Langkau ke kandungan utama

Siri Dasar Kristian - Alkitab

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Topik
- Pengenalan
Pembelajaran 1 - Alkitab

Mengapa bermula di sini?
Jawapan yang ringkas adalah Alkitab mendakwa ia adalah perkataan Tuhan kepada kita. Apabila kita mahu memutuskan apa yang benar kita dikelirukan dengan banyak dakwaan yang bersaing dan kita pun mulai meragui samada 'kebenaran' itu wujud atau tidak. Kita berkata, 'Bukankah ia sekadar pendapat?'

Dalam menentukan apa yang benar, kita boleh:
  1. Percaya kepada 'minda' kita atau minda mereka yang bijak pandai.
  2. Percaya apa yang telah dilakukan dan difikirkan oleh orang pada masa lalu.
  3. Percaya dengan perasaan anda, apa yang anda alami.
Atau gabungan ketiga-tiganya.

Pilihan lain selain tiga di atas ialah Tuhan boleh menyatakan kebenaran kepada anda.

Bagaimana Tuhan menyatakan DiriNya?
Ada pandangan yang mengatakan Tuhan boleh menyatakan DiriNya melalui minda atau emosi kita. Pandangan yang lain ialah Tuhan boleh menyatakan DiriNya melalui perkataan yang dituliskan untuk kita. Di dalam pembelajaran ini saya mahu melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang dirinya dan mengapa kita perlu menerima dakwaan-dakwaan tersebut sebagai cara Tuhan menyatakan DiriNya kepada kita.
Lihat 2 Timotius 3:16, 'Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah'
[terjemahan Alkitab Berita Baik B.M]
Dalam kita memikirkan dakwaan ini, Alkitab adalah himpunan 66 buah kitab yang berbeza dan ditulis oleh pelbagai penulis yang berbeza, dalam tempoh lebih kurang 1500 tahun. Garis besar penceritaannya adalah seperti berikut:

Tuhan mencipta dunia yang baik. Pasangan manusia yang pertama tidak taat kepada Tuhan dan kematian dan kesengsaraan telah masuk ke dalam dunia disebabkan oleh dosa. Tuhan berjanji akan menghantar Penyelamat dan janji ini berkembang di dalam Perjanjian Lama melalui perjanjian Tuhan dengan bangsa yang dipilihNya, Israel.

Perjanjian Baru menjelaskan tentang kehidupan Penyelamat tersebut (kitab-kitab Injil) dan kesan pengajaranNya (Kisah Para Rasul dan surat-surat). Kitab terakhir memperkatakan tentang penghakiman muktamad Tuhan dan kemenangan atas kejahatan. Apabila Kristus kembali semula, keadaan terakhir ialah bumi dan syurga baru, di mana Kristus memerintah dan hidup selama-lamanya dengan mereka yang telah diselamatkanNya.

Jika Alkitab adalah apa yang didakwanya sendiri, iaitu, Firman Tuhan, ia pasti benar. Hujahnya adalah berikut: Tuhan adalah peribadi yang mencipta kita, Dia tidak akan berbohong. Dia telah berbicara dengan kita melalui Alkitab. Maka ia pasti benar. Jika Alkitab mendakwa dirinya sebagai Firman Tuhan tetapi sebenarnya tidak, maka ia berbohong dan tidak bernilai untuk dipelajari.


Baca apa yang dikatakan oleh penulis-penulis Alkitab:
Di dalam Perjanjian Lama (PL):
Keluaran 34:27; Yesaya 8:1, 5; [Mazmur 33:4; 18:30; 19:7-11]
Di dalam Perjanjian Baru (PL):
2 Timotius 3:16 [2 Petrus 1:19-21; Wahyu 1:1-3]
Mengapa kita perlu percaya apa yang dikatakan di dalam Alkitab, bukankah kitab lain juga mengatakan perkara yang sama?
Dasar utama adalah pandangan Yesus Kristus berkenaan dengan Perjanjian Lama dan Baru.
Lihat Yohanes 14:6
Dia mendakwa diriNya sebagai Kebenaran, maka pandanganNya terhadap Kitab Suci, Alkitab, adalah sangat penting.
Matius 19:4; 5:17-18; Yoh 17:12-17; Yes 61:1-2 bersama Luk 4:18-20 [Lihat bagaimana Dia menggunakan Kitab Suci: Mat 4:1-11; Luk 20:27-40; Yoh 10:35]
Yesus memberikan janji-janji berikut berkenaan dengan Perjanjian Baru:
Lihat Yoh 14:26; 16:14
Yesus melihat PL sebagai Firman Tuhan dan mengatakan bahawa Roh Kudus akan memimpin penulis-penulis PB kepada semua kebenaran. Penulis-penulis PB melihat diri mereka sebagai mencatatkan Firman Tuhan.

Lihat pandangan Petrus:
2 Ptr 1:19-212 Ptr 3:15-16
...pandangan Paulus:
2 Tim 3:15-161 Tes 2:13
...penulis kitab Ibrani:
Ibr 1:1-3
[Untuk melihat cara penulis PB menggunakan PL lihat Ibr 1:5; 3:7 (lihat Mzm 95)]

Soalan untuk direnungkan:
  1. Adakah firman penting? Gal 3:16 Aplikasi: terjemahan yang tepat adalah penting.
  2. Adakah Kitab Suci lengkap? 2 Tim 3:15-16; Why 22:18-19; Mzm 119:105, 130; Ul 12:32
  3. Bagaimana ia ditulis? 2 Ptr 1:19-21
  4. Bukti-bukti lain untuk menyokong dakwaannya [Alkitab].
(a) Nubuat yang digenapi, cth. Yesaya 53; Mazmur 22
(b) Ia berkata-kata seperti sebuah kitab [walaupun terdapat 66 buah kitab berbeza]. Jalan ceritanya adalah konsisten.
(c) Ia melakukan apa yang didakwanya. (menjadikan orang sedar akan keselamatan)
Jika Alkitab adalah Firman Tuhan, apakah tindakan kita yang sepatutnya?
Yoh 10:27; 8:31-32; Mzm 119:9-16; 119:18
Kesimpulan
  • Alkitab mendakwa sebagai Firman Tuhan, maka ia adalah benar.
  • Penulis-penulisnya menganggap diri mereka menulis Firman Tuhan.
  • Yesus Kristus melihatnya sebagai Firman Tuhan.
  • Mengapa menidakkan dakwaan-dakwaan ini tanpa penilaian yang serius? Jika ia benar, Tuhan pencipta kita sedang berbicara dengan kita, adalah kebodohan untuk tidak mengendahkannya.

bersambung..

Ulasan