Langkau ke kandungan utama

Siri Dasar Kristian - Yesus Kristus

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di siniPenerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Topik
Pengenalan 1. Alkitab 2. Tuhan yang Hidup
Pembelajaran 3 - Yesus Kristus

Kristian adalah pengikut Kristus (Dia adalah dasar utama kepada iman kita maka adalah penting untuk kita memahami siapa Dia).



Panggilan penuhNya ialah Tuhan Yesus Kristus, cth: Efesus 1:3.

Tuhan ['Lord' dalam bahasa Inggeris dan κυριος=kurios di dalam bahasa Yunani/Greek]- digunakan di dalam Perjanjian Lama untuk merujuk kepada Tuhan. Gelaran ini digunakan untuk Yesus di dalam PB dan menunjukkan keTuhananNya.
cth: Mzm 97:5; Flp 2:11; Luk 2:11 [lihat juga Yes 45:22-24]
Yesus = Yehovah adalah keselamatan. Yesus = Penyelamat. Mat 1:21
Kristus = Mesias, yang diurapi. Dan 9:25-26; Mat 16:16

Rumusan pengajaran Alkitab tentang Tuhan Yesus ialah Dia mempunyai dua sifat, Tuhan dan manusia, yang wujud bersama di dalam satu Peribadi.

Alkitab mengajarkan Yesus ialah Tuhan, Tuhan Anak
Nama-nama dan gelaran yang menunjukkan keTuhanan
Gelaran Tuhan di dalam PL diberikan kepada Yesus di dalam PB.
cth: Bil 21:5-7; Yes 6:1-10; [Mzm 45:6-7; Yer 23:5-6; 1 Kor 10:9, 21; Yoh 12:37-41; Ibr 1:8-9; 1 Kor 1:30]
Di dalam Yes 9:6 jelas memperkatakan tentang Mesias namun dipanggil sebagai Tuhan.

Dia dipanggil sebagai Tuhan
Yoh 1:1; Titus 2:13 [lihat juga 1 Yoh 5:20; Rm 9:5; Flp 2:6; Ibr 1:1-3; Kol 2:9]
Sifat-sifat Tuhan diberikan padaNya

Pekerjaan Tuhan diberikan kepada Kristus
Penyembahan diberikan kepadaNya
Apabila menjelaskan tentang keTuhanan Kristus, pernyataan iman memberikan penjelasan berikut:
'Kristus wujud bersama, iaitu satu zat dan intipati dengan Bapa, wujud secara sama rata , kekal bersama, dilahirkan, tidak diciptakan.'

Alkitab mengajarkan Yesus adalah manusia sepenuhnya
Yoh 1:14; Ibr 2:14

Dia berbeza dengan kemanusiaan kita melalui kelahirannya dari seorang perawan (Mat 1:20-23). Dia tidak berdosa (Ibr 4:15). Dia juga Tuhan Anak.

[Nota: Yesus Kristus adalah hamba semasa perananNya sebagai Penyelamat dan pengantara kepada BapaNya, 1 Kor 15:22-28]

Mengapa Kristus perlu menjadi Tuhan?
Mzm 49:7-10
Masalah dosa manusia memerlukan Tuhan Penyelamat untuk:

  • Membawa pengorbanan yang mempunyai nilai setimpal.
  • Menanggung murka Tuhan dan menebus manusia.
  • Dapat menggunakan hasil perbuatanNya kepada manusia. 
Mengapa Dia juga perlu menjadi seorang manusia?
Manusia telah berdosa, maka, hukumannya juga perlu ditanggung oleh manusia.
Ibr 2:14-17
Nota: Formula yang terhasil pada Pertemuan di Chalcedon 451AD adalah cara yang sesuai untuk memahami bahan Alkitabiah tentang hal ini:

Yesus Kristus:
  • Tuhan sepenuhnya. Sama dengan Bapa, zat yang sama.
  • Manusia sepenuhnya, mempunyai minda, jiwa, daging dan darah seperti kita.
Kedua-dua sifat ini terjadi (bersama) di dalam satu peribadi. Ia tidak bergabung atau berubah kerana perhubungan antara satu sama lain, namun ia tidak terpecah. Yesus Kristus adalah satu peribadi, bukan dua. Apabila Dia melakukan sesuatu, Dia melakukannya sebagai seorang peribadi tunggal.

Oleh kerana Yesus Kristus diriNya, Dia adalah penyelamat yang sesuai dan mencukupi.
Ibr 2:14-18; 7:23-28; 9:23-28
[Perhatikan terdapat banyak pengajaran palsu tentang Kristus sepanjang sejarah gereja dan masih ada hari ini, cth. Arianisme (yang mengatakan Tuhan mencipta AnakNya yang tunggal menurut gambaranNya) (J.W berpegang kepada pandangan ini. Terdapat banyak lagi '-ism' yang telah menyimpang dari pengajaran Alkitab berkenaan dengan Kristus)


bersambung...

Ulasan