Artikel ini diterjemahkan dari laman web Tektonic dan boleh dibaca di sini. Ditulis oleh J.P Holding. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.
Sumber utama kita untuk artikel ini adalah buku Origin of Biblical Monotheism oleh Smith [116].
Adonis dianggap sebagai dewa kuno, namun satu-satunya penceritaan tentang kematiannya datang dari sebuah teks yang ditulis pada abad kedua -- terlalu lewat untuk mempengaruhi kisah tentang Yesus -- yang mana mengisahkan bagaimana kematiannya yang disebabkan oleh seekor babi hutan diratapi oleh para pemuja di Byblos. Selepas meratap, keesokan harinya para pemujanya kemudian "menisytiharkan bahawa dia hidup dan menghantarnya ke udara."
Adakah ini "kebangkitan"? Ia lebih menyerupai seperti pendewaan Rom (ditinggikan melalui roh yang naik), langsung tidak dinyatakan bagaimana dia kembali hidup. Ritual lain dalam penyembahan Adonis seperti mengaitkannya dengan kitar hidup tumbuh-tumbuhan, dan menekankan kematiannya, "tanpa sebarang petunjuk tentang kelahiran semula". J.Z Smith, sarjana sejarah agama, mengatakan bahawa "penceritaan klasik Adonis tidak menyebut atau menjelaskan tentang dia hidup kembali dari kematian dan hanya penceritaan yang ditulis oleh penulis-penulis Kristian memperkenalkan kebangkitan Adonis sebagai tema penulisan mereka." Hal ini terlalu kecil dan terlalu lewat untuk mempengaruhi peristiwa Yesus.
Karakter-karakter lain yang diberikan kepada Adonis juga tidak membantu pendokong-pendokong teori peniruan ini: Dia muda, mempunyai rupa paras yang menarik, pemburu yang cemerkap, dan "contoh kepada sifat anti-hero yang sempurna". Tidak ada yang sama dengan Yesus dalam sudut ini. Satu perkara khusus yang diberikan oleh pendokong teori peniruan, Frake dan Gandy, ialah Adonis mempunyai [teori pertama]"ibu perawan" bernama Myrrha dan memberikan [teori kedua] persamaan di antara perjamuan kudus dan "tulang-tulang mayat Adonis" yang mana "telah diremukkan dengan penggirik dan ditaburkan untuk dibawa angin".
Dakwaan yang kedua [tentang perjamuan kudus] adalah daripada Frazer dan persamaan yang diberikan sangat jauh sehingga ia tidak layak diberi sebarang komen, melainkan ada yang mahu mengatakan perjamuan Adonis mengandungi aktiviti berlari-lari mengharung angin untuk menangkap abu Adonis yang berterbangan ke dalam cawan dan di antara dua keping roti.
Teori yang pertama [tentang ibu perawan] tidak dapat dipastikan di mana-mana. Di sini dikatakan, "Versi yang diterima umum adalah Aphrodite memaksa Myrrha (atau Smyrna) untuk melakukan sumbang mahram dengan Theias, ayahnya, raja Asyur. Penjaganya telah membantu di dalam muslihat ini agar dia mengandung, dan apabila Theias mengatahui hal ini, dia mengejarnya dengan sebilah pisau. Untuk mengelak dari kemarahan ayahnya, dewa-dewa telah menjelmakannya menjadi sepohon pokok mur. Pokok itu kemudian terbuka, membenarkan Adonis untuk muncul. Versi yang lain mengatakan, selepas dia tidur dengan ayahnya, dia bersembunyi di dalam sebuah hutan dan Aphrodite menukarnya menjadi sepohon pokok. Theias memanah pokok tersebut, menyebabkan pokok itu terbuka dan Adonis dilahirkan. Versi yang lain pula mengatakan seekor babi hutan liar membuka pokok tersebut menggunakan taringnya dan membebaskan anak tersebut; hal ini dianggap sebagai petanda kematiannya."
Perawan? Saya rasa ia bukan alasan yang baik untuk bertemu janji!
Terakhir, dikatakan "Icthys" (seperti simbol ikan Kristian) "merupakan nama Greek bagi Adonis berkurun lamanya", jika benar, kami lihat sebagai telah ditidakkan secara konsep di dalam pautan artikel yang diberikan.
Secara ringkasnya, ini adalah satu lagi dalil yang tidak menguntungkan bagi pendokong-pendokong toeri peniruan.
- JPH

Ulasan