengalaman adalah dasar penting untuk semua pengetahuan lain, dengan kata lain, pengalaman atau kesedaran secara terus terhadap realiti adalah asas untuk semua perkara yang kita tahu. Pengalaman adalah lebih asas berbanding ultimate worldview presuppositions [istilah ini sukar diterjemahkan, sila rujuk link yang diberikan] dan, sebenarnya, bukti daripada pengalaman memberikan data-data untuk menilai perspektif atau tafsiran yang berlainan untuk sesuatu peristiwa.
Seseorang itu tidak sepatutnya membataskan apa yang dapat dilihat atau dialami hanya kepada lima deria yang ada sahaja. Seseorang itu juga boleh menyedari jiwa dan keadaan dalaman seperti fikiran, perasaan, keinginan, kepercayaan dan lain-lain lagi melalui kesedaran introspektif kehidupan peribadi seseorang itu. Seseorang boleh sedar secara terus terhadap Tuhan dan hadiratNya di dalam pengalaman kerohanian, ketika Dia berbicara melalui bimbingan, kesaksian Roh ke atas pelbagai perkara dan banyak lagi. Sejak zaman Plato hingga hari ini, ramai ahli falsafah percaya, dan saya melihatnya sebagai benar, terhadap apa yang dipanggil sebagai kesedaran yang waras, iaitu kebolehan jiwa untuk sedar secara terus tentang estetik dan nilai moral, nombor dan hukum matematik, hukum logik, dan pelbagai lagi objek abstrak seperti kemanusiaan, hikmat, dan seterusnya. Perkara penting yang perlu disedari ialah kita sebagai manusia mempunyai kebolehan untuk "melihat", mampu menyedari secara terus, mampu mengalami secara terus pelbagai perkara, yang mana kebanyakannya tidak dapat dikesan melalui lima deria yang ada pada kita.
Untuk "sekadar melihat" sebiji epal (atau mengalami hadirat Tuhan melalui doa renungan) ialah menyedarinya secara terus. Untuk melihat sesuatu sebagai sebiji epal (atau Tuhan) memerlukan kita mempunyai konsep tentang epal (mungkin melalui pendedahan dan melihat epal berulang-kali) dan menggunakannya untuk mengetahui apakah objek yang dilihat tersebut. Untuk melihat bahawa objek tersebut adalah epal (atau Tuhan), seseorang itu perlu memikirkan di dalam mindanya "Objek di hadapan saya ini adalah sebiji epal" dan menilai bahawa objek tersebut benar-benar seperti yang difikirkan. Ketiga-tiga hal ini mempunyai kaitan dengan pengalaman mistikal dan kesedaran terhadap kewujudan Tuhan.
Apabila kita melihat kepada realiti dan sifat pengetahuan melalui pengalaman, ia menunjukkan pengetahuan tidak bermula dengan andaian, bahasa, konsep, budaya seseorang, perspektif atau lain-lain perkara. Ia bermula dengan kesedaran terhadap kenyataan/realiti. Melihat sebagai dan melihatnya pula memerlukan seseorang untuk mempunyai andaian, konsep, dan lain-lain. Andaian seseorang dan lain-lain lagi akan mempengaruhi bagaimana kita melihat sesuatu itu sebagai begini atau begitu, contohnya, penyembuhan dari Tuhan, dan perspektif seseorang akan mempengaruhi pemerhatian kita tentang sesuatu atau penilaian kita terhadap sesuatu sebagai begini atau begitu, contohnya, melihat/menilai peristiwa tersebut sebagai penyembuhan ajaib. Namun perspektif seseorang tidak menentukan bagaimana kita melihat dan menilai sesuatu. Ia terlalu kuat. Pengaruh adalah satu perkara; ketentuan [ketetapan hati] adalah satu perkara yang lain lagi. Kegagalan dalam membezakan kedua-dua hal ini menghasilkan kekeliruan yang akan saya perkatakan selepas ini.
Oleh kerana kita mempunyai pengalaman secara terus dengan dunia ini sendiri sebelum melihat sesuatu sebagai (menggunakan konsep untuk mengetahui sesuatu) atau melihatnya (menilai seluruh persoalan sebagai benar), kita boleh membandingkan cara kita melihat sesuatu atau menilai sesuatu dengan sesuatu itu sendiri dan dengan itu membolehkan kita melakukan penyesuaian terhadap perspektif kita. Contohnya, memandang kita boleh melihat bagaimana seseorang itu sembuh, kita boleh mengesahkan atau menidakkan bahawa kita benar dalam melihat peristiwa tersebut atau menilai bahawa ia adalah mukjizat daripada Tuhan. Pengetahuan melalui pengalaman memberikan kita akses secara terus kepada realiti itu sendiri, dan kita mengetahuinya kerana ia adalah kehidupan seharian kita.
Sebagai penutup, saya mencadangkan agar anda memikirkan ketiga-tiga jenis pengetahuan yang telah kita bincangkan dan renungkan bagaimana setiap satu dikaitkan dengan iman anda sebagai Kristian. Dalam anda melakukan hal ini, pastikan anda jelas dengan setiap jenis pengetahuan ini supaya anda dapat merenungkan secara tepat tentang peranan pengetahuan di dalam perjalanan kehidupan Kristian anda.
Faedah:

- Ia memberikan definisi pengetahuan yang berfungsi.
- Ia memberikan penjelasan penting tentang sifat pengetahuan yang kadang kala dianggap remeh.
- Ia menggariskan kepentingan pengetahuan di dalam perkembangan manusia.
- Ia melihat Kristianiti sebagai tradisi yang menurunkan pengetahuan.
Ulasan