Langkau ke kandungan utama

Apakah definisi Alkitabiah untuk Mukjizat?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Probe Ministries dan boleh di baca di sini.

Istilah "mukjizat" telah kehilangan banyak dari kegemilangannya pada zaman ini. Dan ia bukan kerana kita selalu menyaksikan mukzijat sehingga kita menjadi kurang sensitif kepada maksudnya. Ia kerana bahasa kita hari ini telah mengalami perubahan, sehinggakan jika kita datang kerja tepat pada masanya pagi ini, "Adalah mukjizat saya dapat datang kerja hari ini, sedangkan trafik sangat sesak."


Maksud yang diberikan oleh Alkitab pula, sangat berbeza. Bukan semua perkara yang sukar dipercayai boleh dianggap sebagai mukjizat jika mengikut standard kitab suci. Mukjizat adalah perkara yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan; selalunya melangkaui hukum alam. Kamus Alkitab Baker memberikan definisi mukjizat seperti berikut, "suatu peristiwa di dalam dunia yang terjadi oleh kerana suatu agen segera atau kerelaan Tuhan." Ia juga bererti mukjizat terjadi untuk menunjukkan kuasa di sebaliknya tidak terbatas dengan hukum fizikal atau minda kerana ia memintas ketetapan hukum alam. Maka istilah supernatural memberikan pengertian yang hampir tepat.

Apa yang menarik ialah perkataan yang biasa digunakan di dalam Perjanjian Baru untuk mukjizat juga boleh diterjemahkan sebagai "tanda". Mukjizat adalah tanda yang Tuhan gunakan untuk menunjuk ke arah diriNya; cara yang sama seperti kita mengikut tanda untuk mencari muzium atau lapangan terbang.

Suatu persoalan yang menarik timbul. Adakah sesuatu itu perlu melanggar hukum alam untuk ia dikatakan sebagai mukjizat? C.S. Lewis memberikan definisi untuk "mukjizat" sebagai campur tangan kuasa supernatural dengan alam semula jadi. Agak jelas, campur tangan di dalam hukum alam semula jadi tidak bererti melanggar hukum alam semulajadi. Sebaliknya, alam semula jadi dan "alam luar biasa" menjadi saling berkait selepas mukjizat terjadi dan alam semulajadi berjalan seperti biasa menurut perubahan yang terhasil dari kejadian tersebut. Contoh sains: hukum inersia (hukum gerakan Newton yang pertama) menyatakan bahawa suatu objek akan kekal dalam keadaan pegun sehinggalah tenaga luar dikenakan. Alam semulajadi hanya boleh bergerak dari satu kejadian kepada kejadian yang lain melalui campur tangan kuasa supernatural.

Deist percaya hubungan di antara alam semulajadi dan supernatural terjadi hanya pada waktu penciptaan. Tetapi kita sebagai Kristian percaya Tuhan telah campur tangan semasa permulaan alam semulajadi, dan mengekalkannya dengan kuasaNya yang memelihara, dan akan menebusnya melalui perbuatan campur tangan yang terakhir. Penciptaan dan kelahiran Kristus adalah contoh sempurna untuk suatu inersia supernatural (satu lagi cara untuk merujuk kepada mukjizat), termasuk kesimpulan yang terhasil, serta kedatanganNya kali kedua. Tuhan masih melakukan mukjizat dan kita menantikan dengan penuh debaran untuk mukjizat yang paling hebat di antara semuanya--penebusan untuk semua ciptaan.

Terima kasih dengan soalan anda.

Kris Samons
Probe Ministries

Ulasan